Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

Sindrom Carpal Tunnel semasa kehamilan adalah perkara biasa dan boleh jadi sangat menyakitkan. Ia bukan saja boleh mengganggu pergerakan anda, malah rasa sakitnya kadangkala tidak tertahan!

Bermula dengan alahan yang teruk, muntah-muntah dan keletihan semasa mengandung, dan kini anda merasakan kebas dan sakit  yang mencucuk malah menyukarkan pergerakan anda pula. Rasa sakit di pergelangan tangan ini digelar sindrom carpal tunnel  yang kerap berlaku semasa kehamilan.

Sindrom Carpal Tunnel Semasa Mengandung

sindrom carpal tunnel, sakit pergelangan tangan, sakit pergelangan tangan semasa mengandung, sindrom lorong karpal, urut carpal tunnel, sindrom carpal tunnel semasa hamil, fisioterapi carpal tunnel syndrome, cara hilangkan sakit carpal tunnerl syndrome, carpal tunnel bahaya atau tidak, senama carpal tunnel syndrome, cts, cts semasa hamil, malay

Sindrom carpal tunnel semasa mengandung, atau CTS, berlaku disebabkan pengumpulan cecair dalam pergelangan tangan.

Pembengkakkan akibat cecair yang terkumpul itu menyebabkan terjadinya tekanan kepada saraf median yang berada di tangan dan jari anda, menimbulkan rasa sensasi kesemutan, kebas atau sakit.

Rasa Kebas dan Sakit Pergelangan Tangan

Salah satu kesan sindrom carpal tunnel ialah anda mungkin rasa daya genggaman yang lemah atau lebih sukar untuk menggerakkan jari  pada sudut tertentu. Walaupun CTS biasanya berlaku semasa trimester kedua atau ketiga, ia juga tidak mustahil berlaku pada trimester pertama kehamilan.

Kesakitan mungkin lebih teruk waktu pagi apabila anda bangun kerana keadaan yang berlaku semasa anda tidur, yang anda mungkin tidak sedar.  Sedang anda nyenyak tidur, tangan anda mungkin dalam keadaan meringkuk atau dihempap oleh badan, ini tentunya menyakitkan!

CTS mungkin keadaan yang tidak selesa tetapi berita baiknya, ia bukan satu yang tidak boleh diubati. Malah, ia biasanya hilang sendiri selepas bersalin dan hormon anda akan kembali normal.

Jadi yay, sekurang-kurangnya anda boleh menarik nafas lega!

Namun sementara itu, anda mungkin boleh melakukan sesuatu bagi menghilangkan rasa sakit pergelangan tangan ini.

Anda pasti tidak mahu berterusan mengalaminya, sedangkan anda masih berhadapan dengan alahan semasa mengandung yang sudah cukup memeningkan kepala anda!

Mengatasi Sindrom Carpal Tunnel Semasa Mengandung

sindrom carpal tunnel, sakit pergelangan tangan, sakit pergelangan tangan semasa mengandung, sindrom lorong karpal, urut carpal tunnel, sindrom carpal tunnel semasa hamil, fisioterapi carpal tunnel syndrome, cara hilangkan sakit carpal tunnerl syndrome, carpal tunnel bahaya atau tidak, senama carpal tunnel syndrome, cts, cts semasa hamil, malay

Saya sendiri mengalami sindrom carpal tunnel ini semasa mengandungkan anak pertama, dan ia merupakan simptom pertama yang saya alami semasa hamil.

Doktor mengatakan ini sementara sahaja, malah tiada ubat penahan sakit atau anti-radang yang boleh membantu, tambahan lagi bukannya kita boleh makan ubat sesuka hati semasa mengandung!

Jadi di sini ada beberapa rawatan semulajadi alternati yang boleh dilakukan bagi melegakan rasa sakit akibat sindrom carpal tunnel semasa mengandung:

#1 Ikut Diet Pemakanan Seimbang

Salah satu penyebab bengkak dan cecair yang terkumpul adalah penambahan berat badan dan perubahan hormon. Kenaikan berat badan yang melampau semasa mengandung bukannya sesuatu yang bagus.

Jadi bagi mengelakkan penambahan berat badan yang terlalu banyak dan risiko sindrom carpal tunnel yang teruk, wanita hamil sebaiknya kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak. Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, dan pastikan minum banyak air kosong.

