theAsianparent Logo

Kerana nak selamatkan anak, bapa tak henti buat CPR walaupun caranya salah!

Ibu bapa jangan ambil mudah cara membuat CPR yang betul, pelbagai insiden boleh berlaku bila-bila masa.

Anak tak sedarkan diri akibat lemas, bapa tanpa henti lakukan CPR namun caranya salah

Seorang kanak-kanak lelaki dikhabarkan lemas dan tidak sedarkan diri baru-baru ini. Di kala itu, bapanya cuba selamatkan nyawa anak lelakinya itu dan video yang berjaya dirakam telah viral di laman media sosial.

Kejadian berlaku di Thailand.

selamatkan nyawa anak, nyawa , bapa selamatkan nyawa anak dari lemas, anak lemas bapa selamatkan guna cpr

Sebelum bantuan kesihatan tiba, bapa tersebut dilihat berterusan melakukan CPR, atau nama panjangnya Cardiopulmonary Resuscitation, bagi selamatkan nyawa anaknya itu kerana pengsan dan tak sedarkan diri.

Meskipun cara bapa itu salah, namun dia tidak berhenti berusaha berulang kali melakukannya.

Setelah mencuba beberapa minit, akhirnya bapa tersebut berjaya selamatkan nyawak anak lelakinya itu dan anaknya dilihat tersedar dari pengsan.

Ini kerana, tak semua orang boleh melakukan CPR dengan cara betul. Jadi, kami ingin berkongsi cara melakukannya agar pembaca dapat maklumat lebih tepat.

selamatkan nyawa anak, nyawa , bapa selamatkan nyawa anak dari lemas, anak lemas bapa selamatkan guna cpr

Selamatkan nyawa anak, bapa perlu tahu cara CPR yang betul

CPR adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung dan paru-paru/ pernafasan bagi memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung atau berhenti berdenyut.

CPR boleh selamatkan nyawa anak dengan bantuan penerusan bekalan oksigen ke otak sehingga pesakit diberi rawatan oleh pakar.

selamatkan nyawa anak, nyawa , bapa selamatkan nyawa anak dari lemas, anak lemas bapa selamatkan guna cpr

Bagaimana nak buat CPR untuk kanak-kanak?

Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian harus lebih teliti. Terdapat banyak perbezaan untuk teknik CPR bagi selamatkan nyawa anak ini. Antaranya ialah:

SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)

  • Gerakkan bahu bayi. Tentukan dengan teliti jika tiada respon.
  • Baringkan bayi atas permukaan keras. Ampu kepala dan tengkuknya jika perlu dipusingkan.
  • Buka saluran pernafasan, guna teknik dongak kepala dan angkat dagu.

PERNAFASAN (BREATHING)

  • Tentukan jika tiada pernafasan. Pastikan saluran pernafasan terbuka. Letakkan telinga berdekatan dengan mulut bayi dan perhatikan jika ada pergerakkan dada dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda.
  • Jika bayi masih bernafas, baringkan posisi pemulihan.
  • Jika tidak bernafas, pertama mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan terbuka. Lihat pergerakkan dada bayi. Ia perlu diberikan 1-11/2 saat.

selamatkan nyawa anak, nyawa , bapa selamatkan nyawa anak dari lemas, anak lemas bapa selamatkan guna cpr

ALIRAN DARAH (CIRCULATION)

  • Tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah lengan dengan 2 jari sambil dongakkan kepala dengan tangan satu lagi.
  • Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat antara kedua tetek bayi. Letakkan jari hantu dan manis disebelah jari telunjuk.
  • Angkat jari telunjuk. Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi. Pastikan jari anda tidak menekan hujung sternum (cuaran xifoid). Tekan sedalam ½ hingga 1 inci. Sekurangnya 100 kali seminit dan beri pernafasan setiap 5 tekanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : tribunnews , UKM , PBSM 

Foto kredit: tribunnews, hello magazine

Baca juga:

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu