Senarai 5 tadika yang bagus dan murah untuk anak anda - ada yang free!

lead image

Berikut merupakan senarai tadika berdaftar di bawah milik kerajaan dan swasta yang murah. Malah pelajaran juga banyak menekan aspek keagamaan dan bahasa

Buat parents yang masih tercari-cari tadika terbaik buat anak, anda tahu tak senarai tadika berdaftar di bawah kerajaan dan swasta yang murah dan berpatutan?

Ada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan ibu bapa dalam memilih senarai tadika berdaftar untuk anak.

Antaranya seperti:

  1. guru tadika yang berpengalaman,
  2. kos pembelajaran murah,
  3. berdekatan tempat tinggal,
  4. kemudahan sekolah yang terbaik,
  5. pakej makanan sihat untuk anak dan lain-lain. 

Apatah lagi sekarang ini, ada ramai parents yang merungut bila hantar anak ke tadika swasta yang mahal, tapi anak masih belum tahu membaca malah tak kenal huruf dan nombor. Tentulah risau kan? 

Tapi, satu hal yang paling dirisaukan adalah kalau hantar ke tadika murah dan biasa-biasa saja, cikgu yang ajar itu cukup bagus ke? 

Haish… kalau nak diikutkan macam-macam perkara yang bermain di fikiran parents tentang pemilihan tadika anak ini. Boleh ganggu tidur malam dibuatnya! 

Walauapapun, belum terlambat rasanya untuk anda mencari tadika yang terbaik untuk anak.

Tapi bila sudah hantar anak ke tadika, jangan pula ‘lepas tangan’ – langsung tak membelek buku dan aktiviti sekolah anak. Sebab didikan yang terbaik adalah dari rumah. 

Berikut merupakan senarai tadika berdaftar yang murah dan sesuai untuk anak mulakan sesi prasekolah di tahun hadapan. 

Senarai  tadika berdaftar: 5 tadika yang murah dan sesuai untuk anak

#1. Tadika Kemas 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/008.jpg Senarai 5 tadika yang bagus dan murah untuk anak anda   ada yang free!

Ramai masyarakat memandang rendah pada tahap kemampuan dan pembelajaran di tadika Kemas.

Tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, tadika Kemas adalah pilihan terbaik kerana kos pembelajaran teramat murah. 

Apatah lagi, kebanyakkan guru-guru kemas juga mempunyai pengalaman mendalam dan perlu menyertai kursus Guru KEMAS sebelum dibenarkan mengajar di Tabika Kemas seluruh Malaysia. 

Program yang disediakan memberi peluang pendidikan awal kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun berkonsepkan “belajar melalui bermain“. Ia selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. 

Kemudian ia diperluaskan dengan menguasai kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan mengamal). 

Antara aktiviti dan pembelajaran lain di sini seperti kelas Fardhu Ain, kelas Bahasa Inggeris, kompang, seni mempertahankan diri, seni tari, senam robik, kokurikulum tahunan, hari kecermerlangan, hari sukan, gotong royong dan lawatan pendidikan. 

Yuran pendaftaran untuk tabika kemas serendah RM10. Manakala yuran bulanan percuma. 

#2. Tadika Q-Dess 

Tadika Q-Dess juga dikhabarkan tadika yang terbaik bagi menjadikan anak-anak sentiasa berkeyakinan. 

Antara pendekatan yang ingin diketegahkan adalah cara menyelesaikan masalah dan kanak-kanak tidak akan rasa malu untuk bertanya guru dan bersemangat untuk belajar. 

Dari sudut bahasa pula, anak-anak diberi panduan intonasi dan pendekatan terbaik menerusi lagu.

Lagu yang direka penuh pengajaran dan bermakna untuk mendidik. Malah kanak-kanak juga gembira belajar bila diselitkan dengan elemen humor ketika proses pembelajaran bermula. 

#3. Tadika Pasti

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/buletin online.jpg Senarai 5 tadika yang bagus dan murah untuk anak anda   ada yang free!

Kredit: Buletin online

Comelnya tengok anak-anak kecil memakai tudung sarung dan kopiah untuk mendapatkan ilmu di tadika PASTI ini. 

Sebenarnya, cetusan penubuhan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Pada peringkat awalnya, ia diberi nama Tadika Islam. Kini, ia digelar sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). 

PASTI ditubuhkan bagi mendidik jiwa dan akal anak-anak bersumberkan Al-Quran dan Hadis, membimbing anak melakukan perkara yang baik, berakhlak, cenderung melakukan ibadah dan melakukan makruf serta meninggalkan perkara mungkar. 

Selain itu, tadika ini juga melatih anak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, berdoa dan zikir. 

Tadika PASTI juga mengutamakan kemahiran 5M pada anak-anak iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan. 

Angarapan harga pendaftaran pelajar baru RM100. Tapi ada kos uniform, makanan, buku dan lain-lain pihak pentadbiran PASTI akan maklumkan. 

#4. Tabika Perpaduan 

Tabika perpaduan merupakan salah satu tadika di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai rukun tetangga. 

Tabika perpaduan diwujudkan bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun menghayati nilai perpaduan, hidup bermasyarakat dan persediaan ke alam persekolahan. 

Antara program yang dilakukan di tabika Perpaduan seperti kelas fardhu Ain, melukis, mewarna, membaca, bercerita, tarian, pakaian beragam, permainan muzik, sukaneka, lawatan sambil belajar, sambutan hari peristiwa seperti Aidilfitri dan kemerdekaan. 

#5. Smart Reader 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/bonda.jpeg Senarai 5 tadika yang bagus dan murah untuk anak anda   ada yang free!

Kredit: bonda

Permulaan tadika ini ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai pusat pendidikan pintar oleh Dato’ Sri Dr Richard Ong dan Datin Sri Dr KH Wang. 

Kemudain, organisasi tersebut menukar nama kepada Smart Reader Worldwide Sdn Bhd pada tahun 1998. Ini supaya dapat mengembangkan program bahasa inggeris kepada kanak-kanak. 

Tiga program telah diperkenalkan iaitu Smart Reader Kids, Smart Reader Kids Mandarin dan Smart Reader Kids Islamic. 

Bagi Smart Reader Kids Islamic, ia menawarkan pembelajaran untuk kanak-kanak Islam dari umur tiga hingga enam tahun.

Pembelajaran merangkumi membaca Al-Quran, selain terdapat subjek bahasa jawi, Iqra’, bahasa Arab, akhlak, ibadah, akidah, english, matematik, seni dan kraf, bacaan dan banyak lagi. 

Anggaran untuk pendaftaran serendah RM100. Manakala yuran bulanan pula sebanyak RM525. Selain ada kos sampingan untuk uniform, buku dan lain-lain. (Untuk lebih details boleh layari laman web Smart Reader) 

Justeru, sejauh bagus mana pun sesebuah pusat asuhan, tadika mahupun prasekolah itu ibu bapa adalah GURU yang paling penting untuk mencorak dan mendidik anak-anak.

Sematkan dalam hati si kecil sifat ingin belajar bermula dari sekarang. Semoga artikel ini memberi anda manfaat dan informasi berguna. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar: Asiaone

Baca juga

Ibu Bapa Tahu Apakah Perbezaan Penting Antara Tadika Dan Taska?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!