Wanita Juga Boleh Curang Dengan Pasangan Dan Ini Antara 5 Sebabnya...

lead image

Mungkin kita jarang dengar berita tentang wanita curang. Tapi ia tetap berlaku dan ada 5 sebab mengapa wanita boleh berlaku curang dengan pasangan!

Wanita juga boleh curang?

Mungkin kita jarang mendengar berita seorang wanita berlaku curang pada pasangannya. Ini kerana hati wanita ini lain.

Apabila mereka sudah jatuh cinta dengan seseorang, datanglah badai apa sekalipun, hati ini tetap milik lelaki itu.

Tapi, lumrah manusia tak menjanjikan seorang wanita untuk takkan berlaku curang.

wanita curang

Kredit: womensinfidelity.com

Ada juga yang berlaku curang di belakang pasangan. Dan kali ini, kami di theAsianparent akan mengupas mengapa wanita juga boleh berlaku curang dan apakah sebab-sebabnya.

Ini bukan bermakna anda langsung tak boleh mempercayai pasangan yang curang, tapi belajarlah daripada kesilapan dan mari kukuhkan lagi ikatan cinta dalam perkahwinan.

5 sebab mengapa wanita curang dan menipu pasangan

1. Jarak jauh dengan pasangan

Tipulah andai anda kata jarak di antara anda dan pasangan tak jadi satu batu penghalang. Siapa yang tak rindu suami apabila berjauhan?

wanita curang

Lebih-lebih pula kalau pasangan itu berjauhan kerana sibuk bekerja. Pekerjaan yang mengkehendaki pasangan berada jauh dari rumah akan jadi satu masalah dalam hubungan.

Bila makin berjauhan, siapa dapat mengagak cinta dalam hati ini tak boleh berubah?

Bagaimana kalau tiba-tiba ada “orang” yang sengaja datang ingin mengganggu perkahwinan dan mengisi kekosongan?

Apapun, cinta antara pasangan dan anda kena selalu dipupuk untuk kekal marak dan bahagia.

2. Balas dendam!

Kadang-kadang, suami yang berlaku curang di belakang isteri dulu. Bila sudah kantoi, balas dendam dengan cara yang sama mungkin jadi pilihan si isteri.

wanita curang

Ini sebab mereka mahu suami tahu betapa sakitnya hati dicurangai dan apa rasanya…

Mungkin alasan balas dendam boleh meredakan kemarahan, tapi itu juga sebenarnya tanda-tanda hubungan perkahwinan kalian sudah mula ada masalah.

3. Melakukan sesuatu yang “terlarang”

Lumrah manusia suka melakukan sesuatu yang dilarang. Lagi perbuatan tersebut mendatangkan kemudaratan, lagi kita nak buat.

wanita curang

Curang atau menipu pasangan salah satu perbuatan yang tak sihat dalam perkahwinan, namun ia tetap terjadi. 

Kadang-kadang ia sebab faktor luaran seperti ada teman sekerja yang datang mengganggu. Atau pasangan yang curang itu sendiri yang “sengaja” ingin merasa buat sesuatu yang salah.

4. Seks, namun bukan untuk suka-suka saja!

Jangan ingat semua pasangan berkahwin puas ketika di ranjang. Ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang kenapa rasa puas ini tak berjaya dicapai.

wanita curang

Apabila nafsu tak dipenuhi, mulalah berlaku sesuatu yang tak diingini.

Lelaki biasanya akan curang kerana rasa diri tak dihargai sepenuhnya. Manakala, wanita pula didapati berlaku curang kerana keperluan seks mereka tak dipenuhi secukupnya.

Hubungan imtim yang “kurang” antara pasangan boleh jadi satu racun yang berbisa!

5. Mahukan perhatian

Umum tahu yang wanita memang gemar akan perhatian. Selagi anda tak beri mereka perhatian yang diingini, selagi itulah mereka akan menuntutnya.

wanita curang

Tapi, tak semua wanita nak sangat perhatian sampai sanggup melakukan pelbagai perkara. Cukuplah dengan hanya mendengar luahan hati dan masalahnya.

Namun, apabila mereka merasakan pasangan mengabaikan mereka, tak mahu lagi dengan luahan hati dan sebagainya, mereka mula rasa tak dihormati.

Setiap hubungan berbeza-beza. Akan tetapi, apa yang pasti, setiap pasangan perlu mengeluarkan usaha untuk menyokong dan memahami pasangan masing-masing.

Barulah terciptanya satu “ikatan” unik. Tapi, kalau ia tak dicapai, hubungan anda mungkin boleh berada dalam bahaya.

Apa pendapat anda? Mungkinkah ada sebab-sebab lain lagi yang boleh menjadi punca dan faktor kenapa sesetengah perkahwinan tak dapat diselamatkan kerana pasangan curang?

Kongsikan dengan kami. Kami ingin mendalaminya dengan lebih lanjut.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: AskMen

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kenapa Lelaki Suka Curang Walaupun Sudah Berkahwin?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris