Organic Shampoo Malaysia Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Organic Shampoo Malaysia Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Ketika hamil, ada beberapa perkara yang boleh dikekalkan, dan ada yang perlu ditukar bagi menjaga kehamilan. Bagaimana pula dengan syampu rambut?

Ibu, semasa anda hamil adakah anda ada menggunakan shampoo untuk ibu hamil? Jika masih belum, kami senaraikan pilihan organic shampoo Malaysia yang bagus dan selamat di pasaran untuk anda cuba. Tahukah anda, tubuh wanita mengalami perubahan hormon semasa hamil yang bukan hanya mempengaruhi tabiat dan mood makanannya tetapi juga mempengaruhi kulit dan rambut.

Pemakanan yang betul sangat penting  semasa mengandung, malah penggunaan perawatan tubuh juga adalah sama penting untuk memelihara bayi dalam kandungan agar selamat. Kajian menunjukkan bahawa tahap estrogen yang lebih tinggi dalam tubuh wanita dalam tempoh ini, boleh membuatkan rambut tumbuh lebih tebal dan panjang.

Sementara sesetengah wanita mungkin mempunyai rambut tebal dan berkilau, tetapi ada juga yang mengalami rambut berminyak atau kering, bahkan rambut gugur!

Memilih Organic Shampoo Untuk Ibu Hamil

Malangnya, kebanyakkan syampu mengandungi bahan kimia yang mungkin terlalu kuat untuk kulit sensitif , malah  beberapa pakar mendakwa bahawa ia juga boleh membahayakan bayi yang akan dilahirkan.

Pada ketika ini, menjadi lebih penting untuk memilih syampu rambut yang:

  • Ringan atau organik
  • Bebas wangian, dan
  • Tidak mengandungi bahan kimia yang keras. 

Kami telah mengumpulkan senarai 8 organic shampoo Malaysia rambut terbaik yang terdapat di pasaran, semuanya selamat dari kehamilan. Jika ibu berminat, boleh klik dan beli terus ya!

8 Organic Shampoo Malaysia Untuk Ibu Hamil Yang Bagus Di Pasaran

Bagi ibu hamil yang mencari organic shampoo Malaysia yang selamat dan terbaik untuk digunakan ketika hamil, kami ada senaraikan di bawah. Selamat membeli!

[product-comparison-table title="Shampoo Untuk Ibu Hamil"]

Mama's Choice Treatment Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

Mama's Choice organic shampoo Malaysia

Pilihan pertama kami shampoo untuk ibu hamil sudah semestinya produk keluaran Mama's Choice yang dipercayai ramai ibu-ibu. Syampu Mama’s Choice ini diperbuat dengan bahan semulajadi kiwi, candlenut dan kacang hijau yang terkenal bagi mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan akar rambut.

Produk ini sangat sesuai untuk wanita hamil kerana ianya diformulasikan tanpa SLS, paraben, pewarna tiruan, alkohol, dan silikon. Paling penting sekali, ianya telah diuji secara dermatologi dan diyakini halal! 

Paling menarik sekali, syampu Mama's Choice ini khas direka untuk mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin tau! Dengan kandungan semulajadi kiwi dan kacang hijau ini, ia dapat merangsang pertumbuhan rambut anda!

Jadi, buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, bolehlah bersiap sedia untuk atasi rambut gugur yang akan datang dengan syampu ini! Ia juga tersedia dalam saiz yang kecil, sesuai untuk bawa travel!

Apa yang kami suka?

  • Direka khas untuk mengatasi rambut gugur selepas bersalin
  • Merangsang pertumbuhan rambut
  • Meningkatkan kekuatan akar rambut
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi kiwi dan kacang hijau
  • Bebas paraben, SLS, alkohol dan silikon yang boleh mengeringkan rambut
  • Dirumus dengan bahan yang diyakini halal
  • Diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit kepala

Christina Moss Naturals Hair Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Dengan Bahan Semula Jadi Dan Organik

Christina Moss Natural's organic shampoo Malaysia

Sekiranya ibu mencari shampoo organic untuk ibu hamil yang selamat dan semula jadi, Christina Moss Naturals Hair Shampoo adalah produk yang pasti ibu suka!

