X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Daripada Aktiviti Bersukan - Jom Ajak Anak Hidup Lebih Aktif!

3 min bacaan
Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Daripada Aktiviti Bersukan - Jom Ajak Anak Hidup Lebih Aktif!Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Daripada Aktiviti Bersukan - Jom Ajak Anak Hidup Lebih Aktif!

Kanak-kanak yang aktif bersukan akan menjadi lebih tabah mengharungi segala cabaran hidup, disebabkan keinginan untuk mencapai sesuatu. Mereka juga kuat dari segi minda dan tidak cepat putus asa.

Bersukan bukan hanya aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Di sekolah, aktiviti sukan merupakan salah satu cabang dalam kegiatan kokurikulum. Kanak-kanak amat digalakkan untuk bermain di luar sekerap yang mungkin. Menurut World Health Organization, kanak-kanak berusia antara 5 hingga 17 tahun harus melakukan senaman atau aktiviti fizikal sekurang-kurangya 60 minit setiap hari. 

Namun begitu dengan keadaan sekarang, mungkin ada limitasi terhadap pergerakan mereka. Jadi ibu bapa harus sentiasa pantau pergerakan mereka di luar. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya, terdapat banyak faedah dan sikap baik yang boleh dipelajari dari aktiviti bersukan.

bersukan

Kredit: Shutterstock

Objektif dan Matlamat Bersukan

Kanak-kanak yang terlibat dalam sukan, sama ada secara individu atau berpasukan, akan belajar mengenai matlamat dan cara untuk mencapai matlamat tersebut.

Apabila mereka mempunyai matlamat, contohnya, untuk menjadi atlet yang terbaik dalam sukan yang diceburi, mereka boleh mula menumpukan usaha untuk mencapai objektif tersebut.

Baca juga: Sel otak anak sedang berhubung kalau dia aktif melompat, memanjat — ibu kena banyak sabar…

Dengan secara tidak langsung, kanak-kanak juga akan menetapkan matlamat dalam kehidupan harian mereka. Kanak-kanak yang mempunyai matlamat dalam hidup, akan mempunyai dorongan dan motivasi untuk mencapai kejayaan.

Mereka juga akan mempunyai tujuan hidup yang jelas dan ini membolehkan mereka untuk merancang langkah-langkah untuk mencapai hasrat yang diinginkan.

Rasa Lebih Bertanggungjawab

bersukan

Kredit: Shutterstock

Jika setiap ahli pasukan tidak memberikan usaha yang terbaik, seluruh pasukan itu boleh gagal. Inilah sebab mengapa kebertanggungjawaban sangat penting dalam acara sukan berpasukan.

Lain cerita pula dalam sukan individu, kerana usaha diri sendiri yang menjadi penentu keputusan. Mungkin kanak-kanak itu akan rasa kecewa apabila dia kalah.

Tetapi jika dia terus berusaha dan berlatih mengikut bimbingan jurulatihnya, dia mampu untuk mencapai kemenangan satu hari nanti.

Tidak Mudah Berputus Asa

Semua atlet-atlet yang hebat tahu yang mereka telah melakukan yang terbaik, sama ada menang atau kalah dalam pertandingan.

Jurulatih selalu mengingatkan mereka untuk memberikan pertanding yang terbaik tanpa mengira keputusan. Jangan cepat putus asa, kalau kalah pertandingan ini, ada banyak lagi pertandingan lain yang boleh disertai.

Ketabahan dan Ketekunan

bersukan

Kredit: Shutterstock

Ketabahan dan ketekunan adalah kunci kejayaan, dan merupakan dua sifat terbaik yang boleh dipelajari melalui sukan. Kanak-kanak yang tabah boleh mengharungi segala cabaran hidup, disebabkan keinginan untuk mencapai sesuatu.

Mereka kuat dari segi minda dan tidak cepat putus asa. Mereka tidak kenal kalah dan akan terus tekun berusaha sehingga mereka berjaya.

Malah kelebihan bersukan dan aktiviti luar untuk anak-anak juga termasuk:

  1. Meningkatkan daya ketahanan badan
  2. Memberi peluang untuk mereka bersosial 
  3. Membina jantung, tulang dan otot yang lebih kuat
  4. Membantu perkembangan mereka menjadi lebih sihat
  5. Memberi keyakinan
  6. Membantu memulih postur dan keseimbangan badan
  7. Mengurangkan tekanan
  8. Membantu tidur lebih baik pada waktu malam

Pelbagaikan Aktiviti Bersukan Anak-Anak

Selain daripada aktiviti bersukan seperti bermain bola, bermain lari-lari atau bermain dengan alatan di taman permainan, anak-anak juga boleh mencuba pelbagai aktiviti fizikal lain. Dalam keadaan sekarang, amat digalakkan juga untuk mereka elak bermain beramai-ramai bagi mengurangkan jangkitan namun pada masa yang sama, ibu bapa perlu membawa mereka keluar sekali sekala untuk menikmati udara segar.

Antara aktiviti yang anak-anak boleh cuba termasuk:

  1. Melompat guna tali skipping
  2. Tarian hula
  3. Yoga untuk kanak-kanak
  4. Bermain dengan freesbie
  5. Treasure hunt

Selamat mencuba!

Baca juga: Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Daripada Aktiviti Bersukan - Jom Ajak Anak Hidup Lebih Aktif!
Kongsikan:
  • Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

    Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

  • Berani & Selalu Nak Menang, Ini 7 Sifat Unik Anak Kedua Yang Tak Ada Pada Adik-Beradik Lain

    Berani & Selalu Nak Menang, Ini 7 Sifat Unik Anak Kedua Yang Tak Ada Pada Adik-Beradik Lain

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

    Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

  • Berani & Selalu Nak Menang, Ini 7 Sifat Unik Anak Kedua Yang Tak Ada Pada Adik-Beradik Lain

    Berani & Selalu Nak Menang, Ini 7 Sifat Unik Anak Kedua Yang Tak Ada Pada Adik-Beradik Lain

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.