Bapa ini berkongsi tentang bagaimana beliau mulai sedar yang dirinya mengalami kemurungan selepas bersalin (paternal post natal depression)

Share this article with other mums

Beliau cemburu melihat ikatan antara isterinya, Effie dengan anak perempuannya.

Mike Simms telah berkongsi bahawa lelaki juga boleh mengalami kemurungan selepas bersalin. Beliau merupakan seorang pegawai bomba yang mempunyai dua orang anak.

Mike dan isterinya, Effie telah muncul di rancang This Morning untuk meningkatkan kesedaran tentang kemurungan selepas bersalin bukan sahaja terjadi pada para ibu, tetapi juga pada para bapa.

Menurutnya, beliau dan isteri sangat teruja yang mereka bakal menimang cahaya mata. Mereka pergi ke kelas dan mengecat bilik bayi. Kemudian tiba waktu kelahiran.

Mike menyatakan bahawa pengalaman dahsyat yang dilalui isterinya membuatkannya rasa bersalah. Apabila melihat isterinya melalui proses bersalin, beliau merasakan yang dirinya adalah punca isterinya terpaksa melalui pengalaman dahsyat itu.

Kemudian beliau menyatakan yang ianya sukar baginya untuknya mempunyai ikatan dengan anaknya, Monroe. Jelasnya, apabila beliau dihulurkan bayi kecil yang masih merah itu, perasaannya seperti berjumpa dengan seseorang yang baru, tiada hubungan, seperti ada sesuatu yang salah.

Semuanya menjadi lebih jelas apabila Monroe di bawa pulang. Beliau cemburu melihat ikatan antara isterinya, Effie dengan anak perempuannya. Bukan kerana perhatian Effie yang lebih pada anaknya.

Apabila anaknya menangis, beliau rasa seperti tidak berguna kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Sebaliknya, anaknya terus senyap apabila Effie mendapatkan anak mereka.

Effie yang telah mengenali Mike sejak dari mereka remaja menyedari perubahan Mike. Katanya, Mike seperti tidak gembira dengan kehadiran Monroe malah mereka mula bergaduh dan bertengkar. Jadi, Effie membantu Mike dengan mendapatkan nasihat dari pakar.

Kemurungan selepas bersalin

Kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali dengan nama Inggeris iaitu, Post-partum Depression (PPD), bukanlah sesuatu yang asing lagi dikalangan para ibu. Ia merupakan keadaan di mana orang yang mengalaminya akan melalui perubahan yang drastik.

Antaranya ialah:

  • kurang selera makan
  • murung
  • kurang bertenaga
  • tidak mahu bergaul dengan orang
  • sering menangis tanpa sebab
  • sering resah
  • sering rasa cepat marah

Kemurungan selepas bersalin juga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ini kerana, jika ia tidak dirawat, ia boleh menjadi sesuatu yang sangat serius. Seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel Wanita kelar anak direman 7 hari tentang jenis kemurungan selepas bersalin;

  1. “Postpartum blues” yang agak normal terjadi kepada hampir 80% ibu baru bersalin. Ianya selalunya terjadi pada satu jangka masa yang singkat. Semasa mengalami “postpartum blues” ibu-ibu akan mengalami bertukaran mood yang kerap, menangis, keresahan dan sukar tidur.
  2. “Postpartum depression”. Ianya lebih teruk dan lama. Keadaan yang biasa kita dengar. Mudah menangis, tertekan, marah, cepat panik, letih, sukat tidur malam dan boleh jadi meracau. tetapi belum mengganas. Mudah dikesan, perlukan rawatan.
  3. “Postpartum psychosis” adalah keadaan yang sangat jarang terjadi. Namun boleh terjadi sekiranya “postpartum depression” dibiarkan melarat menjadi lebih teruk. Ibu yang mengalami “postpartum psychosis” mengikut kajian, mempunyai 5% lebih risiko membunuh diri dan 4% lebih risiko membunuh bayi mereka akibat keadaan ini.Ini kerana, mereka yang mengalami “postpartum psychosis” akan merasakan yang mereka seolah ‘terpisah’ dari realiti. Di dalam keadaan ini, khayalan dan kepercayaan akal untuk mereka sangat mendalam sehingga kelihatan nyata untuk mereka dan selalunya beperwatakan seperti orang yang kuat agama. Rawatan segera bagi seorang wanita melalui psikosis adalah sangat penting.

Ya ianya sangat serius dan bukan hanya wanita boleh mengalaminya. Para bapa juga mempunyai risiko mendapat kemurungan selepas bersalin.

Tonton video dari This Morning tentang hal ini.

Jadi, adalah perlu untuk kita lebih mengambil tahu tentang punca kemurungan selepas bersalin ini dan cuba hindarinya daripada terjadi. Dan sekiranya, kita sedar terdapat perubahan yang mendadak pada pasangan kita, dapatkan nasihat pakar sebelum menjadi lebih serius.

Sumber: Mirror, NCT, Parent Herald

 

Berita Kehamilan Kesihatan Untuk Ayah