Sebagai permulaan, ia mengandungi bahan organik dan berasaskan tumbuhan dan mesra alam, vegan, bebas bahan kimia, dan bebas GMO - sesuatu yang harus dicari oleh wanita hamil dalam produk penjagaan rambut.

Sulfate free shampoo Malaysia ini diperkaya dengan kebaikan minyak kelapa, lidah buaya, dan shea butter, ia melembutkan, menenangkan, menghidrat, dan menghilangkan minyak dan kotoran dengan lembut.

Selain itu, minyak zaitun berfungsi sebagai antioksidan, yang membantu mencegah atau membalikkan kerosakan akibat sinaran ultraviolet.

Apa yang kami suka?

  • Tiada bahan kimia berbahaya (tiada derivatif SLS, SLES, PG, PG, paraben, sulfat, pewarna, wangian sintetik atau petrokimia
  • Hypoallergenic
  • Meningkatkan kekuatan akar rambut
  • Membersihkan rambut secara menyeluruh

Majestic Pure Hair Loss Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Merangsang Pertumbuhan Rambut

Majestic Pure organic shampoo Malaysia

Majestic Pure Hair Loss Shampoo terkenal dengan 14 penyekat DHT (DHT adalah hormon yang mengecutkan folikel dan menyebabkan keguguran rambut) yang menawarkan khasiat herba dan semula jadi yang sempurna, serta memperkuat folikel rambut.

Tidak diragukan lagi, sulphate free shampoo Malaysia ini adalah formula yang lembut dan kuat!

Ia juga mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti minyak argan untuk mencegah kekeringan, biotin untuk merangsang pertumbuhan rambut, niasin untuk meningkatkan peredaran darah, dan pelbagai ekstrak botani lain yang mempromosikan rambut yang sihat.

Anda pasti tidak menyesal memilih organic shampoo Malaysia terbaik ini sepanjang tempoh kehamilan!

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi ekstrak botani
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • 14 penyekat DHT
  • Merangsang pertumbuhan rambut
  • Bebas sulfat
  • Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
  • Tanpa gluten dna paraben
  • Bebas dari bahan kimie merbahaya

Love Beauty & Planet Hope & Repair Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Merawat Rambut Rosak

Love Beauty and Planet organic shampoo Malaysia

Love Beauty and Planet shampoo ini direka khusus dengan gabungan syampu minyak, bersama dengan perapi yang sasarannya adalah memperbaiki rambut pengguna yang rosak.

Oleh itu, shampoo keluaran Love Beauty and Planet ini terbukti sangat sesuai dan berkesan untuk wanita hamil kerana sifat ramuan yang telah dipilih, malah tidak berbahaya bagi kulit wanita hamil yang sensitif.

Selain itu, wangian yang ditinggalkan juga ringan dan semula jadi dan tidak berbahaya dengan cara apa pun. Secara keseluruhan, ternyata inilah salah satu organic shampoo untuk ibu hamil yang baik!

Namun begitu, disyorkan untuk menggunakan Love Beauty and Planet shampoo ini sekali dalam seminggu terutama pada musim panas, kerana ia mampu menghilangkan kelemumur dan rambut minyak sekaligus. 

Apa yang saya suka?

  • Bahan organik - minyak kelapa dan minyak bunga Ylang Ylang
  • Produk bebas dari paraben dan silikon
  • Membaiki rambut dan mengekang rambut gugur

Aveeno Scalp Soothing Rose Water & Chamomile Blend Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Sesuai Untuk Rambut Halus Dan Mudah Rosak

Aveeno organic shampoo Malaysia

Ia merupakan satu jenama shampoo organic yang dihasilkan untuk kulit kepala sensitif dan berambut halus. Satu bahan utama yang digunakan di dalamaya adalah oat yang mana ia memberikan kulit kopala yang licin.

