Kasihannya, Anak Sesak Nafas Semasa Bermain Di Taska Selepas Ditimpa Bean Bag!
Baru-baru ini terdapat kejadian anak lelaki meninggal di tadika kanak-kanak. Kali ini sungguh tragik, seorang anak 2 tahun sesak nafas ketika bermain dengan bean bag.
Anak sesak nafas berlaku pada seorang anak lelaki bernama Leonardo Sanchez, yang seharusnya merayakan ulangtahun keduanya Sabtu lalu, meninggal secara tragik di tadika kanak-kanak W.J. Child Center pada 8 September 2016.
Tragedi yang berlangsung hanya beberapa minit tersebut membuat Danielle Sanchez dan suaminya kehilangan anak dalam sekelip mata.
Anak sesak nafas di taska
“Dia adalah anak yang baik penuh sukacita,” kata Sanchez kepada Salt Lake CityFox 13. “Dia memberikan banyak cinta kepada kami.”
Sanchez meninggalkan Leonardo di tempat tadika anak ini di pagi hari. Sekitar petang hari, Leonardo bermain dengan anak-anak lain, dia memang dikenal senang bermain bersama.
Leonardo lalu bersembunyi di bawah bean bag, sofa kain yang beirisi butiran styrofoam, menurut pihak polis West Jordan yang melihat rakaman cctv di tempat tadika tersebut.
Pengasuh atau karyawan yang bekerja lalu duduk di atas sofa tersebut, tanpa menyedari bahawa ada anak yang sedang bersembunyi di bawahnya.
Mengapa si pengasuh tidak menyedari Leonardo ada di bawah bean bag, atau ketidakhadirannya di ruangan, tidak dapat dijelaskan.
“Saya benar-benar bingung,” kata Sanchez kepada NBC. “Aku sangat bingung bagaimana mereka tidak tahu di mana anak saya. Bagaimana dia tidak merasakannya? Bagaimana dia tidak mendengarnya berteriak?”
Penyebab sesak nafas tiba tiba
Polis mengatakan, si pengasuh duduk selama beberapa minit untuk membacakan buku cerita kepada anak-anak lain. Leonardo berada dibawahnya selama 15 minit sebelum pihak tadika menyedari dia hilang.
Leonardo kemudian ditemukan di bawah bean bag dalam keadaan tak sedarkan diri. Paramedik berusaha menyelamatkan, namun beliau kemudian dinyatakan meninggal di Rumah Sakit Anak malam harinya.
Pada hari jumat, Dan Sanchez, ayah Leonardo, mengatakan pada KUTV bahawa tempat tadika tersebut harus bertanggungjawab dan mengubah praktek mereka.
“Kami sangat menyesal atas kematian tragik seorang anak kecil di tadika kami. Tidak ada kata-kata yang cukup untuk menggambarkan kedalaman kesedihan yang kami rasakan. Dan, tentu sahaja, kami tidak berpura-pura memahami bagaimana hancurnya perasaan keluarga,” kata pihak tempat tadika anak West Jordan dalam sebuah pernyataan melalui kuasa hukumnya Barry Johnson.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga