Sebab yang meruntun jiwa mengapa isterinya memeluk anak mereka di dalam katil bayi

undefined

Setelah mendengar kenyataan itu, hati Dayna hancur berkecai. Dan Dayna membuat janji, yang beliau akan pastikan dirinya sentiasa ada untuk Luella.

Luella merupakan anak pertama kepada pasangan Dayna dan Matt. Satu hari, Dayna telah memuat naik fotonya tidur bersama Luella yang menjadi viral. Kerana satu mesej yang sangat penting bersama foto tersebut telah dimuat naik.

Beliau telah menjelas mengada dirinya memilih untuk memeluk anaknya di dalam katil bayi mereka apabila anaknya itu menangis. Alasannya cukup kukuh….Kerana ‘janjinya’ kepada Luella. 

Ianya bermula apabila Dayna dan Matt telah meninggalkan Luella untuk menghadiri majlis dakwah dan pendakwah tersebut telah berkongsi satu cerita yang menakjubkan.

Pendakwah tersebut telah melawat sebuah rumah anak yatim piatu semasa di Uganda dan dirinya terkejut dengan apa yang dilihat. 100 katil bayi yang dipenuhi bayi namun tiada satu tangisan, jeritan mahupun suara di situ.

Apabila melihat bayi, anda pasti akan menjangkakan mereka menangis untuk ditenangkan dan diberi perhatian. Namun bayi-bayi tersebut senyap. Apa yang diceritakan oleh pendakwah itu seterusnya telah menggoncang jiwa Dayna.

Pendakwah tersebut telah bertanya kepada hos yang membawanya ke situ, mengapa bayi-bayi ini senyap. Kemudian dia menjawab, selepas seminggu bayi-bayi ini di sini, selepas menangis berjam-jam lamanya, mereka berhenti sendiri, kerana mereka sedar tiada siapa akan hadir untuk mereka. Bukan dalam 10 minit, 4 jam dan mungkin sampai bila-bila.

Setelah mendengar kenyataan itu, hati Dayna hancur berkecai. Dan Dayna membuat janji, yang beliau akan pastikan dirinya sentiasa ada untuk Luella. Sama ada luka yang pertama, hati dilukai buat pertama kali, atau pertama kali terpaksa membuat keputusan, Dayna dan Matt akan sentiasa ada untuk Luella.

Sebab yang meruntun jiwa mengapa isterinya memeluk anak mereka di dalam katil bayi

Foto ehsan shareably

Bayi menangis

Sebab yang meruntun jiwa mengapa isterinya memeluk anak mereka di dalam katil bayi

Foto ehsan FIMELA family

Sesuatu yang normal dan pastinya tidak dapat dielakkan….bayi menangis. Ianya normal bagi bayi untuk kerap menangis, kerana itu satu-satunya cara mereka berkomunikasi dengan kita.

Cara terbaik untuk mereka menarik perhatian kita dan memberitahu “sesuatu”. Namun apakah punca mereka menangis sebenarnya?

didera pengasuh

  1. Lapar : Sebab paling utama bayi menangis ialah untuk memberitahu anda yang mereka sedang lapar dan mereka perlukan susu. Perut bayi yang baru lahir sangat kecil dan susu pula sangat mudah dihadam. Disebabkan itulah mereka cepat kenyang dan cepat lapar semula.
  2. Lampin penuh : Sama ada buang air kecil atau besar. Dua perkara ini akan menyebabkan bayi tidak selesa dan menangis. Malah jika dibiarkan lama kemungkinan besar boleh menyebabkan kegatalan pada alat sulit mereka.
  3. Perut tidak selesa : Usus bayi yang baru lahir sangat sensitif, disebabkan itulah mereka kerap mengalami kembung perut atau perut tidak selesa. Urutan ringkas dan minyak yang bersesuaian boleh membantu mereka.
  4. Tidak selesa : Sama ada bilik terlampau sejuk mahupun terlampau panas, ia akan membuatkan mereka tidak selesa dan menangis adalah cara mereka memberitahu anda. Selain itu, jika mereka digigit nyamuk atau berada di dalam keadaan yang tidak selesa juga akan menyebabkan mereka menangis.
  5. Memerlukan sentuhan anda : Mereka berada di dalam keadaan yang gelap dan panas di dalam rahim selama 9 bulan dan sudah terbiasa berada dekat dengan anda. Sudah tentu mereka rindukan sentuhan anda apabila anda berjauhan dari mereka. Peluk dan cium mereka sekejap mungkin sementara anda masih berpeluang.
  6. Terlebih stimulasi : Kadang-kala suasana terlalu bising atau terlalu banyak perkara yang boleh meransang sensori bayi anda juga boleh menyebabkan mereka keliru dan menangis. Disebabkan itulah stimulasi yang melampau tidak sesuai untuk bayi.
  7. Mengantuk : Terlalu mengantuk juga kadang-kala menyebabkan mereka menangis kerana tidak dapat tidur sendiri. Mereka memerlukan anda untuk tidur. Sama ada pelukan atau tepukan.

Fasa bayi bukanlah kekal selamanya, ianya akan berlalu dengan pantas. Hargai setiap saat mereka masih lagi bayi dan memerlukan perhatian anda sepenuhnya.

Satu hari nanti mereka akan menjadi lebih besar dan mampu menguruskan segalanya sendiri. Anda pasti kan merindui saat mereka bayi.

 

Sumber: shareably, thebump

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!