Setelah rahsianya ditemui polis, gadis 18 tahun yang hilang selama 24 tahun ditemui

Share this article with other mums

Sebenarnya, Elisabeth memang telah ditahan sebagai tahanan namun bukan oleh mana-mana puak, mahupun diculik.

Elisabeth Fritzl merupakan seorang gadis yang telah membesar di Amstetten, Austria. Ibu bapanya, Joseph dan Rosemarie merupakan pasangan yang telah berkahwin awal dan mempunyai tujuh orang anak: dua lelaki dan lima perempuan termasuk Elisabeth. 

Elisabeth mempunyai zaman kanak-kanak yang sukar. Bapanya menderanya dan ibunya seperti tidak berminat untuk mengambil tahu. Dan Elisabeth terpaksa berdepan dengan sifat ayahnya yang penuh kebencian sendirian.

Joseph dan Rosemarie Fritzl, foto ehsan life daily

Selepas tamat sekolah di usia 15 tahun, Elisabeth mula bekerja sebagai pelayan restoran. Dia telah mengadu tentang penderaan yang diterimanya kepada kawan baiknya di restoran itu dan mereka telah membuat keputusan untuk lari ke Vienna. Walaubagaimanapun, Elisabeth masih di bawah umur dan pihak polis telah menemuinya serta menghantarnya semula kepada ibu bapanya.

Elisabeth kembali bekerja sebagai pelayan restoran dan kemudiannya telah ditawarkan untuk bekerja di Linz, Austria. Dia telah berusia 18 tahun dan inilah peluangnya untuk membebaskan diri dari ibu bapanya. Tetapi pada 29 Ogos 1984, Elisabeth telah hilang tanpa memberitahu sesiapa sama ada kawan, mahupun adik beradiknya ke mana dia pergi.

Ibu Elisabeth telah melaporkan kehilangannya serta merta. Dia pernah hilang sebelum ini dan telah hilang selama tiga bulan, namun Rosemarie Fritzl merasakan yang kali ini adalah berbeza. Rosemarie tidak pernah mengambil tahu sejauh mana deraan suaminya terhadap Elisabeth, tetapi dia tahu yang anaknya itu sering mengatakan ingin hidup sendirian. 

Sebulan kemudian, ayah Elisabeth, Joseph Fritzl menyerahkan sepucuk surat kepada pihak polis. Ia telah dipos dari Braunau dan telah menyatakan Elisabeth telah penat tinggal bersama keluarganya serta tinggal bersama kawannya. Namun tiada seorang kawannya pun yang tahu mengenainya. Di dalam surat tersebut, Elisabeth meminta untuk berhenti mencarinya atau dia akan melarikan diri dari negara tersebut selamanya.
 
Ayah Elisabeth percaya yang dia telah menyertai kultur agama dan menjadi tahanan atau telah di dihasut oleh ahli puak tersebut. Menurutnya lagi, Elisabeth selalu mudah terpengaruh. Joseph telah memberitahu pihak polis semua ini.
 
Sebenarnya, Elisabeth memang telah ditahan sebagai tahanan namun bukan oleh mana-mana puak, mahupun diculik. Hal yang sebenarnya adalah jauh lebih teruk. Pada hari kehilangannya, Elisabeth dan ayahnya telah pulang bersama. Dan Joseph telah meminta tolong anaknya untuk membawa sebuah pintu ke bilik bawah tanah. 
 

Foto ehsan dailymail.co.uk

 
Apabila mereka tiba di bilik bawah tanah, Joseph telah menekup muka Elisabeth dengan sapu tangan yang basah dengan alkohol dan telah mengikat Elisabeth di sana semasa dia pengsan. Ruang yang dibina Joseph adalah kalis bunyi, boleh dikunci dari luar dan tidak diketahui oleh sesiapa di rumah keluarga Fritzl. Joseph benar-benar memastikan yang Elisabeth tidak dapat lari lagi.
 
Selepas sedar, Joseph telah memberitahu Elisabeth situasi tersebut yang dia tidak akan dapat meninggalkan bilik bawah tanah itu lagi, tidak dapat berjumpa kawan-kawannya atau keluarga. Kemudian dia memaksa Elisabeth menulis surat dengan menghalakan sepucuk pistol ke arahnya. Sejak itu selama dua dekad, Joseph akan melawat Elisabeth setiap tiga hari membawa bekalan makanan dan keperluan.

Foto ehsan dailymail.co.uk

 
Penderaan Joseph terhadap anaknya semakin menjadi-jadi selepas itu. Dari sekadar seksaan fizikal dan emosional, Joseph juga menderanya dari segi seksual. Seksaan ini telah menyebabkan Elisabeth mengandung sebanyak tujuh kali semasa di dalam kurungan itu. Tiga daripada anak Elisabeth; Kerstin, Stefan dan Felix telah ditahan bersama ibu mereka. 
 
Tiga lagi anak Elisabeth telah dibesarkan oleh Joseph dan Rosemarie di rumah mereka. Joseph telah menyatakan yang dia menjumpai ketiga-tiga anak itu di luar rumahnya. Joseph telah membuat kenyataan yang mereka ditinggalkan oleh anaknya Elisabeth, yang mungkin telah mengandung diluar nikah.
 

