Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil

undefined

Senarai makanan sihat ini perlu diperkenalkan kepada anak-anak sejak masih kecil agar tubuh mereka memperoleh nutrisi baik bagi merangsang proses tumbesaran.

Makan bersama keluarga adalah waktu paling bermanfaat untuk mengeratkan hubungan bersama anak-anak. Namun sebagai ibu ayah, anda perlulah menyediakan hidangan mengikut senarai makanan sihat agar mereka membesar dengan baik.

Bagi anda yang memiliki anak-anak masih kecil, waktu makan mungkin menjadi sedikit mencabar dan perlu try and error untuk memastikan si manja memperoleh nutrisi pemakanan secara optimum.

Senarai makanan sihat untuk anak

jenis makanan sihat

credit to sources

Kebanyakan anak kecil yang melihat sayur atau buah, akan berasa takut dan hilang selera. Tapi bila tunjuk makanan segera, laju pula datang menempel!

Hal yang perlu ibu ayah utamakan ialah nilai kesabaran dalam mempraktikkan beberapa teknik memujuk secara berkesan untuk menarik perhatian si manja makan lebih banyak. 

Menurut Dr. Izzar, pemakanan sihat untuk kanak-kanak amatlah penting bagi proses perkembangan dan tumbesaran normal. Ia sekaligus berperanan melawan pelbagai jenis penyakit.

Justeru, ibu ayah perlu tahu senarai makanan sihat yang mempunyai nutrien penting buat si manja.

#1. Nasi, mi, roti, bijirin

Ia membekalkan karbohidrat kompleks dan serat serta merupakan sumber tenaga utama diperlukan oleh tubuh badan.

#2. Buah-buahan dan sayuran

Mengandungi vitamin, serat dan mineral penting untuk menguatkan daya ketahanan tubuh bagi melawan serangan penyakit.

#3. Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang

makanan sihat untuk anak

credit to sources

Kumpulan makanan ini memiliki protein, vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium dan zink. Ia amat penting dalam membina tisu-tisu otot, darah, kuku, rambut dan organ.

Kebiasaannya, sistem imunisasi badan akan terganggu sekiranya protein tidak mencukupi.

#4. Susu dan produk tenusu

Sumber yang penting kerana kaya dengan protein, riboflavin dan kalsium. Kalsium membantu menguatkan tulang serta gigi. Ia amat penting semasa si manja berada dalam fasa kanak-kanak yang sedang membesar kerana tulang mereka sedang berkembang.

Sebagai contoh, anda boleh sediakan makanan seperti yogurt ataupun keju.

#5. Lemak

Ia memainkan peranan penting dalam diet anak kecil kerana membekalkan asid lemak dan membantu penyerapan vitamin laru-lemak. Contohnya, ikan dan minyak sayuran memiliki lemak baik (unsaturated fat).

Manakala daging, ayam, minyak kelapa, aiskrim dan mentega adalah kumpulan lemak tidak baik (saturated fat).

Amat penting untuk ibu ayah menyediakan anak-anak dengan makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan di atas. Pastikan diet si manja anda adalah SEIMBANG, SEDERHANA DAN PELBAGAI.

Bukan itu sahaja, elakkan makanan segera seperti nugget, sosej, kentang goreng kerana ia mengandungi kandungan garam, gula dan bahan perasa tambahan yang tinggi.

Malah, ia tidak sepatutnya dipanggil makanan pun sebab tidak mengandungi nutrien penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Dapat penyakit adalah!

Gula dan air manis pun elakkanlah, nanti jadi obesiti. Sentiasa beri mereka minum air kosong dan susu sahaja.

Selain itu, galakkan anak-anak untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Anda pun perlulah join bersama untuk lebih sihat.

Cara menggalakkan anak makan secara sihat

ajar anak makan makanan sihat

credit to sources

#1. Libatkan anak ketika memasak

Ibu perlu merancang menu masakan yang lebih awal dan penuhi waktu hujung minggu untuk mencuba resepi baharu bersama si manja.

Anda boleh mengajak anak mencuba sesuatu baharu yang sesuai dengan usianya seperti membentuk bebola daging, menggaul salad, melenyek kentang atau menumbuk bawang putih.

#2. Beri ganjaran

Adakah satu jadual untuk anak memangkah makanan atau minuman yang mereka telah makan pada setiap hari. Jika berjaya mencapai sasaran ditetapkan, ibu ayah boleh berikan ganjaran seperti bermain di luar rumah, pergi taman atau melakukan aktiviti berbasikal.

#3. Jadi contoh yang baik

Anak yang masih kecil akan mudah terpengaruh dengan keadaan di sekeliling dan insan paling rapat dengan mereka.

Sebagai ibu ayah, anda perlulah mengelakkan dari makan makanan tidak sihat seperti mee segera atau kentang goreng di hadapan anak-anak.

Semasa berada di meja makan, amalkan cara makan yang betul seperti membasuh kedua-dua belah tangan terlebih dahulu, makan buah-buahan dan barulah makanan berat.

Sumber: Dr. Izzar, Mypositive parenting

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtambah-selera-makan-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!