4 sikap isteri yang dibenci suami, anda bersedia untuk ubah sikap?

lead image

Rupa-rupanya, 4 sikap isteri ini paling dibenci suami. Jika anda mahu mempertahankan rumah tangga anda itu, marilah ubah sikap kita ini perlahan-lahan...

Menurut Jo Piazza, seorang penulis untuk segmen kunci rumah tangga bahagia di dalam Women’s Healthada beberapa sikap isteri yang dibenci oleh suami.

Sikap-sikap ini menyebabkan banyak rumah tangga runtuh dan ada yang lebih parah, suami mula curang dan ada perempuan simpanan.

Jo Piazza bukan sengaja ingin menyalahkan sikap isteri yang menjadi punca utama mengapa rumah tangga boleh runtuh, namun sikap isteri ini mampu “memadamkan” semarak cinta lama yang dibina oleh pasangan suami isteri. 

Apabila cinta lama telah terkubur dan pasangan mula tawar hati, mulalah mereka cuba berlaku curang atau memiliki perempuan simpanan.

Mengapa? Sebab perempuan simpanan tidak akan melakukan 4 sikap isteri yang dibenci suami ini.

Jika anda lihat, kebanyakan suami yang berlaku curang atau memiliki perempuan simpanan merasakan ada “sesuatu” yang kurang atau hilang dari rumah tangga mereka. 

Mereka mendedahkan ini 4 sikap isteri yang mereka benci:

4 sikap isteri yang dibenci suami

#1 Tidak yakin dengan diri sendiri

sikap isteri, perangai isteri, sikap isteri dibenci suami, sikap isteri yang dibenci suami, perangai isteri dibenci suami, perangai isteri yang dibenci suami

Sebenarnya, wanita ialah pengkritik terbesar untuk dirinya sendiri. Kita akan merungut dan mengkritik tentang baju yang kita pakai, lemak yang banyak di perut atau paha, dan kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain.

Sikap isteri yang paling dibenci suami ialah kita tidak yakin. Kita tidak selesa dengan tubuh badan kita sendiri. 

Jadi, isteri seharusnya membuang sikap ini dan belajar untuk mencintai diri sendiri. Barulah suami pun akan “tergila-gila” akan kita selamanya. 

Bina keyakinan diri anda. Bayangkan yang anda ialah seorang wanita dan ibu yang penuh berkeyakinan, seksi dan menggoda. 

2. Rasa terlalu selesa dengan hubungan

sikap isteri, perangai isteri, sikap isteri dibenci suami, sikap isteri yang dibenci suami, perangai isteri dibenci suami, perangai isteri yang dibenci suami

 

Apa ertinya perkahwinan jika kita tidak selesa dengan pasangan, betul tak? Tapi jangan terlalu selesa. 

Apabila anda terlalu selesa dengan pasangan, contohnya kalian gemar berkongsi tandas bersama, ini membuatkan anda tiada masa sendiri atau sedikit “kemisterian” dalam perkahwinan.

Buang semua pakaian dalam anda yang telah lusuh dan tiada bentuk itu. Cuba perkara baru. Cuba simpan sedikit misteri untuk diri anda. Jangan berikan segala-galanya pada pasangan.

3. Membebel 24 jam mengalahkan rakan sekerja suami di pejabat

sikap isteri, perangai isteri, sikap isteri dibenci suami, sikap isteri yang dibenci suami, perangai isteri dibenci suami, perangai isteri yang dibenci suami

Sikap isteri yang paling dibenci oleh setiap suami ialah sikap membebel. Sebenarnya, anda masih boleh membebel, tapi jangan selalu.

Cakap dengan suami mengenai benda yang menarik. Jangan kerap bergaduh dan kerap menyalahkan pasangan dalam semua benda. 

Dan yang paling penting, jangan jadi membosankan. Asal suami balik kerja saja, anda akan membebel tentang kerja rumah yang belum siap, bagaimana hari anda seharian ini, berat badan anda yang naik dan sebagainya.

Pastikan anda menyambut suami dengan senyuman dan kegembiraan. Apa salahnya jika anda bergembira sebentar? Semua kerja rumah dan hari yang buruk memang takkan berakhir.

4. Melayan suami seakan punching bag

sikap isteri, perangai isteri, sikap isteri dibenci suami, sikap isteri yang dibenci suami, perangai isteri dibenci suami, perangai isteri yang dibenci suami

Kita mungkin tidak perasan yang kita buat perangai ini, tapi sebenarnya kebanyakan isteri memang bersikap sedemikian, dan inilah salah satu sikap isteri yang paling dibenci suami!

Ingat, suami anda itu bukanlah punching bag yang berfungsi sebagai landasan untuk semua bebelan dan ketidakpuasan hati kita. 

Ya, kita memang ada banyak benda yang belum siap, tapi mereka juga penat mendengar setiap bebelan dan ketidakpuasan hati kita.

Yang lebih parah, kadang-kadang isteri selalu salahkan suami atas benda yang bukan salah mereka pun! Jadi berhenti buat begitu, ya?

Apa yang diinginkan suami sebenarnya?

Selepas anda membaca 4 sikap isteri yang dibenci suami ini, mungkin anda terfikir yang lelaki ini terlalu “manja” dan hanya mencari alasan untuk “membuka cawangan lain” dengan berlaku curang.

Tapi cuba anda ubah sikap anda dulu dan lihat hasilnya. Lelaki ini berfikir secara terus. Mereka umpama waffle, manakala perempuan pula seperti spaghetti

Fikir dulu sebelum anda membuka mulut, tunjukkan keyakinan dan kegembiraan anda. Itulah yang setiap suami inginkan diam-diam dari anda. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapura

Baca juga:

Wahai Isteri, Berhenti Sebut 10 Ayat Ini Pada Suami Setiap Hari, Ya?