11 Sebab Bayi Selalu Batuk, Parent Kena Segera Bawa Anak Jumpa Doktor

lead image

Ada beberapa sebab bayi batuk hingga membuatkan si kecil tak selesa setiap hari. Malah ia juga boleh ganggu tumbesaran anak untuk lakukan aktiviti harian

Ada pelbagai sebab bayi batuk yang boleh mengganggu tidur hingga tubuhnya rasa tidak selesa. Bahkan, ibu ayah pun akan rasa bimbang jika batuknya tidak pulih dalam beberapa hari. 

Meskipun keadaan ini boleh sembuh sendiri, namun kalau tahu sebab bayi batuk mungkin boleh menyembuhkannya dengan lebih cepat. 

Apa sebab bayi batuk? Ini 11 alasannya 

Batuk merupakan tindak balas semula jadi tubuh manusia bagi menyingkirkan penghalang dalam saluran udara. Ia juga membersihkan kotoran seperti debu yang masuk secara tidak sengaja. 

Berikut ini 11 sebab bayi batuk yang selalu terjadi pada si manja anda. 

Sebab bayi batuk #1 Batuk selsema 

sebab bayi batuk, bayi batuk, batuk bayi, sebab kanak-kanak batuk, batuk, jenis batuk, punca bayi batuk, punca punca bayi batuk, sebab sebab bayi batuk, jenis jenis batuk pada bayi, jenis batuk pada bayi, batuk pada bayi, simptom bayi batuk, penyebab bayi batuk, bayi sering batuk, bayi selalu batuk, kenapa bayi batuk

Kredit : Sirap Limau

Batuk bayi biasanya dimulakan dengan batuk basah kemudian batuk kering. Namun, batuk selsema biasanya sembuh dalam masa dua bulan. Tapi kalau betul cara merawatnya, mungkin si kecil boleh cepat sembuh.

Sebab bayi batuk #2 Batuk infeksi bahagian paru-paru 

Jenis batuk ini disebabkan pernafasan berbunyi aneh yang berbeza dengan batuk yang lain. Ia terjadi melalui bakteria Bordetella Pertunis yang boleh menyebabkan bayi sakit berhari-hari atau berbulan sekaligus jadi punca iritasi pada saluran nafas.

Sebab bayi batuk #3 Batuk kering 

Batuk kering ini kedengaran seperti “gonggong” dan hampir mirip suara anjing laut. Batuk jenis ini biasanya boleh sembuh dalam masa seminggu jika memulakan rawatan dengan cepat. 

Sebab bayi batuk #4 Jangkitan paru-paru atau sinus

Jangkitan paru-paru biasanya disebabkan pembentukan kahak lalu menyebabkan batuk basah. Manakala infeksi sinus pula disebabkan cairan infeksi dari hidung melalui kerongkong. 

Biasanya jangkitan paru-paru pada bayi dan kanak-kanak adalah bronchiolitis iaitu keadaan apabila saluran udara kecil dalam paru-paru yang disebabkan oleh virus pernafasan (RSV).

Sebab bayi batuk #5 Alergi atau alahan 

sebab bayi batuk, bayi batuk, batuk bayi, sebab kanak-kanak batuk, batuk, jenis batuk, punca bayi batuk, punca punca bayi batuk, sebab sebab bayi batuk, jenis jenis batuk pada bayi, jenis batuk pada bayi, batuk pada bayi, simptom bayi batuk, penyebab bayi batuk, bayi sering batuk, bayi selalu batuk, kenapa bayi batuk

Kredit : Mother and baby co.id

Batuk disebabkan alergi biasanya kering dan ada sedikit berkahak. Selain itu, antara gejala lain seperti bengkak rongga hidung, naik bintik merah di wajah dan simptom lain. 

Ia disebabkan bayi menghirup udara tak sihat seperti debu, habuk, pegang haiwan berbulu dan sebagainya. 

Sebab bayi batuk #6 Asma

Batuk asma biasanya terjadi pada waktu malam disebabkan genetik atau alergi seperti debu, bahan kimia atau cuaca dingin. 

Asma berlangsung seumur hidup tapi ada ubat dan rawatan tertentu yang boleh bantu menghindarinya dalam beberapa tempoh tertentu. 

Sebab bayi batuk #7 Gastroesophageal reflux 

Keadaan ini biasanya mengandungi kahak atau lendir dan bayi mengeluarkan sedikit susu ketika batuk. Malah dia juga akan menunjukkan gejala lain seperti sendawa, perut tak selesa, merengek dan sebagainya. 

#8. Cystic fibrosis 

Batuk ini menyebabkan banyak lendir dari paru-paru dan merupakan penyakit gentik disebabkan pembentukan lendir yang tebal di paru-paru bayi. 

Lendir ini menjadi tempat bakteria membiak hingga menyebabkan jangkitan paru-paru. 

#9. Batuk tercekik 

Batuk ini terjadi disebabkan makanan atau minuman yang menyebabkan bayi muntah. Risikonya bayi akan tersedak akibat terdapat makanan tersangkut di saluran pernafasan. 

Bayi juga akan mengalami batuk tercekik ini apabila memasukkan benda asing seperti mainan ke dalam mulut sekaligus mengakibatkannya tersedak. 

#10. Masalah jantung & pernafasan kongenital 

sebab bayi batuk, bayi batuk, batuk bayi, sebab kanak-kanak batuk, batuk, jenis batuk, punca bayi batuk, punca punca bayi batuk, sebab sebab bayi batuk, jenis jenis batuk pada bayi, jenis batuk pada bayi, batuk pada bayi, simptom bayi batuk, penyebab bayi batuk, bayi sering batuk, bayi selalu batuk, kenapa bayi batuk

Kredit : PAMA

Batuk kering juga boleh jadi disebabkan penyakit jantung sementara batuk basah berkaitan dengan masalah pernafasan. 

Dalam keadaan tersebut, bayi akan menunjukkan gejala lain seperti kepenatan dan hilang selera makan. 

#11. Batuk biasa 

Kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdebu juga boleh menyebabkannya sering batuk dan berlanjutan hingga berhari-hari. 

Namun ketika si kecil sedang bermain atau tidur mungkin dia tidak akan batuk tapi sebaiknya ibu ayah bawanya berjumpa doktor segera. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber : Penulis asal Kiki. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.

Baca juga:

Ibu Bapa Jom Perhati 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Ini Pada Anak-Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!