Sulfate free shampoo Malaysia ini dengan blend berinspirasi ladang segar ini disuntik dengan air mawar dan chamomile untuk kulit sensiti dan pembersihan yang cukup lembut.

Kandungan bahan organic shampoo Malaysia ini melembut dan melicinkan kulit kepala untuk kegunaan harian menjadikannya blend yang sempurna untuk rambut yang halus dan mudah rosak.

Apa yang kami suka?

  • Bebas sulfat, peluntur atau parabens
  • Shampoo untuk melicinkan kulit kepala buat mereka yang berkulit sensitif
  • Disuntik dengan blend air mawar untuk rambut lembut
  • Pembersihan yang lembut 

Tresemme Keratin Smooth Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Profesional

Tresemme Keratin Smooth Shampoo organic shampoo Malaysia

Kebanyakan shampoo dikhaskan untuk mereka yang mempunyai rambut berminyak, tetapi bagaimana pula dengan ibu hamil yang mengalami masalah rambut kering, bercabang dan menggerbang? Tresemme shampoo adalah pilihan setaraf profesional sebagai shampoo terbaik anda. Ini kerana, Tresemme Keratin Smooth ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah, bukan sahaja rambut kering malah tidak terurus dan rosak. 

Tresemme shampoo diformulasi dengan Minyak Argan dan Hydrolyzed Keratin sama seperti bahan di salon, membantu membersih, meningkatkan kesuburan dan mengekalkan rambut lurus sehingga 48 jam. Gunakan tiga kali seminggu ntuk mendapatkan hasil rambut yang lembut dan berseri yang memuaskan. 

Apa yang kami suka?

  • Harga yang murah
  • Pilihan ramai kerana terbukti berkesan mengatasi masalah rambut
  • Mengandungi Minyak Argan dan Hydrolyzed Keratin, membersih dan memperbaiki rambut rosak dan meluruskan rambut hingga 48 jam 
  • Melembutkan rambut wanita hamil yang mengalami masalah rambut kering dan bercabang
  • Turut hadir dengan 4 variasi untuk masalah rambut berbeza: Total Salon Repair, Hair Fall Control, Scalp Care dan Detox & Nourish

Herbal Essences Naked Moisture Rosemary & Herbs Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Untuk Suburkan Rambut Yang Kurang Nutrisi

herbal essences shampoo naked rosemary organic shampoo Malaysia

 

Bagi ibu yang sedang hamil yang bertudung, masalah yang selalu timbul pasti rambut tampak kusut dan kurang nutrisi. Jika anda mencari organic shampoo Malaysia yang menggunakan bahan botani semula jadi dan asli tanpa menjejaskan kualiti dan khasiat pada rambut, produk Herbal Essences shampoo adalah yang paling ramai cari. 

Ia bukan sahaja bebas paraben, malah bebas pewarna, minyak mineral, BHA, silikon, parafen dan phthalates. Selamat dan bagus untuk digunakan untuk ibu mengandung yang risaukan kesihatan janin dalam kandungan. Dengan kandungan pati herba Rosemary & Herba, Herbal Essences shampoo dapat memperbaiki rambut rosak hanya dalam masa 21 hari sahaja. 

Rasai aroma pelbagai gabungan herba, daun pudina segar dan cendana saat anda membasuh rambut dengan produk shampoo Herbal Essence ini.

Apa tunggu lagi? Segera dapatkan produk rangkaian penjagaan rambut shampoo Herbal Essence di farmasi atau klik sahaja pada butang pembelian di bawah!

