Padah lepas makan ubat antibiotik, kanak-kanak ini terkena sindrom Steven Johnson!

lead image

Tak sangka, ubat yang kita makan untuk redakan demam dan selsema boleh menjadi racun dan penyebab kepada Sindrom Steven Johnson!

Seorang ibu bernama Nur Fazella baru-baru ini telah berkongsi derita anaknya, Khairi Iskandar Salman yang terkena penyakit Sindrom Steven Johnson selepas makan tiga biji antibiotik selepas mengalami demam dan batuk. 

Apa yang terjadi? Bagaimana ubat yang diberi untuk merawat boleh jadi sehingga begini? Berikut merupakan perkongsian wanita tersebut di laman Facebook miliknya. 

sindrom steven johnson, penyakit sindrom steven johnson, apa itu sindrom steven johnson, steven johnson, punca steven johnson, sebab steven johnson, gejala sindrom steven johnson, cara atasi sindrom steven johnson

Anak terkena sindrom Steven Johnson lepas makan antibiotik

Genap tiga minggu anak saya terlantar di hospital, gara-gara antibiotik. 

Alhamdulillah, hari ini dapat keluar dari wad hospital. Rupanya ubat bukan sahaja penawar tapi boleh juga jadi racun yang membunuh.

Walaupun sudah keluar wad, Khairi masih perlu sambung rawatan mata dan mulut di rumah. Matanya masih rabun dan mulut masih lagi sakit. 

Saya berkongsi ini sekadar ingatan untuk kita semua supaya berhati-hati jika nak beri anak makan makanan atau ubat tertentu. Jangan jadi seperti ini. 

Pada mulanya Khairi demam dan batuk. Kemudian Doktor bagi antibiotik, ubat batuk dan paracetemol. Selepas saja makan sebiji antibiotik, keluar bintik-bintik merah di bahagian mulut dan tapak tangan. 

Dalam pemikiranku, Khairi mungkin terkena jangkitan HFMD.

Kemudian aku terus berinya makan hingga ke pil ketiga. Selepas itu dia mengadu sesak nafas dan kami bawanya ke Unit Kecemasan Hospital Likas. 

Pada mulanya disangka campak. Namun selepas Doktor Pakar siasat, rupa-rupanya Khairi terkena Sindrom Steven Johnson!

Inilah nama penyakit yang pertama kali aku dengar. Peringatan buat anda semua, jika anda dapati selepas makan sebiji ubat keluar bintik-bintik merah di badan, segera ke hospital. 

Terima kasih kepada semua sahabat dan kaum keluarga yang telah mendoakan Khairi. Terima kasih juga pada jururawat dan doktor di Hospital Likas yang memberi layanan terbaik. 

Hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Di harap kalian semua berada dalam rahmat Allah. 

Apa itu Sindrom Steven Johnson? 

sindrom steven johnson, penyakit sindrom steven johnson, apa itu sindrom steven johnson, steven johnson, punca steven johnson, sebab steven johnson, gejala sindrom steven johnson, cara atasi sindrom steven johnson

Sindrom Steven Johnson merupakan penyakit serius yang menyebabkan kulit kelihatan terbakar termasuk di bahagian tubuh yang lain seperti membran mukosa, sekitar alat kelamin dan mata.

Membran mukosa adalah jaringan yang melapisi sistem percernaan dari mulut hingga anus, serta saluran organ reproduksi dan bola mata. 

Sindrom Steven Johnson muncul akibat respon tubuh terhadap ubat tertentu atau jangkitan. Mereka yang terkena penyakit Sindrom Steven Johnson biasanya perlu dirawat segera dan dimasukkan ke wad hospital.  

Gejala Sindrom Steven Johnson 

  • Keletihan 
  • Batuk
  • Mata terasa panas
  • Radang mulut 
  • Demam 

Selepas beberapa hari pesakit menderita Sindrom Steven Johnson, pesakit akan mengalami gejala berikut: 

Sebab-sebab Sindrom Steven Johnson 

sindrom steven johnson, penyakit sindrom steven johnson, apa itu sindrom steven johnson, steven johnson, punca steven johnson, sebab steven johnson, gejala sindrom steven johnson, cara atasi sindrom steven johnson

  • Ubat tahan sakit 
  • Ubat antibiotik 
  • Ubat sakit urat 
  • Terapi radiasi 
  • Beberapa ubat lain anti inflamasi non-steroid 

Jangkitan yang boleh menyebabkan Sindrom Steven Johnson 

  • Pneumonia
  • Hepatitis
  • HIV
  • Selsema 
  • Virus Coxsackie dan Epstein-Barr.
  • Jangkitan virus herpes 
  • Pembengkakan pada kalenjar 

Rawatan terhadap pesakit yang menghidap Sindrom Steven Johnson 

  • Pemeriksaan fizikal. Doktor mudah mengenali penyakit ini apabila mendapatkan nota catatan rawatan pesakit dan pemberian ubat. Selain melihat simptom yang dialami pesakit itu. 
  • Doktor akan mengambil sampel kulit untuk diuji dalam makmal dan keputusan diperlukan untuk mengetahui lebih lanjut. 
  • Doktor akan memberikan cairan tubuh dan nutrisi kerana pesakit sudah kehilangan lapisan kulit. 
  • Rawatan pada luka terutama di bahagian mata dan anggota tubuh yang lain. 

Jika tidak dirawat segera, pesakit yang menderita Sindrom Steven Johnson akan mengalami kerosakan organ dalaman, jangkitan kulit, kerosakan kulit yang boleh menyebakan rambut dan kuku tidak dapat tumbuh secara normal, infeksi darah dan gangguan mata yang boleh menjadi rabun atau buta. 

Bagi mencegah Sindrom Steven Johnson, masyarakat keturunan Tiongkok di Asia Tenggara atau India melakukan uji genetik sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan tertentu. 

Jika ahli keluarga atau anda sendiri pernah derita penyakit ini, sebaiknya elak dari makan ubat tertentu yang boleh menjadi punca Sindrom Steven Johnson. 

Sebab itu adalah penting untuk anda mengetahui ubat yang boleh menyebabkan alergi pada tubuh atau tidak mengambil sebarang ubatan yang boleh menjadi penyebab penyakit tersebut. 

Semoga perkongsian ini memberikan kita pengajaran dan ikhtibar bersama. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber dan gambar: Nur Fazella

Baca juga:

8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda