"Stay Close. Sleep Apart." - Langkah untuk ibu bapa elak bayi mati mengejut (SIDS)

lead image

Tahukah ibu bapa tentang sindrom kematian bayi mengejut atau SIDS? Ini kenapa penting untuk ibu bapa mengamalkan "Stay Close. Sleep Apart." bagi mengelak SIDS.

Menurut statistik, sindrom kematian bayi mengejut, yang turut dikenali sebagai SIDS, adalah antara penyumbang kematian utama di kalangan bayi berusia 1 ke 12 bulan.

Kempen sindrom kematian bayi mengejut dilancarkan di New York City demi keselamatan bayi ketika tidur

Oleh sebab masih ramai ibu bapa yang tidak sedar tentang bahaya bayi mati mengejut atau sindrom kematian mengejut ini, kempen dikenali sebagai “Stay Close. Sleep Apart.” telah dijalankan.

Kempen ini membawa maksud lebih kurang begini: sentiasa ada di sisi bayi (pantau) tapi tidur di katil yang berasingan (dalam bilik yang sama).

Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan ibu ayah tentang bahaya sindrom kematian bayi mengejut. Ia juga turut mengajar ibu bapa cara-cara untuk menangani masalah ini. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/sindrom kematian bayi tidur menelentang.jpg Stay Close. Sleep Apart.   Langkah untuk ibu bapa elak bayi mati mengejut (SIDS)

Kredit: Ctvnews.ca

Cara bantuan yang ditawarkan oleh kempen ini meliputi penyediaan katil bayi serta khidmat kesihatan. Wow, bestnya! Kalau ada di Malaysia, pasti ramai ibu ayah akan mendapat manfaat daripada kempen ini.

Malah, ahli kempen ini turut bekerjasama dengan organisasi masyarakat untuk mendidik ibu ayah tentang kesedaran SIDS.

Panduan tidur selamat untuk bayi

Kalau anda hendak tahu, panduan tidur yang selamat untuk anak kecil ini telah menekankan aspek gaya tidur menelentang, tidur di atas permukaan yang tidak terlalu lembut, penyusuan badan dan perkongsian bilik tidur.

Ia juga turut menekankan aspek pemeriksaan kesihatan prenatal yang kerap ketika ibu sedang mengandung.

Imunisasi juga ditekankan di mana ia dapat membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut.

Apakah saranan daripada AAP?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/sindrom kematian bayi mengejut tidur pakai puting.jpg Stay Close. Sleep Apart.   Langkah untuk ibu bapa elak bayi mati mengejut (SIDS)

Kredit: Momjunctions.com

Berikut adalah beberapa saranan penting yang diberikan oleh AAP. Jom baca, mungkin ibu ayah boleh mendapat manfaat daripadanya.

  1. Bayi sepatutnya tidur secara menelentang. Tidur secara menelentang dapat mengurangkan risiko tercekik pada bayi. Tidur secara mengiring pula dikatakan kurang selamat dan tidak disarankan oleh AAP.
  2. Permukaan tempat tidur bayi tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Tilam bayi sepatutnya tidak terlalu lembut dan menggunakan cadar fitted yang ketat. Ibu ayah juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan barang permainan atau bantal untuk mengelakkan risiko lemas atau tercekik.
  3. Pentingkan penyusuan badan. Ia membantu memastikan bayi terus sihat kerana menerima vitamin dan nutrien yang secukupnya. Manfaat penyusuan badan juga dapat ditingkatkan jika ia dilakukan secara eksklusif (tanpa pemberian susu formula).
  4. Tidur di bilik yang sama tetapi bukan katil yang sama. Tidur di bilik yang sama dengan bayi dapat mengurangkan risiko SIDS sehingga 50%! Ia membantu mengelakkan masalah lemas, terbelit, atau tercekik jika bayi tidur di katil yang berasingan.
  5. Guna puting ketika tidur. Kajian ada menunjukkan yang penggunaan puting dapat mengurangkan risiko SIDS. Malah, si kecil pun mudah tidur lena.
  6. Ambil tahu tentang bahaya kepanasan pada bayi. Kajian turut menunjukkan yang risiko SIDS boleh meningkat jika berlaku kepanasan pada bayi. Sebab itu, pemakaian yang sesuai amat penting untuk bayi.
  7. Dapatkan pemeriksaan prenatal yang berkala. Pemeriksaan secara konsisten bukan sahaja membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut, malah membantu ibu memantau kesihatan bayi secara keseluruhan!

Kalau ibu ayah ingin melihat lebih lanjut panduan yang dikeluarkan oleh AAP, anda boleh melihatnya di sini.

 

 

 

 

Sumber: newyork.cbslocal.comnydailynews.comnichd.nih.govpediatrics.aappublications.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi 4 bulan mati mengejut kerana kain bedung sendiri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!