Foto ehsan fritzlcase.blogspot

  
Selepas anak ke empat dilahirkan, Joseph memaksa Elisabeth dan anak-anaknya bekerja membesarkan ‘penjara’ mereka sendiri. Dia telah menyediakan televisyen, radio, alat pemain video, peti sejuk untuk menyimpan makanan dan tempat masak. Dia juga telah mengugut memberikan hukuman keras pada yang tidak mendengar arahannya.
 

Foto ehsan dailymail.co.uk

 
Joseph mengugut akan memberikan hukuman kerusi elektrik hingga mati jika sesiapa cuba mengusik pintu bilik bawah tanah itu.
 
Memberikan gas beracun jika cuba melarikan diri, dan mendenda tidak memberikan lampu dan makanan. Sementara Elisabeth berusaha memastikan keselamatan anak-anaknya yang ada.
  
Rosemarie dan anak-anaknya tidak dibenarkan memasuki bilik bawah tanah tersebut dan mereka percaya terdapat bengkel rahsia Joseph di bawah sana.
 
Mereka tidak tahu apa yang terjadi di bilik bawah tanah itu. Walaupun keluarga itu kerap dilawati oleh pekerja sosial kerana anak-anak yang ‘dijumpai’ namun tiada siapa yang pernah mendengar atau nampak sesuatu yang mencurigakan di rumah itu. 
 

Foto ehsan news.bbc.co.uk

 
 
Seorang penyewa tingkat bawah rumah keluarga Fitzl yang telah menyewa di sana selama 12 tahun ada memberitahu terdengar pelbagai bunyi, namun tidak dapat mengenal pasti bunyi apa. Joseph meyakinkan penyewanya yang itu adalah bunyi dari gas sistem pemanas rumah tersebut.  
 
Suatu hari, Kerstin, jatuh sakit dan Joseph tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju dengan rayuan Elisabeth untuk membawanya ke hospital. Satu perbuatan baik yang telah menjatuhkan Joseph dan menyelamatkan Elisabeth dan ketiga-tiga anaknya.
 
Elisabeth membantu membawa Kerstin keluar dari bilik bawah tanah untuk berjumpa doktor, ianya merupakan kali pertama di dalam 24 tahun, dia dapat melihat dunia luar.
 
Joseph telah memberitahu ahli medikal yang dia menjumpai Kerstin di tepi jalan mendatangkan tanda tanya. Kerstin telah dimasukkan ke dalam wad akibat kegagalan buah pinggang yang teruk, namun ibu bapanya tidak kelihatan. Pihak polis telah dihubungi dan siasatan lanjut dijalankan menyebabkan kebenaran terbongkar serta pembebasan Elisabeth dan anak-anaknya.
 
Elisabeth dan keenam-enam anaknya telah diberikan jagaan medikal dan rawatan kesihatan mental serta dipindahkan ke sebuah perkampungan yang tidak di namakan di tengah-tengah Austria. Mereka menjalani terapi atas sebab ‘Post Traumatic Stress Disorder, PTSD’. Namun mereka gembira dapat bermain diluar bersama.
 
Joseph Fritzl telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang parol. Dia telah menerima hukuman tersebut tanpa berkata apa-apa. Dia telah di tempatkan di sayap khas bagi penjenayah gila di Garsten Abbey. Jika dia ‘bernasib’ baik, dia juga tidak akan mendapat peluang melihat cahaya matahari selagi dipenjara.

Apa itu PTSD?

PTSD atau ‘post traumatic stress disorder’ merupakan masalah kesihatan mental yang dihidapi oleh seseorang akibat pengalaman yang mengejutkan, menakutkan atau membahayakan. Atau selepas menyaksikannya. Antara kejadian yang sering menyebabkan PTSD ialah perang, malapetaka, kemalangan atau serangan seksual.

Ianya normal untuk mempunyai memori yang tidak menyenangkan hingga tidak dapat tidur selepas kejadian seperti ini. Hingga menyebabkan kesukaran menjalani kehidupan harian yang normal. Namun jika ia berlarutan hingga berminggu, bulan atau tahun, mereka perlu mendapatkan bantuan.

Faktor yang boleh menyebabkan PTSD

Mempunyai PTSD bukan bermakna anda seorang yang lemah, malah sesiapa pun boleh mengalami PTSD. Pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh mengalami PTSD dan ianya kadang-kala diluar kawalan. Tidak kira jantina, umur semua orang boleh mengalaminya.

Tiada faktor spesifik yang boleh menyebabkan anda lebih berisiko mengalami PTSD. Semua orang boleh mengalaminya dan wajar mengambil langkah menanganinya.

PTSD bukan sahaja mengganggu kehidupan harian mereka yang menghidapnya, ia juga boleh menyebabkan seseorang itu terlampau trauma hingga boleh menyebabkan masalah mental yang lebih serius.

Jika anda, atau seseorang yang anda kenali mungkin mengalami PTSD, segera dapatkan bantuan. Anda boleh merujuk senarai badan yang menghulurkan bantuan di: Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal
 
 

 

Berita