Bagi yang mengandung anak nombor dua atau ketiga, mungkin sudah biasa dengan rutin scan kehamilan.
Tapi bagi ibu baru, mungkin anda tertanya-tanya, bilakah sepatutnya scan kehamilan pertama kali dilakukan? Jom hari ini kami jawab dan terangkan segalanya untuk anda.
Jika kandungan anda berjalan lancar, imbasan ultrasound pertama boleh dilakukan sekitar 10 ke 14 minggu kehamilan.
Scan kehamilan dengan lebih awal
Kredit: Pak Bidan
Ada juga yang melakuan scan kehamilan atau imbasan ultrasound seawal enam minggu kehamilan. Doktor akan meminta anda berbuat demikian jika terdapat kebimbangan tertentu.
Contohnya, jika ibu mengalami pendarahan ketika di awal kehamilan kerana doktor perlu merujuk pada imbasan tersebut jika anda pernah mengalami keguguran sebelumnya.
Kini, banyak klinik dan hospital yang mempunyai scan kehamilan yang boleh dilakukan setiap hari. Maksudnya di sini, anda boleh rujuk imbasan awal jika perlu tanpa menunggu dengan lebih lama.
Kadang-kadang, ada juga doktor yang akan meminta anda untuk melakukan imbasan ultrasound melalu vagina dan bukan melalui perut kerana ia lebih jelas.
Doktor akan meletakkan peranti sempit yang dipanggil transduser di dalam vagina anda. Mungkin anda akan mengalami keadaan yang kurang selesa sedikit.
Transducer ini akan ditutup dengan plastik atau sarung getah dan dilicinkan bersama gel. Yakinlah bahawa ia selamat untuk bayi anda.
Namun begitu, jika anda merasa bimbang untuk melakukan imbasan vagina, anda boleh lakukan ini:
Scan kehamilan: Dating scan
Kredit: Baby Center
Bagi kebanyakan wanita, imbasan dating atau dating scan merupakan imbasan pertama kali mereka. Imbasan ini boleh dilakukan sekitar lapan minggu dan 14 minggu kehamilan.
Semasa imbasan, doktor akan meletakkan gel pada perut dan memindahkan transducer ke atas kulit ibu hamil.
Kemudian doktor akan scan setiap penjuru rahim bagi menampakkan gambaran jelas tentang tumbesaran janin pada skrin.
Setelah dicetak maklumat imbasan, doktor akan meneliti imej tersebut. Apa yang akan dilihat ialah:
- Ukuran panjang bayi
- Saiz kepala
- Degupan jantung
- Melihat jika terdapat dua degupan jantung sekiranya mengandung bayi kembar
- Jumlah air ketuban
- Lain-lain
Dating scan ini merupakan cara yang lebih tepat dalam menentukan due date berbanding menghitungnya menggunakan tarikh terakhir haid.
Ia juga berpeluang bagi memeriksa perkembangan bayi dalam kandungan. Malah scan kehamilan awal juga dapat mencegah ibu daripada sebarang risiko dan kemungkinan.
Selain itu, ibu boleh mendapatkan vitamin tambahan bagi menguatkan kandungan.
Scan kandungan: Pemeriksaan trimester pertama
Kredit : Indore Infertility Clinic
Selagi bayi anda diukur dalam saiz antara 45mm dan 84mm, anda akan ditawarkan terus melakukan pemeriksaan trimester pertama.
Ia melibatkan perkara di bawah ini:
- Anda perlu melakukan imbasan ultrasound melalui vagina jika berlebihan berat badan atau bayi berbaring di tempat yang janggal.
- Ujian darah bagi melihat protein dalam darah sama ada menunjukkan ciri-ciri bayi mengalami sindrom down atau masalah kesihatan yang lain.
- Berat badan ibu hamil akan dihitung.
- Tekanan darah dan air kencing ibu hamil akan diteliti.
- Pemeriksaan ujian darah bagi melihat jika ibu menghidap HIV atau thalassemia.
- Apa yang pasti, ibu perlulah membuka buku merah dahulu di klinik yang berhampiran dengan tempat tinggal.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Baby Center
Baca juga:
Scan Melalui Faraj @ TVS Semasa Hamil Amat Penting, Ini Prosedur Perlu Ibu Tahu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!