Enggan Buat Seks Dengan Suami, Isteri Ditetak Dengan Samurai Hingga Maut
Berdasarkan hasil siasatan awal, dia berkata suspek telah bangun awal dan pergi ke bilik isterinya untuk mengadakan hubungan seks. Namun, isterinya menolak. Suspek menjadi marah, mencapai pedang samurai dan mengelar isterinya.
Seorang wanita berusia 38 tahun telah terpaksa membayar dengan nyawanya kerana enggan membuat seks dengan suaminya pada jam 4 pagi Ahad (22 Jan)
Suaminya yang berusia 50 tahun mengelarnya dan menikamnya beberapa kali di dalam rumah mereka di Kampung Pinggir Bakau selepas dia menolak permintaan awal pagi suaminya itu, beritahu OCPD Supritendan Semporna, Peter Umbuas.
Dia berkata, wanita tersebut, Puan Normiah Bollok, meninggal di Hospital Daerah Semporna sementara suaminya melarikan diri dan menyorok berikutan insiden ini yang telah dilaporkan kepada pihak polis oleh jiran mereka.
“Kami telah melancarkan pemburuan suspek yang telah lari dari rumah dengan dokumen anak-anaknya,” kata Supritendan Umbuas.
Dia juga berkata, mereka menjumpai pedang samurai yang dipercayai digunakan untuk membunuh.
Berdasarkan hasil siasatan awal, dia berkata suspek telah bangun awal dan pergi ke bilik isterinya untuk mengadakan hubungan seks.
Namun, isterinya menolak. Suspek menjadi marah, mencapai pedang samurai dan mengelar isterinya.
Dia kemudian melarikan diri sementara anak-anaknya bergegas membawa ibu mereka ke hospital.
Supritendan Umbuas menambah yang pasangan tersebut mempunyai lapan orang anak – empat lelaki dan empat perempuan, berumur di antara 13 hingga 22 tahun.
Merujuk kepada berita yang menyedihkan ini, kelakuan yang dipamerkan lelaki tersebut adalah diluar norma. Seseorang yang mempunyai kesihatan mental yang sihat, tidak akan bertindak sebegini. Terdapat banyak kajian menunjukkan yang satu daripada empat orang mempunyai masalah mental.
Bagaimana caranya untuk kita menjaga kesihatan mental?
Ikuti sebahagian perkongsian dari Mental Health Foundation:
1. Bercakap tentang perasaan anda.
Dengan meluahkan perasaan terutamanya ketika menghadapi kesusahan, kita dapat mengurangkan tekanan perasaan yang boleh membawa kepada mental yang tidak sihat.
2. Sentiasa aktif
Bersenam secara tetap boleh membantu badan anda lebih sihat, lebih fokus, lebih yakin, kelihatan dan rasa lebih baik. Bersenam membantu organ badan anda lebih sihat, dan mental yang lebih sihat. Bersenam membantu badan membebaskan hormon endorfin yang membantu kita rasa lebih gembira.
3. Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat bukan sahaja memberi badan yang sihat, malah mental yang sihat. Seperti badan kita, otak kita juga memerlukan nutrient yang berkhasiat.
4. Meminta bantuan
Semua manusia memerlukan pertolongan. Tiada yang sempurna. Tidak salah meminta bantuan ketika di dalam kesusahan atau terlalu letih dengan urusan harian. Meminta bantuan juga dapat melegakan rasa terbeban yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
5. Berehat sebentar
Ia boleh jadi rehat lima minit dari membersihkan dapur, setengah jam untuk minum kopi atau sepanjang hujung minggu ke luar bandar. Rehat yang dapat membantu anda relaks.
6. Menerima diri anda seadanya
Kadang-kala trauma atau kesilapan lalu membuatkan kita rasa marah dengan diri sendiri atau terlampau kecewa dengan diri sendiri. Ini boleh membawa kepada banyak masalah mental.
Kesihatan mental juga sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Seperti definisi kesihatan yang dikongsikan WHO, sihat bermakna, sihat dari segi fizikal, mental dan sosial.