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai
  • Organik
  • Bebas paraben, pewarna, minyak mineral, BHA yang berbahaya pada wanita mengandung
  • Tidak diuji keatas haiwan dan Vegan

Cucciolo Mamy Strengthening Shampoo

Organic Shampoo Malaysia Terbaik Menguatkan Rambut

 

Walaupun kebanyakan ibu hamil mempunyai rambut yang cantik sepanjang kehamilan ada segelintirnya akan mengalami kerosakan rambut yang serius disebabkan hormon yang tidak seimbang. 

Syampu jenama ini akan membantu ibu hamil menjaga rambut mereka dengan lebih baik dengan menguatkan akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan pelbagai masalah lain.

Apa yang kami suka?

  • Untuk rambut yang lemah/mudah patah/rambut gugur.

  • Lembut untuk kegunaan harian sambil menguatkan rambut.

  • Melembapkan dan merangsang dengan bahan semulajadi.

  • Diformulasi dengan bahan semulajadi yang menguatkan, tanpa petrokimia seperti minyak mineral, PEG & PPG.

Perbandingan Harga Organic Shampoo Malaysia Terbaik

Produk Harga (RM) Isipadu kandungan (ml) Harga (ml/RM)
Mama's Choice Treatment Shampoo RM39.90 150ml RM0.27
[iiMONO] Christina Moss Naturals Hair Shampoo RM161.00 240ml RM0.67
Majestic Pure Hair Loss Shampoo RM98.00 473ml RM0.20
Love Beauty & Planet Hope & Repair Shampoo RM99.99 400ml RM0.25
Aveeno Scalp Soothing Rose Water & Chamomile Blend Shampoo RM146.00 354ml RM0.41
Tresemme Keratin Smooth RM 25.50 670ml RM0.04
Herbal Essences Naked Moisture Rosemary & Herbs Shampoo RM 25.49 400ml RM0.06

Cucciolo Mamy Strengthening Shampoo

RM33.90 200ml RM0.17

Masalah Rambut Yang Biasa Dialami Ketika Hamil

shampoo untuk ibu hamil

Perubahan hormon ketika hamil boleh memberi kesan kepada rambut anda, sama ada menjadi tebal atau menipis. 

1. Rambut menebal

Rambut anda mempunyai kitaran hidup semula jadinya. Rambut setiap individu tumbuh, kemudian ia berehat seketika untuk 2 ke 3 bulan sebelum ia ditolak keluar oleh rambut baru yang menumbuh di dalam folikel (sarung berbentuk tiub yang mengelilingi rambut di bawah kulit).

Ketika hamil, kitaran ini berubah. Ramai wanita merasai rambut mereka seakan lebih tebal sekitar minggu ke-15 kehamilan. Ini kerana helaian rambut kekal lebih lama di dalam fasa penumbuhan kitarannya, yang mana bermaksud kurang rambut gugur daripada biasa. Ini berikutan ke atas peningkatan estrogen di dałam hormon.

2. Rambut menipis

Sesetengah ibu hamil pula mengalami lebih rambut gugur ketika hamil. Ini berikutan kepada pengurangan kadar estrogen, yang mana boleh berlaku atas punca seperti berikut:

Ia juga adalah perkara biasa ibu hamil mengalami rambut gugur selepas kehamilan apabila estrogen mereka kembali kepada kadar normal.

Ini disebabkan penambahan rambut dari fasa penumbuhannya untuk menukar kepada fasa berehat, yang mana kemudiannya gugur lebih daripada biasa, sehingga sekitar 3 ke 4 bulan selepas bayi anda dilahirkan.

Pertumbuhan rambut anda akan kembali seperti biasa apabila bayi anda sekitar usia 12 bulan. Jika anda merasakan yang rambut anda gugur secara berlebihan, atau pertumbuhan rambut anda tidak kembali normal selepas 12 bulan, rujuk doktor anda.

