Buat Senaman Kemutan Faraj, Baring Mengiring Ke Kiri Kalau Nak Mudah Laluan Bersalin Terbuka

Senaman kegel dan baring mengiring ke sebelah kiri ketika kontraksi antara tips yang boleh mempercepatkan bukaan laluan bersalin.

Bagi yang sedang hamil, pasti rasa gementar untuk menghadapi hari-hari bersalin. Dalam memastikan segalanya berjalan lancar, ada perkara yang ibu hamil kena buat terutama bagi memudahkan bukaan laluan bersalin yang mana ia termasuklah senaman kegel

Senaman kegelmemang biasa kita dengar penting untuk wanita amalkan tidak kira dalam apa jua keadaan jadi ketika hamil juga ia sangat membantu untuk proses bukaan laluan bersalin.

Senaman kegel bantu buka laluan bersalin

Senaman Kemutan Faraj

Ada beberapa petua dikongsikan untuk membantu membuka laluan bersalin, dan ia boleh dijadikan rutin ibu hamil. Antaranya termasuklah:

#1. Senaman kegel

Semasa kehamilan, senaman kemutan faraj adalah senaman yang paling sesuai kerana ia amat mudah dan memberi kesan yang positif terhadap tubuh anda.

Ia juga merupakan salah satu kaedah terbaik mempersiapkan diri untuk bersalin. Senaman pranatal ini boleh membantu membuka pelvik anda dan meletakkan posisi optimal bayi bersedia untuk kelahiran.

Kawalan otot lantai pelvik yang baik dapat membantu semasa tahap meneran. Sekiranya anda secara sukarela dapat melegakan otot-otot tersebut, anda boleh melahirkan bayi dengan lebih mudah.

Ia sangat mudah untuk dilakukan. Anda boleh melakukannya semasa melakukan aktiviti harian seperti menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer riba anda.

#2. Lakukan ketuk ketampi atau jalan itik secara perlahan-lahan

Tarikan graviti dari aktiviti turun naik tu dapat membantu percepatkan bukaan serviks. Semasa anda sedang sakit contraction juga boleh perlahan-lahan lakukan ketuk ketampi.

berpaut pada katil dan buatlah secara perlahan-lahan. Tidak perlu terlalu laju seperti zaman sekolah dulu. Buatlah kiraan 10 dan berhenti sebentar kemudian teruskan lagi.

#3. Baring mengiring sebelah kiri

Senaman Kemutan Faraj

Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri dan bengkokkan kedua kaki sikit. Bukan terlentang.

Tangan kanan letak di celah punggung kanan dan tarik ke atas (lakukan bila ada contraction sahaja). Buat berulang-ulang kali semasa contraction sedang berlaku sampai doktor kata bukaan sudah 8-10 cm.

Bila masa nak meneran, posisi masih dalam keadaan mengiring sebelah kiri. Tarik celah punggung ke atas sekuat hati sambil teran seperti nak berak (jangan angkat kaki) sampai kepala bayi keluar. Bila sudah keluar kepala, terus tukar posisi terlentang. ‘Push‘ macam biasa kerana kepala bayi sudah keluar, nurse tinggal nak tarik badan saja lagi.

Teknik ini juga ada diajarkan di hospital oleh jururawat bertauliah dan ia ternyata membantu ibu bersalin. 

#4. Banyakkan berjalan

Memang sangat tidak selesa dan menyakitkan.  Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali buat pemeriksaan, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. 

#5. Minum air kelapa muda

Selain memudahkan proses bersalin, ia juga membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.

#6. Banyakkan bersujud

Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.

#7. Minum minyak kelapa dara

Selain minum, boleh juga buat urutan perineum untuk lembutkan serviks, boleh jugak diminum untuk membantu melancarkan atau memudahkan proses bersalin nanti. 

Buat urutan perineum dengan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling dinding vagina untuk melembutkan permukaan serviks. 

#8. Makan buah nenas yang dah masak ranum seawal usia kandungan 37 minggu

Senaman Kemutan Faraj

Nenas ini kita boleh cakap sebagai natural inducer sebab dalam nenas ada enzim bromelin yang mampu mematangkan dan melembutkan serviks.

Jadi bolehlah anda cuba untuk makan nenas yang sudah masak ranum bila usia kandungan sudah cukup matang iaitu pada usia 37 minggu dan kerap melakukan senaman kegel.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Berpantang Lengkap Untuk Ibu Lepas Bersalin Penting Supaya Semuanya Teratur

Baca juga: 2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam

Baca juga: 5 Kaedah Utama Melegakan Rasa Sakit Nak Bersalin Yang Ibu Hamil Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!