Suami, ini hukum dalam Islam jika buat hubungan seks ketika haid

lead image

Biasanya pasangan berhenti melakukan seks ketika haid. Tapi, ada masanya suami tak boleh nak menahan keinginan ketika isteri sedang haid. Apa hukumnya?

Ketika isteri datang haid, biasanya aktiviti seksual akan dihentikan sementara. Tapi, kadang-kadang keinginan suami tak boleh dipendam dan ada yang cuba mengajak isteri bersetubuh.

Namun, apa sebenarnya hukum seks ketika haid menurut Islam?

Haid adalah proses semula jadi yang berlaku pada tubuh wanita setiap bulan.

Ia terjadi ketika sel telur yang tak disenyawakan gugur bersama dinding rahim dan keluar sebagai darah haid. Ketika haid, Islam melarang suami menyetubuhi isteri mereka.

Ini adalah penjelasan lengkap tentang seks ketika haid menurut Islam.

Dalil al-Quran tentang melakukan seks ketika haid src=https://id Suami, ini hukum dalam Islam jika buat hubungan seks ketika haid

Dalam al-Qur’an surah Al Baqarah, ayah 222 ada disebut:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”.

Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendatangi mereka, sebelum mereka suci.

Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah: 222)

Ayat ini turun sebagai wahyu kepada Nabi Muhammad SAW ketika seorang sahabat bertanya tentang persetubuhan semasa isteri datang haid.

Setelah ayat ini turun, umat Islam dilarang melakukan seks ketika haid.

Ulama sepakat mengatakan, hubungan intim semasa haid adalah haram, kerana ayat di atas jelas menyuruh suami menjauhkan isteri yang sedang dalam haid. Menjauhkan diri bererti tak melakukan hubungan seks.

Tapi bermesra (seperti cara ini) dan mencium isteri masih boleh dilakukan asalkan tak ada aktiviti seksual yang melibatkan tusukan pada vagina terjadi.

Syekh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di, seorang ulama dan ahli tafsir dari Arab Saudi menulis tafsirannya ayah ini dalam Kitab Tasir As-Sa’di:

“Hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh‘ maksudnya jima’ (di kemaluannya) khususnya kerana hal itu haram hukumnya menurut ijma’.

Pembatasan dengan kata “menjauh pada tempat haidh’ menunjukkan bahwa bercumbu dengan isteri yang haidh, menyentuhnya tanpa berjima’ pada kemaluannya adalah boleh. (Tafsir As Sa’di jilid 1, hal 358)

Hadis seks ketika haid menurut Islam

src=https://id Suami, ini hukum dalam Islam jika buat hubungan seks ketika haid

Beberapa hadis sahih yang diriwayatkan dari sahabat dan isteri Rasulullah SAW makin menguatkan pendapat bahawa seks ketika haid adalah haram menurut Islam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari A’isyah ra berbunyi:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي

Apabila saya haid, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku. (HR. Ahmad 25563, Turmudzi 132 dan dinilai shahih oleh Al-Albani).

Hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ketika para sahabat menanyakan tentang isteri mereka ketika haid. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ

Lakukanlah segala sesuatu (dengan isteri kalian) kecuali nikah.” (HR. Muslim 302).

Ketika menjelaskan hadis ini, At-Thibi mengatakan,

إِنَّ الْمُرَادَ بِالنِّكَاحِ الْجِمَاعُ

“Makna kata ‘nikah’ dalam hadis ini adalah hubungan intim.” (Aunul ma’bud, 1/302)

Dari Anas bin Malik:

أن اليهود كانوا إذا حاضت المرأة فيهم لم يؤاكلوها ولم يجامعوهن في البيوت فسأل الصحابة النبي صلى الله عليه وسلم فأنزل الله تعالى : ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض…

Sesungguhnya orang Yahudi, ketika isteri mereka datang haid, mereka tidak mahu makan bersama isterinya dan tidak mahu tinggal bersama isterinya dalam satu rumah.

Para sahabat pun bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian Allah menurunkan surat Al Baqarah ayat 222.

Kenapa seks ketika haid diharamkan?

src=https://id Suami, ini hukum dalam Islam jika buat hubungan seks ketika haid

Seks ketika haid menurut Islam tidak boleh dilakukan karena sebab berikut ini:

Dr. Muhammad al-Baar mengatakan, ada banyak kesan buruk untuk wanita jika mereka melakukan persetubuhan semasa haid.

Dinding rahim akan gugur semasa haid dan membuatkan rahim terdedah kepada bakteria yang mungkin terdapat pada zakar suami.

Beberapa bahaya lain adalah: 

  • Jangkitan pada tiub falopian dan boleh menutup akses sel telur kepada rahim dan menyebabkan kehamilan atau mengandung luar rahim (ektopik).
  • Jangkitan pada rahim, saluran kencing atau ginjal dan menyebabkan jangkitan saluran kencing.
  • Peningkatan bakteria pada darah haid boleh menyebabkan penyakit gonorrhea.
  • Risiko jangkita pada organ reproduksi suami jika memaksa hubungan intim semasa haid masih belum bersih.

Selain itu, haid sering disertai dengan rasa sakit yang pedih dan keadaan emosi tak stabil. Keinginan seks pada wanita juga biasanya menurun ketika haid.

Melakukan seks ketika hamil bukan saja haram menurut Islam, tapi ia juga terbukti bahaya kepada isteri dan suami menurut sains. Jadi, seelok-eloknya dielak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga: 

5 risiko bahaya jika anda melakukan hubungan seks ketika haid

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!