Ketika isteri datang haid, biasanya aktiviti seksual akan dihentikan sementara. Tapi, kadang-kadang keinginan suami tak boleh dipendam dan ada yang cuba mengajak isteri bersetubuh.
Namun, apa sebenarnya hukum seks ketika haid menurut Islam?
Haid adalah proses semula jadi yang berlaku pada tubuh wanita setiap bulan.
Ia terjadi ketika sel telur yang tak disenyawakan gugur bersama dinding rahim dan keluar sebagai darah haid. Ketika haid, Islam melarang suami menyetubuhi isteri mereka.
Ini adalah penjelasan lengkap tentang seks ketika haid menurut Islam.
Dalil al-Quran tentang melakukan seks ketika haid 
Dalam al-Qur’an surah Al Baqarah, ayah 222 ada disebut:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ
Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”.
Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendatangi mereka, sebelum mereka suci.
Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah: 222)
Ayat ini turun sebagai wahyu kepada Nabi Muhammad SAW ketika seorang sahabat bertanya tentang persetubuhan semasa isteri datang haid.
Setelah ayat ini turun, umat Islam dilarang melakukan seks ketika haid.
Ulama sepakat mengatakan, hubungan intim semasa haid adalah haram, kerana ayat di atas jelas menyuruh suami menjauhkan isteri yang sedang dalam haid. Menjauhkan diri bererti tak melakukan hubungan seks.
Tapi bermesra (seperti cara ini) dan mencium isteri masih boleh dilakukan asalkan tak ada aktiviti seksual yang melibatkan tusukan pada vagina terjadi.
Syekh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di, seorang ulama dan ahli tafsir dari Arab Saudi menulis tafsirannya ayah ini dalam Kitab Tasir As-Sa’di:
“Hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh‘ maksudnya jima’ (di kemaluannya) khususnya kerana hal itu haram hukumnya menurut ijma’.
Pembatasan dengan kata “menjauh pada tempat haidh’ menunjukkan bahwa bercumbu dengan isteri yang haidh, menyentuhnya tanpa berjima’ pada kemaluannya adalah boleh. (Tafsir As Sa’di jilid 1, hal 358)
Hadis seks ketika haid menurut Islam

Beberapa hadis sahih yang diriwayatkan dari sahabat dan isteri Rasulullah SAW makin menguatkan pendapat bahawa seks ketika haid adalah haram menurut Islam.
Sebuah hadis yang diriwayatkan dari A’isyah ra berbunyi:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي
Apabila saya haid, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku. (HR. Ahmad 25563, Turmudzi 132 dan dinilai shahih oleh Al-Albani).
Hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ketika para sahabat menanyakan tentang isteri mereka ketika haid. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