"Saya ingat dengan ada anak, saya boleh selamatkan rumah tangga kami"
Niat isteri ini hanya mahu selamatkan rumah tangga yang dibina. Tapi dia tak sangka keputusan untuk ada bayi baru sebenarnya memburukkan lagi keadaan!
Selamatkan rumah tangga yang hampir musnah
Selepas 2 tahun kahwin dengan Hairi*, kami asyik bergaduh. Kami tak lagi meluangkan masa berdua. Asyik bergaduh saja sampai saya fikir adakah saya kena selamatkan rumah tangga ini?
Saya nampak yang kami semakin renggang. Rumah tangga saya sudah tidak sebahagia dulu. Saya di sini, dia di sana. Saya keliru dan kecewa.
Saya dengar salah satu cara nak selamatkan rumah tangga adalah dengan mengandung. Jadi saya fikir apa salahnya kalau saya mencuba.
Saya rasa dengan pertambahan seorang lagi “ahli kumpulan” dalam keluarga ini, saya dan suami akan bahagia balik seperti dulu.
Saya pasti baby baru ini akan buat Hairi mencintai saya kembali.
Untuk selamatkan rumah tangga, saya tipu suami
Sebelum ini saya makan pil perancang sebab kami memang merancang. Tapi sebab saya mahu anak sekarang, saya berhenti makan pil itu.
2 minggu kemudian, selepas entah berapa lama kami tak berhubungan intim, tiba-tiba malam itu kami berasmara.
Sudah lama saya tak rasa sentuhan Hairi. Dia tak tahu saya tak makan pil perancang lagi. Saya pun tak mahu beritahunya.
Dalam masa sebulan itu, ada beberapa kali juga kami berintiman. Semuanya atas usaha saya. Saya cuba menggoda Hairi.
2 bulan kemudian, saya hamil! Saya sungguh gembira, tapi ada rasa takut juga. Takut Hairi tak dapat terima berita ini. Namun selepas saya membuka mulut, Hairi nampak sungguh gembira!
Sejak itu dia rapat balik dengan saya. Dia jaga saya dan jaga anak dalam kandungan kami ini. Saya rasa bahagia semula.
Selamatkan rumah tangga dengan bayi baru sebenarnya idea buruk
Tapi selepas bayi kami lahir, semuanya berubah… Mahligai yang kami bina dulu tak dapat lagi diselamatkan.
Saya fikir dulu saya dapat selamatkan rumah tangga saya dengan bayi baru. Tapi sebenarnya itu adalah idea yang buruk!
Hairi tidak dapat menyesuaikan diri dengan serta-merta. Mana kena urus bayi, penat, lampin kotor, bayi asyik menangis dan sebagainya.
Bayi baru lahir kami ini buat semua benda makin sukar. Lebih-lebih lagi perkahwinan kami yang bakal runtuh dulu ini.
Apa agaknya yang saya fikirkan? Dengan ada bayi, Hairi boleh mula mencintai dan menerima saya semula? Mungkin dia sudah bosan dengan saya!
Saya tak dapat kasih sayang dan perhatian Hairi lagi. Saya hampir gila. Dengan keluarga yang harus diuruskan, bayi baru lahir lagi. Suami pula tiada di sisi.
Selepas 1 tahun, Hairi ambil keputusan untuk menceraikan saya. Kami baru saja bercerai sebulan lepas. Luka di hati saya ini masih berdarah…
Hairi sudah pergi, dan saya menyalahkan diri saya sendiri. Saya tak sepatutnya menggunakan “kelahiran bayi” sebagai cara mengikat suami.
Memanglah kita boleh membayangkan semua benda gembira bila ada anak baru. Tapi kalau perkahwinan anda bermasalah, lebih baik jangan tambah dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa dulu.
Kesannya pada anda dan anak-anak juga! Apa yang wanita (isteri) patut buat adalah dengan fokus. Cuba ingat balik kenapa kalian berkahwin.
*Nama dalam cerita ini ditukar untuk menyembunyikan identiti sebenar
Kredit gambar: FamilyEducation
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: