Anak Nak Buat Semua Sendiri? Layankan Dulu, Itu Fasa Individuating, Bagus Untuk Mereka!

Sikap berdikari anak akan muncul pada usia 1.5 hingga 3.5 tahun. Jangan halang anak, bimbinglah mereka, anak akan nampak hasilnya nanti.

Anda ada anak berumur 1 tahun setengah hingga 4 tahun? Perasan tak mereka ini sudah mula mahu tunjukkan sikap berdikari? Kadangkala pening juga umpama keras kepala pun ada kan?

Jika nak tahu, itu adalah fasa inviduating anak. Mereka ini bersifat ke’aku’an yang mana semua benda nak ikut cakap dia saja kan? Buat ibu bapa nak marah jadinya kadang kala.

Sebenarnya fasa ini penting untuk anak, ia salah satu yang akan mempengaruhi segala tindak tanduk mereka pada masa depan. Ia juga akan mempengaruhi cara mereka bawa diri pada masa depan.

Baca juga: Kasihan Si Kecil Bila Ibu Biar Dia Main Seorang Diri, Sedangkan Ini 7 Manfaat Bila Bermain Bersamanya

Sikap berdikari anak penting untuk mereka

Sikap berdikari

Menurut pakar motivasi berkaitan keibubapaan, Ibu Rose, fasa individuating ini anak akan ada sikap ke’aku’an.

Tetapi apa yang kita kena faham adalah sikap ini sangat penting. Kita tidak boleh patahkan dengan terlalu banyak menghalang. Sebab sikap kehendak dan kemahuan tinggi masa umur ini adalah untuk membentuk diri anak pada masa depan. 

Untuk berjaya dalam sesuatu, seseorang itu perlu ada ‘mahu’ yang tinggi. Seperti mahu makan sendiri, mereka akan menangis jika makanan yang disuapkan itu jatuh, tetapi tetap berusaha masukkan dalam mulut.

Nampak tak, bagaimana anak kita tu suapkan makanan ke dalam mulutnya, bila tak berjaya dia cuba lagi dan lagi. Bila tak boleh juga, dia akan menangis.

Benarkan anak buat sendiri, percaya mereka

Apa terbaik yang kita buat adalah benarkan dia buat sendiri, kita hanya bantu bila diperlukan. Mungkin pimpin sikit tangan anak untuk betul-betul makanan tu masuk ke dalam mulut. Ini akan berikan rasa puas dan rasa ‘berjaya’ pada diri anak tu.

Sepertinya anak ni katakan, “YES! I can do this.” Pentingkan untuk seseorang itu rasa yakin dan percaya diri dalam hidupnya, betul kan?
Fasa yang berjaya akan membuatkan anak anda mempunyai keyakinan diri yang kuat.

Sebab itu sangat penting untuk anda tidak terlalu menghalang anak jika mereka mula menunjukkan sikap mahu berdikari

Jangan takut rumah bersepah sebab anak nak makan sendiri, kerana jika mereka tiada kemahiran itu anda akan menyesal di kemudian hari nanti.

Percayalah!

Membantu anak berdikari dengan mudah

Sikap berdikari

#1. Sentuhan penuh kasih sayang dari ibu ayah

Jangan ambil mudah bab-bab sentuhan kasih sayang ni. Anak-anak tak kira umur berapa pun perlukan sentuhan kasih sayang ni. Anak bangun pagi? Cium dahi dia. Beritahu yang anda sayangkan dia. Anak balik dari sekolah baju kotor? Peluk dia, tanya apa berlaku. Anak nervous nak masuk exam? Tepuk bahu dia, beritahu yang dia boleh buat dan anda percayakan dia.

#2. Ajar mereka cara-cara menguruskan diri sendiri

Ini penting. Orang dulu-dulu nak didik anak berdikari dengan suruh mereka basuh dan kapur kasut sekolah sendiri. Ajar anak dan galakkan mereka sikat rambut sendiri, basuh kasut sekolah, masukkan baju kotor ke dalam beg laundry, basuh pinggan selepas makan, dan macam-macam cara lagi.

Sudah semestinya anda perlu tingkatkan tahap tanggungjawab mereka tu sejajar dengan usia dan keupayaan. Anak 3 tahun tak boleh disuruh membantu kerja di rumah seperti mana kita suruh anak berumur 12 tahun. Age appropriate chores ya emak ayah sekalian!

#3. Didik sifat positif dan daya tahan tidak cepat mengalah

Jangan cepat melulu nak bantu anak bila dia tak dapat nak selesaikan sesuatu masalah. Beri masa untuk anak berfikir apa yang perlu dibuat, mencuba lagi dan beri mereka peluang untuk merasa kegagalan.

Dari situ, mereka belajar dan membesar. Berikan juga anak peluang untuk memilih selagi mana pilihan itu adalah sesuatu yang tidak memudaratkan dirinya.

Contoh mudah; biar anak pilih apa warna baju yang mereka nak pakai hari itu, apa snek yang mereka nak beli di kedai (beli satu saja), dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka belajar cara membuat keputusan, dan boleh meningkatkan nilai keyakinan diri (self-esteem) mereka.

#4. Buat projek kerjasama

Sikap berdikari

Banyak projek yang boleh kita libatkan anak untuk turut serta dan sama-sama pikul tanggungjawab. Apa-apa projek yang bersifat jangka panjang. Contoh mudah: menanam pokok bunga, memelihara ikan di dalam aquarium, bela kucing dan sebagainya.

Pastikan anak tahu betapa pentingnya sumbangan dirinya dalam projek keluarga anda. 

#5. Lepaskan kesempurnaan

Mengajar anak berdikari ni bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh sehari dua. Ia memakan masa dan menuntut komitmen serta kesabaran yang tinggi. Jangan diharapkan kesempurnaan, takut nanti kita rasa kecewa dan anak-anak pula tertekan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: cuddlecareblog, Ibu Rose

Baca juga: Anak Terlalu Manja? Ini5 Cara untuk Latih Bayi Anda Lebih Berdikari!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!