Sejauh mana seorang bapa sanggup lakukan demi anaknya?

Beliau berharap ini dapat menjadi tempat peralihan untuk mereka keyakinan diri dan selepas 6 bulan bersedia untuk berada di dalam komuniti luar.

Syed Azmi, nama yang tidak asing lagi dalam kerja-kerja kebajikan. Baru-baru ini beliau telah memuat naik tentang kisah seorang bapa yang sanggup melakukan apa saja untuk anaknya, yang juga mempunyai Autism.

Di dalam perkongsian itu, beliau menceritakan tentang Mohd Adli Yahya yang telah menubuhkan sebuah syarikat dengannama Autism Project Enterprise, sebuah kafe yang terletak di iM4U Sentral, Taman Perindustrian Puchong.

Mengapa En. Adli berbuat demikian? Sedangkan beliau sebelum ini bekerja dengan bahagian korporat sebelum ini. Namun, di dalam fikirannya, di mana anaknya akan berada apabila beliau sudah tiada nanti?

Beliau mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan membuka kafe ini. Sememangnya terdapat banyak kursus latihan untuk anak-anak autism, namun ke mana mereka selepas itu?

Beliau berharap ini dapat menjadi tempat peralihan untuk mereka keyakinan diri dan selepas 6 bulan bersedia untuk berada di dalam komuniti luar.

Sekarang ini, mereka beroperasi dengan apa sahaja pembiayaan yang mereka dapat perolehi (dalam RM 4000.00 sebulan). Mereka juga sangat berterima kasih kepada iM4U kerana memberi mereka ruang untuk beroperasi.

Kini mereka juga mula dengan perniagaan dari rumah (seperti biskut dan pakaian) dan dari kafe yang dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari, 5 hari seminggu (kafe dan katering), jadi bantuan amat diperlukan.

Foto ehsan Syed Azmi

Buat masa ini, mereka mempunyai 6 anak muda autism bekerja secara berpasangan di kafe tersebut secara bergilir dan 5 anak muda autism bekerja dari rumah yang menetap jauh (Rawang, Cheras dan Ampang). Mereka berusia di antara 17-21 tahun dan kebanyakkan mereka ialah lelaki. Mereka memperoleh RM50 sebulan.

Bapa ini sedang mengusahakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di Subang untuk melayakan anak-anak muda ini mendapat bantuan sebanyak RM350 setiap bulan.

Biskut yang mereka jual berharga RM15-RM27 dan baju T mereka secara umumnya berharga RM35 sehelai.

Selain barangan runcit, mereka juga perlu membelanjakan wang untuk perkakas makan seperti pinggan, sudu dan garfu. Sebarang bentuk bantuan sama ada wang mahupun barangan amatlah dihargai.

 

Apa yang diusahakan oleh En. Adli merupakan inisiatif yang sangat bagus bagi membuka lebih peluang untuk mereka yang mempunyai autism.

Selain membantu mereka membina keyakinan, mereka juga akan lebih berdikari kerana dapat bekerja dengan keupayaan mereka sendiri.

Semoga apa yang diusahakan En. Adli akan pergi lebih jauh dan dapat membantu lebih ramai orang. Kita juga dapat memainkan perasan untuk membantu mereka.

Jika tidak dapat dari segi kewangan, mungkin kita dapat menyebarkan berita ini agar sampai kepada lebih ramai orang.

Buat En. Adli, selamat maju jaya!

 

A Autism Project Enterprise.
CIMB Islamic 8602742302

Untuk menghubungi En. Adli, 012-3490813.