"Saya memang gila, gilakan kebersihan" - Encik Sariban

lead image

Usaha Encik Sariban atau lebih dikenali sebagai Pak Sariban di sana, telah mendapat perhatian ramai pihak.

Encik Sariban merupakan seorang warga emas berusia 74 tahun yang tidak asing lagi di bandar Bandung, Indonesia.

Beliau dikenali sebagai pejuang kebersihan di bandar itu. Ya, itulah perjuangan Encik Sariban sejak 30 tahun yang lalu, mempertahankan kebersihan bandar Bandung.

Menurutnya, semasa beliau mula-mula memulakan aktiviti membersihkan bandar Bandung, dirinya dipanggil orang gila oleh orang ramai.

Namun, beliau tetap bertekad, sampah adalah musuhnya. Beliau hanya mahukan bandar Bandung bersih.

Katanya, bandar Bandung dahulunya lebih teruk dari sekarang. Sampah menimbun di merata tempat, udara juga semakin kotor.

Disebabkan keinginan untuk melihat bandar Bandung kekal cantik dan bersih, beliau memulakan ikhtiar sendiri.

Selain memusing bandar Bandung dengan basikalnya untuk mengutip sampah, Encik Sariban juga membawa pembesar suara bersamanya.

Pembesar suara tersebut digunakanya untuk mengajak orang ramai untuk tidak membuang sampah merata tempat. Serta mengingatkan mereka pentingnya menjaga kebersihan bandar mereka.

Usaha Encik Sariban atau lebih dikenali sebagai Pak Sariban di sana, telah mendapat perhatian ramai pihak. Beliau sudah beberapa kali menjadi berita di dada akhbar dan televisyen. 

Beliau juga telah menjadi tarikan ramai orang sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong luar dengan pakaian dan poster yang di bawanya.

Foto ehsan photostory

Semasa membuat aktiviti hariannya itu, kadang-kala ada juga yang turut serta denganya.

Selain itu, mereka yang ditegur akan cepat-cepat mengumpulkan sampah mereka dan membuang ke dalam plastik.

Baginya, mungkin mereka malu ditegur, namun bagus kerana masih ada kesedaran.

Tontoni video Encik Sariban ehsan Al Jazeera ini:

Indonesia's trash vigilante

Mr Sariban has made it his mission to rid his city of trash. Every day, he patrols the streets of Bandung, Indonesia looking for garbage. When he started 30 years ago, they called him crazy. Today, he's a local hero.

Posted by Al Jazeera English on Friday, 26 May 2017

Usaha mulia Encik Sariban wajar dicontohi. Tidak kira usia, semua harus belajar mempunyai sikap seperti beliau.

Sebagai ibu bapa, kita boleh memulakan dengan menunjukan contoh pada anak-anak.

Mendidik anak mementingkan kebersihan

Kebersihan merupakan sebahagian dari tuntutan agama. Ianya juga sesuatu yang sepatutnya ada di dalam diri semua orang.

Cuba tips berikut bagi memupuk sikap mementingkan kebersihan pada anak-anak:

  • menjadikan mengemas dan membersihkan rumah sebagai rutin. Contohnya setiap ahad bergotong-royong membersihkan keliling rumah atau setiap hari jadual membuang sampah untuk setiap anak.
  • tidak membuang sampah dihadapan mereka. Anak-anak sentiasa mencontohi ibu bapa mereka. Tunjukan kepada mereka yang sampah harus dibuang ditempatnya dan bukan dimerata tempat. Jika di dalam kereta, kumpulkan sampah di dalam plastik dahulu bukan membuangnya diluar tingkap!
  • ajar mereka membuang sampah. Jangan manjakan mereka dengan mengutip sampah untuk mereka. Biarkan mereka rasa bertanggungjawab dengan sampah sendiri.
  • libatkan mereka dengan rutin harian mengemas rumah seperti membantu membersihkan meja makan. Biasakan mereka dengan kebersihan.
  • berikan mereka tanggungjawab. Contohnya bilik mereka harus dikemas oleh mereka sendiri setiap hari dan anda harus memastikan mereka melakukannya.

Banyak lagi tips untuk memupuk semangat mementingkan kebersihan di dalam diri anak-anak. Ini hanyalah sebahagian dari cadangan. Anda mungkin ada cadangan yang lebih baik.