Sel otak anak sedang berhubung kalau dia aktif melompat, memanjat -- ibu kena banyak sabar...

lead image

Ibu dan ayah jangan terlalu bimbang kalau anak-anak terlalu aktif melompat, berlari kerana ada sebab kenapa ia terjadi. Apa yang boleh anda buat, tarik nafas dalam-dalam dan bersabar layan kerenah mereka itu

Melompat, sepahkan rumah, berteriak dalam rumah dan berlari. Ini merupakan sikap anak kecil yang boleh membuatkan ibu bapanya sakit kepala nak urus. 

Paling geram bila suka sangat nak masuk dapur, ada saja benda yang dia nak main! Padahal berlambak mainan yang ibu ayah beli tak pula diusik di ruang tamu ini.

Bukan itu saja, bila makan, habis tumpah kena baju padahal baru saja mandi. Tak cukup dengan itu, bila tengah melipat kain, mesti si kecil itu nak kacau. Punggah balik pakaian bila ibu dah lipat. Aduhai.  

Namun, tahukah anda menurut Dr Baizura Badzir, Pensyarah Awal Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu tandanya, anak normal dan sihat?

Tapi anda sebenarnya harus lebih berhati-hati jika anak kecil duduk senyap tanpa buat apapun, pendek kata tak aktif.

Itu lebih membimbangkan, macam ada sesuatu yang tak kena dengan diri anak itu. Malah ia merupakan tanda-tanda autisme.

Melompat dan memanjat antara sikap anak kecil normal 

sikap anak, sikap anak kecil, sikap, tingkahlaku anak, tingkah laku anak kecil, sikap anak-anak, sikap kanak-kanak, anak melompat, tips tangani sikap anak kecil, anak kecil melompat, anak, sikap anak yang tak terkawal, sikap normal anak kecil, sikap normal

Kredit: Shutterstock

  • Melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau paling tidak melompat atas katil. 
  • Punggah pakaian yang sudah dilipat 
  • Teraburkan makanan atas lantai 
  • Main pinggan mangkuk di dapur 
  • Suka sepahkan rumah dengan barang mainan 
  • Kacau ibu atau ayah nak sembahyang 
  • Meluah semula makanan yang tak suka makan atau apabila sudah kenyang 
  • Menumpahkan botol yang ada susu atas permaidani rumah 
  • Naik atas tubuh ibu atau ayah masa tidur 
  • Menggigit badan ibu dan ayahnya 

Jika sikap anak ini ada pada diri si kecil anda, jangan terlalu bimbang kerana ia normal. Ini merupakan perkembangan si kecil yang positif.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk si kecil itu mengembangkan kemahirannya.  

Jika sikap anak kecil pasif,  ibu ayah patut bimbang…

Tapi, lain pula jika anak anda tidak banyak bergerak dan kelihatan pasif. Antara sikap anak yang patut membimbangkan anda ialah:

sikap anak, sikap anak kecil, sikap, tingkahlaku anak, tingkah laku anak kecil, sikap anak-anak, sikap kanak-kanak, anak melompat, tips tangani sikap anak kecil, anak kecil melompat, anak, sikap anak yang tak terkawal, sikap normal anak kecil, sikap normal

  • Anak terlalu pasif 
  • Hanya duduk diam 
  • Tak respon terhadap persekitarannya 
  • Tak respon bila namanya disebut 
  • Tak mahu bermain 
  • Suka menyendiri 

Kalau anak anda ada tanda-tanda yang disebut di atas, ibu ayah perlu dapatkan rawatan segera dari pakar pediatrik.

Malah, anda juga mungkin akan dapat melihat perkembangan anak lambat tak seperti kanak-kanak normal. 

Sikap anak kecil peringatan untuk ibu bapa 

sikap anak, sikap anak kecil, sikap, tingkahlaku anak, tingkah laku anak kecil, sikap anak-anak, sikap kanak-kanak, anak melompat, tips tangani sikap anak kecil, anak kecil melompat, anak, sikap anak yang tak terkawal, sikap normal anak kecil, sikap normal

Kredit: persinger Group

  • Sebab itu ibu bapa disarankan tidak memarahi sikap anak kecil seperti ini kerana ia normal. Jangan minta mereka duduk berdiam diri kerana ia memberikan kesan pada perkembangan mereka
  • Jika anak suka memanjat, anda jangan risau kerana dia nak kuatkan otot. 
  • Bila anak memanjat, itu tanda sel-sel otak sedang berhubung. Sebab itu anda akan lihat selepas dia jatuh, kemudian dia akan berhati-hati selepas itu. 
  • Dari anda menjerit pada anak bila dia terlampau aktif. Adalah lebih baik, anda memerhati anak memanjat supaya tak jatuh dan memantau apa yang si kecil nak buat. 
  • Begitu juga bila berada di rumah orang atau berada di luar seperti di  shopping mall. Ibu ayah kena pantau supaya mereka tak berlari kesana sini atau  tak usik barang berharga tuan rumah itu. 

Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel yang berguna ini laman socmed anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kejap ok, kejap menangis; pakar jelas mengapa sikap anak kecil tak boleh dijangka