Sifat anak kedua biasanya sangat berbeza dengan anak sulung atau anak bongsu.
Anak sulung selalunya mendapat perhatian ibu bapa dan yang bongsu selalu dimanjakan. Kerana ini, anak kedua selalu rasa seperti diabaikan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 7 sifat anak kedua yang unik dan menonjol
Catherina Salmon, seorang profesor psikologi di Universiti Redland, California Utara dan rakan sekerjanya telah menjalankan kajian terhadap sifat anak kedua selama lebih 20 tahun.
7 sifat anak kedua yang unik dan menonjol
Selepas meneliti ribuan kanak-kanak yang lahir sebagai anak kedua atau anak tengah, terdapat tujuh sifat anak kedua yang menonjol dan membuatkan mereka lebih unik berbanding anak sulung dan anak bongsu.
Jom kita lihat apakah 7 sifat unik tersebut!
1. Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa
Dalam kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 orang pelajar, mereka disoal tentang siapa yang mereka akan minta pertolongan jika mereka memerlukan bantuan. Kebanyakan dari mereka akan menjawab kawan.
Ini kerana, mereka kurang menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu.
2. Sahabat yang baik
Anak kedua sudah biasa menghadapi pelbagai karakter orang. Ini disebabkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik mereka.
3. Kemahiran sosial yang baik
Selain mudah bergaul, anak kedua juga sering berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan orang sekelilingnya.
Kerana ini, orang sekelilingnya sering rasa selesa berdekatan dengan mereka. Mereka juga memiliki kemahiran sosial yang lebih baik berbanding anak sulung atau bongsu.
4. Kuat menghadapi tekanan
Anak kedua biasa menghadapi jangkaan dari ibu bapa dan adik beradik.
Mereka juga lebih berdikari dan boleh membela diri sendiri dalam pergaulan tanpa memerlukan bantuan keluarga.
5. Open minded dan suka mencuba sesuatu yang baru
Oleh sebab mempunyai adik beradik dan tak menjadi tumpuan harapan ibu bapa, anak kedua terpaksa berdikari sejak awal. Ini membuatkan mereka suka mencuba perkara baru dan berfikiran terbuka.
6. Memahami
Menurut Catherine Salmon, apabila anak kedua dewasa, mereka akan memahami kelebihan dari ibu bapa yang tak memberikannya perhatian yang berlebihan. Ini membuka ruang untuk mereka menjadi berdikari.
Kaji selidik mendapati, anak kedua adalah antara orang yang paling bahagia dalam cinta jika dibandingkan dengan anak pertama atau anak bongsu kerana mereka menghargai kepentingan sesebuah hubungan.
7. Pandai berunding
Kerana dah dilatih untuk berunding oleh ibu bapa, anak kedua akan membesar menjadi orang yang pandai berunding. Kerana ini mereka sesuai bekerja sebagai diplomat, guru, ahli politik, pelakon, pengacara atau pekerja sosial.
Keperibadian mereka yang mudah bergaul dan pandai menyesuaikan diri membuatkan mereka selalu berjaya dalam bidang yang menuntut mereka untuk berinteraksi dengan manusia.
Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah