Sebab Anda Perlu Berhenti Mengeringkan Baju Dalam Rumah!

lead image

Kulat boleh mengakibatkan aspergilosis paru-paru – sebuah keadaan di mana penyakit ini tidak mampu dipulihkan, dan kadangkala boleh membawa maut, merosakkan paru-paru dan sinus.

Ibu bapa kadangkala tiada pilihan lain tetapi terpaksa mengeringkan pakaian yang telah dibasuh oleh mereka di dalam kawasan rumah, terutamanya apabila hujan.

Namun, kajian telah menunjukkan bahawa perbuatan sedemikian mampu memberi risiko yang besar ke atas kesihatan kita.

Menyidai pakaian yang lembab atau basah di rak pengeringan di dalam rumah mampu meningkatkan tahap kelembapan di dalam rumah sehingga 30%.

Kenapa anda tidak patut menyidai baju dalam rumah?

Walaupun hal ini seperti tidak membahayakan, namun ia mewujudkan satu keadaan yang menggalakkan pembiakan kulat spora.

Profesor David Denning dari Pusat Aspergilosis Kebangsaan di Manchester menerangkan kepada The Daily Mail, “Satu bakul pakaian basah yang dibasuh mengandungi lebih kurang dua liter air. Kelembapan ini akan disebarkan ke dalam sesebuah bilik."

“Kebanyakan daripada kita mungkin telah kebal kepada pembiakan kulat dalam keadaan yang lembap, atau mempunyai sistem kesihatan badan yang cukup kuat untuk melawan jangkitan.”

story4_image1

Tetapi, hal ini akan menjadi bertambah buruk bagi individu yang telah mempunyai penyakit sedia ada seperti asma dan bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

“Kulat boleh mengakibatkan aspergilosis paru-paru – satu keadaan di mana penyakit ini tidak mampu dipulihkan, dan kadangkala boleh membawa maut, merosakkan paru-paru dan sinus.”

Craig Mather, sebagai contoh, telah disahkan menghidap penyakit batuk kering pada tahun 1997, mengakibatkan paru-parunya lemah dan untuk memburukkan lagi masalahnya, dia telah mengalami asma sejak zaman kanak-kanak.

“Saya hanya mula sembuh apabila pakar perunding saya mendiagnosis penyakit aspergilosis paru-paru yang kronik, dan memberikan kepada saya ubat-ubatan yang khusus untuk melawan jangkitan kulat,” kata beliau.

“Walaubagaimanapun, saya mula perasan yang saya mengalami simptom batuk yang berpanjangan dan berpeluh ketika waktu malam, terutamanya apabila terdapat pakaian basah yang dikeringkan dalam bilik tidur yang panas.

Bagi individu yang melakukan amalan salah ini, Profesor David telah menasihatkan bahawa:

“Mereka harus mengeringkan pakaian yang lembap di luar rumah, atau di dalam mesin pengering atau di dalam ruang tertutup yang jauh daripada bilik  tidur dan ruang tamu

Apakah itu Aspergilosis?

Aspergilosis adalah penyakit yang diakibatkan oleh kulat fungus yang dikenali sebagai Aspergillus.

Aspergilosis ini memberikan kesan kepada sistem pernafasan (seperti saluran udara, sinus dan paru-paru).

Namun begitu, kulat ini juga mampu bergerak daripada saluran udara, sinus, atau paru-paru ke mana-mana sahaja bahagian dalam badan.

Bergantung atas pelbagai tahap tertentu, tanda-tanda penyakit aspergilosis mempunyai simptom seperti bunyi pernafasan berdehit yang perlahan sehingga ke batuk berdarah.

Penyakit ini adalah disebabkan oleh proses pernafasan dalam rumah, bersama-sama dengan kehadiran kulat spora Aspergillus kecil di udara!

Biasanya, jika kulat ini memasuki badan, sistem imum seseorang individu akan dengan pantasnya mengasingkan dan memusnahkan kulat sebelum ia mula merebak ke paru-paru.

Namun begitu, invidu yang mempunyai paru-paru yang telah lemah atau sistem imun yang lemah, dia akan lebih cenderung dijangkiti oleh aspergillosis apabila terdedah kepada kehadiran kulat.