3. Kulit kepala kering

Kulit kepala kering dan gatal adalah salah satu kesan yang paling menjengkelkan ketika hamil. Simptoms ini biasanya berlaku agak mengejut sewaktu trimester ke-3. Walaubagaimanapun, sesetengah ibu hamil mungkin menderita sepanjang 9 bulan kehamilan. 

Perbezaan faktor boleh membawa kepada kulit kepala kering termasuklah:

  • Diet yang buruk

Sewaktu hamil, sesetengah daripada kita mempunyai pelbagai jenis kempunan yang gila-gila, sementara bakal ibu lain jadi amat memilih dengan pemakanan. Ini menyebabkan kita akan kekurangan nutrisi yang diperlukan badan.

Anda boleh dengan merawat isu ini dengan mudah dengan bercakap dengan doktor bersalin anda, yang mungkin akan mencadangkan anda untuk menukar diet, atau mengambil beberapa suplemen tambahan.

  • Stress dan kegelisahan yang melampau

Kajian telah mendedahkan yang kulit kita mudah terdedah kepada stress. Apabila kita mengalami tekanan yang melampau, ia akan menyebabkan keradangan dan tindak balas imun pada kulit kita termasuk kulit kepala.

Ramai wanita akan lebih tertekan semasa hamil kerana bimbangkan untuk proses melahirkan, simptom lain, atau mungkin juga masalah peribadi.

  • Dehidrasi

Dehidrasi adalah masalah biasa berlaku ketika hamil. Tubuh anda memerlukan cecair lebih banyak berbanding sebelum ini. Selain daripada minum air yang banyak, anda patut cuba untuk elak daripada mengambil kafein.

Jika anda kurang minum air, ia akan nampak pada permukaan kulit termasuk kulit kepala. Dehidrasi juga boleh membawa kepada masalah sembelit semasa hamil.

4. Kelemumur

Kelemumur adalah kondisi kulit yang mana mempengaruhi kulit kepala. Ia menyebabkan kulit kepala berkerak dan gatal, biasanya disebabkan oleh proses penumpahan yang lebih cepat dicetuskan oleh peristiwa tertentu.

Jika anda mengalami masalah kelemumur sewaktu hamil, anda tidak keseorangan. Ini adalah satu lagi kesan sampingan semasa hamil. Berikut adalah beberapa sebab utama:

  1. Peningkatan penghasilan minyak - Semasa hamil, tubuh akan menjadi lebih aktif dalam menghasilkan minyak. Ini akan mempengaruhi kulit kepala juga, yang mana ia menghasilkan pengeluaran sel yang lebih efisien. Apabila sel baru terbentuk, yang lama akan habis. Ini juga berlaku pada kelajuan yang jauh lebih tinggi daripada sebelumnya, itulah sebabnya anda akan melihat lebih banyak kepingan kelemumur pada kulit kepala anda.
  2. Tahap sensitiviti produk - Tiba masa untuk kita menuding jari kepada produk rambut. Kehamilan boleh menyebabkan kita menjadi ultra-sensitif kepada bahan kimia dan pengawet. Kulit kepala kita akan memberi tindak balas dengan menghasilkan lebih sel untuk kekal melindungi kawasan tersebut. Malah produk yang anda gunakan sebelum hamil tanpa sebarang isu, juga kini boleh menyebabkan masalah kelemumur.

5. Rambut berminyak

Ada wanita perlu hadapi rambut berminyak selama 9 bulan. Simptom ini adalah perkara normal dan berpunca oleh perubahan hormon. 

Ini bermakna peningkatan amaun penghasilan sebum di dalam folikel rambut akan menyebabkan rambut berminyak. Untuk sesetengah wanita, ia juga boleh jadi memberi kesan pada bahagian wajah mereka - menyebabkan kulit berminyak dan jerawat

Selain itu, kelenjar minyak yang sama juga boleh jadi perlahan sewaktu hamil dan menyebabkan rambut frizzy dan kelemumur. 