#2 Letak Ais di Pergelangan Tangan

Letakkan paket sayur beku di pergelangan tangan, ini boleh meredakan bengkak. Lakukan beberapa kali sehari bagi membantu mengurangkan rasa sakit.

Selepas itu, pastikan anda meregangkan tangan dan pergelangan tangan anda.

#3 Akupuntur

sindrom carpal tunnel, sakit pergelangan tangan, sakit pergelangan tangan semasa mengandung, sindrom lorong karpal, urut carpal tunnel, sindrom carpal tunnel semasa hamil, fisioterapi carpal tunnel syndrome, cara hilangkan sakit carpal tunnerl syndrome, carpal tunnel bahaya atau tidak, senama carpal tunnel syndrome, cts, cts semasa hamil, malay

Akupuntur merupakan salah satu cara paling berkesan bagi melegakan sakit sindrom carpal tunnel semasa mengandung.

Namun ini bukanlah cara hilangkan sakit yang cepat, kerana proses akupuntur memerlukan masa untuk memberi kesan, selalunya selepas beberapa sesi. 

Jangan risau, akupuntur secara asasnya selamat semasa kehamilan, walau bagaimanapun sila dapatkan nasihat dari pengamal perubatan yang melakukan akupuntur tersebut sekiranya anda mempunyai sebarang kerisauan. Dapatkan rawatan akupuntur secara kerap bagi mendapatkan hasil terbaik. 

#4 Pakai Pad Pergelangan Tangan

Memakai pad pergelangan tangan sepanjang masa mungkin tidak sesuai dalam iklim panas seperti di negara kita.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengurangkan pergerakan di pergelangan tangan anda dan mengelakkan kesakitan jangka panjang, memakai pergelangan tangan boleh membantu melegakan kesakitan sindrom carpal tunnel semasa kehamilan.

Ramai wanita akan mendapati kesakitan paling teruk apabila mereka bangun pada waktu pagi, jadi pemakaian semasa tidur mungkin dapat mengurangi risiko sakit berlebihan yang terjadi semasa bangun pagi.

#5 Amalkan Senaman Pergelangan Tangan

Jika anda meletakkan terlalu banyak tekanan pada pergelangan tangan anda, contohnya dari penggunaan menggunakan telefon bimbit dengan terlalu banyak atau menaip pada komputer riba anda, ambil masa untuk berehat dan merentangkan pergelangan tangan anda.

Lakukan senaman pergelangan tangan dari masa ke semasa untuk melonggarkan sendi dan juga bagi merehatkan otot dan saraf di kawasan yang terlibat.

#6 Letakkan Tangan di Kedudukan Tinggi

sindrom carpal tunnel, sakit pergelangan tangan, sakit pergelangan tangan semasa mengandung, sindrom lorong karpal, urut carpal tunnel, sindrom carpal tunnel semasa hamil, fisioterapi carpal tunnel syndrome, cara hilangkan sakit carpal tunnerl syndrome, carpal tunnel bahaya atau tidak, senama carpal tunnel syndrome, cts, cts semasa hamil, malay

Kadangkala kesakitan dari sindrom carpal tunnel berpunca dari pengumpulan cecair, yang boleh menyebabkan pembengkakkan yang berlaku dari dalam. Ini menyebabkan kesakitan di bahagian pergelangan tangan.

Angkat tangan atau letakkan di kedudukan tinggi bagi merangsang pergerakan darah dan cecair untuk mengelakkan bengkak dan sakit.

#7 Sapu Krim Kebas

Ini bukan penyelesaian jangka panjang ya, dan anda tidak dinasihatkan untuk menyapu krim kebas terlalu kerap. Namun sekiranya  rasa sakit tidak dapat ditanggung, anda boleh cuba meletakkan krim kebas bagi menghilangkan kesakitan buat seketika.

Oh ya, buat sementara waktu, kurangkan mengangkat objek berat atau terlalu melakukan aktiviti yang melibatkan pergelangan tangan. Beri masa untuk otot dan sendi berehat dari tekanan yang berterusan.

Semoga bermanfaat.

Apakah cara semulajadi menangani sakit gigi ketika mengandung?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga

Satu Kesan Sampingan Mengandung Yang Tidak Hilang Sampai Bertahun-Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!