5 senaman ringan yang bantu ibu hamil bersalin normal

lead image

5 senaman ibu mengandung ini sangat membantu jika ibu nak bersalin normal. Barulah proses bersalin itu akan lebih lancar dan kurang sakit!

Ketika hamil, mungkin sukar untuk melakukan senaman. Mana tidaknya, perut pun makin besar. Tapi, 7 senaman ibu mengandung ini mudah saja.

Ia memang direka khas untuk ibu hamil, malah membantu anda saat nak bersalin normal nanti.

Ibu-ibu bolehlah amalkan 5 senaman ibu mengandung ini di rumah. Jom kita semak apakah senaman ibu mengandung berikut.

5 senaman ibu mengandung untuk mudah bersalin

1. Squat

senaman ibu mengandung, senaman ibu hamil, petua cepat bersalin, pergerakan cepat bersalin, cara cepat bersalin

Duduk bertinggung dan berdiri selama berulang kali adalah satu senaman ibu mengandung yang amat mudah. Ia juga boleh menyiapkan tubuh ibu sebelum beranak.

Squat membantu menguatkan otot pinggung ibu dan mendorong bayi turun lebih rendah. 

Kalau ibu nak proses beranak normal yang lancar, cuba buat squat ketika nak dekat-dekat bersalin.

Cara buat squat: Berdiri dan buka kangkang. Turun perlahan-lahan hingga ke posisi mencangkung. Tahan selama 30 saat, kemudian berdiri semula tanpa bantuan tangan. 

Ulang 10-20 minit setiap hari. Sakit pinggang pun boleh hilang!

2. Jalan kaki

senaman ibu mengandung, senaman ibu hamil, petua cepat bersalin, pergerakan cepat bersalin, cara cepat bersalin

Berjalan kaki antara senaman ibu mengandung yang banyak faedah. Ia boleh mendorong kontraksi.

Sebab itu saat anda mula mengalami kontraksi, banyakkan berjalan. Ia boleh membantu bayi turun dan berada dalam posisi ideal untuk dilahirkan.

3. Angkat punggung dan otot pelvis

senaman ibu mengandung, senaman ibu hamil, petua cepat bersalin, pergerakan cepat bersalin, cara cepat bersalin

Ibu boleh buat senaman ini dekat rumah saja. Apa yang anda perlu ialah tempat lapik untuk tidur terlentang.

Kemudian, bengkokkan kulit dan biar tapak kaki terletak pada lantai. Perlahan-lahan angkat punggung. Pastikan bahu dan kaki tak terangkat.

Lakukan senaman ini selama 10-15 minit setiap hari sambil dengar lagu.

4. Duduk atas bola

senaman ibu mengandung, senaman ibu hamil, petua cepat bersalin, pergerakan cepat bersalin, cara cepat bersalin

Ketika perut makin besar dan anda mula mengalami kontraksi, duduk akan membantu ibu rasa kurang sakit.

Tapi jangan duduk atas sofa yang akan buat punggung anda tenggelam. Anda kena duduk menegak dengan punggung terkunci ke hadapan.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan duduk atas bola khas untuk ibu mengandung ini. 

5. Posisi kupu-kupu

senaman ibu mengandung, senaman ibu hamil, petua cepat bersalin, pergerakan cepat bersalin, cara cepat bersalin

Untuk melakukan senaman ibu mengandung ini, anda perlu meregangkan otot di bawah pinggul, punggung, dan paha. Kemudian lakukan posisi di atas.

Ia boleh membantu sendiri pinggul jadi lebih fleksibel dan melancarkan proses bersalin. 

 

 

 

 

 

 

Baca juga:

Buat 13 gerakan mudah ini kalau ibu hamil mahu cepat bersalin