Tips Penjagaan Rambut Ketika Hamil Selain Guna Organic Shampoo Malaysia

Terdapat beberapa perkara yang ibu hamil boleh lakukan dalam memastikan yang rambut anda kekal sihat dan lebat sewaktu hamil dan selepas bersalin.

Berikut adalah antara tips yang berkesan dalam menjaga rambut anda agar sentiasa cantik sihat.

1. Pilih shampoo dan perapi rambut yang bagus

Sebagai satu permulaan dalam memastikan rambut anda kekal sihat adalah dengan mencari shampu dan perapi rambut yang bagus dan selamat untuk anda gunakan ketika hamil.

Pilih berdasarkan jenis rambut anda dengan bahan-bahan semula jadi seperti minyak argan, aloe vera, minyak avokado atau jojob yang boleh meningkatkan pertumbuhan rambut anda serta menambah ikal mayang.

2. Elak rawatan rambut dengan bahan kimia dan mewarnakan rambut

Sewaktu hamil, adalah lebih selamat untuk anda mengelak rawatan bahan kimia dan mewarna rambut. Bahan kimia yang terkandung akan menyerap ke dalam kulit kepala dan disalurkan ke bayi yang sedang membesar di dalam rahim.

Ia boleh menyebabkan tindak balas alegik. 

3. Urutan minyak

Urut kepala anda dengan lembut bersama sedikit minyak suam sebanyak 2 ke 3 kali seminggu seperti mana yang dicadangkan untuk wanita hamil. Ia tidak hanya meningkatkan pertumbuhan rambut tetapi juga menenangkan kulit kepala dan membantu anda tidur dengan baik.

4. Jangan sikat rambut basah

Rambut kita adalah paling lemah ketika ia basah. Jika anda sikat rambut ketika ia basah, anda hanya mengambil risiko akan mematahkan akar rambut pabila ia tersangkut pada sikat.

5. Trim hujung rambut selalu

Mengamalkan trim penghujung rambut dengan kerap akan membantu mengelak hujung rambut bercabang dan permukaan yang kasar. 

6. Kenali jenis rambut dan kulit kepala anda

Sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli sejenis shampu, conditioner, atau minyak mengurut untuk digunakan, adalah penting untuk anda mengenal pasti akan jenis rambut dan kulit kepala anda.

Anda perlu faham sama anda rambut anda adalah jenis tebal atau halus, tegak atau kerinting, kusam atau berkilau. Anda juga perlu mengenal pasti jika kulit kopala anda jenis kering, berminyak, atau normal. 

7. Elak gaya rambut yang terlalu ketat

Gaya mengikat rambut dengan ketat yang menarik dan memberikan stress pada rambut boleh  menyebabkan rambut gugur lebih cepat. Elak melakukan tocang rambut, cornrows, ponytail, atau bun rambut yang ketat.

8. Kurangkan stress

Stress adalah punca besar akan masalah rambut gugur ketika tempoh hamil dan selepas bersalin. Stress mencetus rambut gugur dan juga menyebabkan sel darah putih tubuh untuk menyerang folikel rambut kita sendiri, di dałam satu kondisi dipanggil 'alopecia areata'.

Cuba amalkan ambil angin di taman, atau cuba lakukan senaman pernafasan dan yoga untuk mencegah stress dan kekal relaks. 

9. Makan sihat

Kunci untuk mempunyai rambut ikal mayang, lebat cantik adalah melalui diet yang seimbang. Termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran segar bersama dengan benih, kekacang dan makanan yang kaya dengan protein di dalam diet anda. Juga jangan lupa untuk minum air yang banyak dan kekal hidrat sepanjang hari.

Semoga artikel ini cukup bermanfaat buat ibu hamil di luar sana.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan

Baca juga: Untuk Ibu Hamil - Atasi Masalah Keguguran Rambut Hari Ini

Baca juga: Bayi Terbaik: 7 Jenama Syampu Yang Bagus Untuk Bayi