Seluar Dalam Cepat Rosak Akibat Keputihan Dari Vagina? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

undefined

Seluar dalam wanita cepat rosak dan diganti yang baru akibat keputihan dari vagina? Ini yang anda perlu tahu dan cara-cara untuk menjaga seluar dalam anda.

Pernah membeli seluar dalam wanita yang comel-comel dan hanya sempat pakai beberapa kali saja akibat sudah buruk?  Dan pernah tak anda buang lebih banyak seluar dalam daripada yang anda beli kerana kesemuanya telah rosak?

Jadi mungkin ini masanya untuk anda ketahui apa sebabnya dan adakah itu sesuatu yang mesti anda bimbangkan atau tidak.

Kesan keputihan 

seluar dalam wanita

Foto: Freepik

Vagina anda boleh menghakis atau melunturkan warna seluar dalam anda. Ini kerana cairan yang dihasilkan oleh vagina bersifat berasid, yang menyebabkan kesan oren atau putih pada seluar dalam anda.

Dr Kim Sonntag, pakar obstetrik dan ginekologi, menjelaskan “Vagina secara semula jadi mempunyai persekitaran yang berasid, dengan pH rendah. Lactobacilli, bakteria baik yang terdapat di dalam vagina, membantu menjaga pH pada tahap yang tepat sehingga seseorang tidak terdedah kepada jangkitan. ” Jadi, ya, vagina anda melunturkan seluar dalam anda tetapi untuk alasan yang sangat baik.

Perlukan anda bimbang?

Apa yang menjadi persoalan adakah ia perlu dibimbangkan? Tidak sama sekali, kata Sonntag. “Asalkan keputihan dan cairan itu tidak berbau dan bukan warna yang tidak normal (kuning, hijau, coklat), maka ini adalah bahagian pembersihan vagina anda sendiri,” jelasnya.

Kecuali jika cecair vagina anda mengeluarkan bau atau warna yang tidak normal, vagina anda melakukan perkara itu dengan membersihkan diri dan menjaga kesihatan anda.

seluar dalam wanita

Bagaimana dengan anda menyelamatkan seluar dalam yang comel itu? Nah, yang terbaik anda boleh lakukan ialah memakai pantyliner, basuh dengan tangan dan sebagainya  untuk mengelakkan perubahan warna. Atau cuba memakai seluar dalam berwarna lebih cerah supaya perubahan warna kurang kelihatan.

Jangan malu, ini adalah perkara biasa dan berlaku pada wanita lebih banyak daripada yang anda fikirkan. Mungkin anda berasa sedih kerana mahal belanjanya untuk membeli seluar dalam yang selesa. Tapi mungkin dengan mengganti seluar dalam yang secara berkala dapat membantu. Atau anda boleh cuba melihat kelunturan itu sebagai lencana kehormatan kerana memiliki vagina yang sihat dan ia melakukan apa yang perlu dilakukan.

Cara penjagaan seluar dalam wanita

#1. Memakai ‘panty liner’

Ada ke orang yang tak pakai panty liner? Ya, memang ada. Malah sesetengah wanita jarang mengeluarkan cecair atau keputihan dari vagina mereka. Melainkan mereka terlampau penat. Dan ada juga wanita yang tidak selesa dengan penggunaan panty liner, jadi mereka memilih untuk tidak memakainya.

Sebenarnya ada banyak jenis panty liner, ada yang mempunyai haruman dan ada juga yang bebas haruman serta khusus untuk kulit yang sensitif. Jadi anda boleh cuba menggunakan panty liner bebas haruman ini untuk penggunaan yang lebih selesa. Ingat walaupun cecair yang keluar hanyalah sedikit atau keluar bila kepenatan saja, namun apabila ia bercampur dengan peluh serta kandungan cecair bagina yang berasid ia tetap akan memberi kesan kepada seluar dalam anda. 

#2. Basuh seluar dalam wanita dengan tangan

Ini kesilapan ramai wanita, oleh kerana sibuk dan tidak mempunyai masa untuk basuh tangan semua helaian seluar dalam, jadi dicampakkan saja di dalam mesin basuh. Oh, jangan begitu. Amalkan setiap kali selepas mandi, cuci seluar dalam yang telah dipakai itu jadi tidaklah anda biar menimbun baru nak basuh.

Memanglah malas. Seluar dalam yang sibasuh mesin akan sering meninggalkan satu kesan yang anda sendiri tengok pun geli. Jadi bila basuh tangan sekurang-kurangnya anda nampak kesan itu masih ada, dan akan beria untuk menyental hingga bersih!

#3. Sidai di terik matahari dengan terbalik, jangan guna mesin pengering

seluar dalam wanita

Foto: Remaja

Ya, ada sesetengah baju yang berwarna dan fragile tidak boleh disidai dalam terik matahari. Tapi untuk seluar dalam wanita adalah bagus. Kerana ia boleh mematikan bakteria dan kuman, serta boleh elakkan bahagian celah kangkang itu dari berkulat (tompok-tompok hitam kecil).

Elakkan dari masuk mesin pengering, kerana ia akan membuatkan seluar dalam anda mudah kecut, atau untuk material lain ia akan mengembang! Tak seronoklah pakai seluar dalam kembang, nanti rasa macam nak terlucut saja bila pakai skirt. 

Sumber: Women’s Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Vagina Gatal-Gatal, Perlu Bimbang Atau Tidak? Semak Tanda-Tanda Ini, Ia Mungkin Serius

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!