5 cara membina support system bagi ibu bapa yang bekerja

lead image

Ibu bapa sibuk bekerja memerlukan sistem sokongan bagi memastikan kebajikan anak terjaga. Ini adalah cara untuk mendapat sistem sokongan ibu bapa bekerja.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak, istilah ‘support system’ atau sistem sokongan mungkin selalu anda dengari.

Terutamanya bagi mereka yang bekerjaya dan perlu mengimbangkan keperluan kerjaya dan keluarga. Memiliki sistem sokongan ibu bapa bekerja yang tepat benar-benar membantu mereka.

Sesetengah ibu bapa bekerja mempunyai sistem sokongan sedia ada iaitu ahli keluarga terdekat. Namun, tidak semua orang beruntung ditambah masalah jarak atau ketiadaan ahli keluarga terdekat.

Oleh itu, berikut adalah beberapa tip untuk membantu membina sistem sokongan ibu bapa bekerja dalam penjagaan kebajikan anak anda:

5 cara membina sistem sokongan ibu bapa bekerja dalam penjagaan kebajikan anak

1. Berterus-terang dengan orang sekeliling

src=https://s i.huffpost.com/gen/2067928/images/o WORKING MOMS COOKING facebook.jpg 5 cara membina support system bagi ibu bapa yang bekerja

Bagi mereka yang ada ahli keluarga dan jiran terdekat yang dapat membantu, pastikan anda berterus-terang tentang keperluan sokongan yang anda harapkan daripada mereka.

Ini membolehkan mereka bersedia jika berlaku kecemasan yang memerlukan bantuan mereka. Jika anda tinggal jauh daripada ahli keluarga terdekat, anda masih boleh merujuk mereka tentang panduan dan tip penjagaan anak yang anda perlukan melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas.

Anda juga perlu membincangkan tentang fleksibiliti yang boleh ditawarkan majikan anda berkaitan pengurusan anak.

Ini termasuklah memberikan kelonggaran waktu untuk sebarang urusan seperti vaksinasi anak, temu janji dengan doktor dan kecemasan perubatan.

Tidak terkecuali juga rakan sekerja anda boleh membantu mengurangkan beban kerja anda dalam situasi yang diperlukan.

2. Sertai kumpulan sokongan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/diabetes support group.jpg 5 cara membina support system bagi ibu bapa yang bekerja

Terdapat badan bukan kerajaan yang mengelolakan kumpulan sokongan untuk para ibu seperti Pembimbing Ibu Menyusu.

Selain kumpulan sokongan luar, cara lebih mudah adalah dengan menyertai kumpulan sokongan di media sosial yang membolehkan anda berhubung dengan ibu bapa lain untuk perkongsian maklumat dan tip keibubapaan.

Anda juga boleh mencari kumpulan sokongan berdasarkan usia bayi, tempat tinggal mahupun kumpulan ibu bapa yang berkongsi isu yang sama.

Contohnya, kumpulan sokongan untuk ibu tunggal, ibu bapa yang menghadapi anak autisme, kanser, ekzema dan sebagainya.

Jika anda tidak gemar menggunakan media sosial, terdapat juga laman web yang menyediakan forum perbincangan yang membolehkan ibu bapa berkongsi tip dan panduan.

3. Hadiri program atau bengkel untuk ibu bapa

Kini terdapat pelbagai program atau bengkel yang dianjurkan pada hujung minggu untuk anda menambah pengetahuan baru tentang dunia keibubapaan.

Dengan persekitaran program yang biasanya mesra kanak-kanak, kesempatan menambah pengetahuan ini patut anda manfaatkan juga untuk bersosial.

Ambil kesempatan ini juga untuk mengenali ibu bapa lain yang berkongsi minat yang sama dengan anda.

Selain itu, anda boleh memanfaatkan hujung minggu dengan  memberi kelas tambahan secara bergilir-gilir dengan pasangan ibu bapa lain.

Selain dapat membahagikan tugas mendidik anak kepada mereka yang lebih berpengetahuan dalam sesuatu subjek, anda juga dapat ‘bercuti’ sekali sekala daripada tugas keibubapaan tiap kali tiba sesi hujung minggu anak anda bersama dengan rakan sebayanya di rumah lain.

4. Tanya mereka yang lebih berpengalaman

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Curso de cocina 670x503.jpg 5 cara membina support system bagi ibu bapa yang bekerja

Dalam bidang apa pun kerja anda, pasti akan anda mereka yang pernah menjalani alam keibubapaan sebelum anda. Kenalpasti mereka yang berpengalaman di pejabat anda.

Sama ada bagaimana mengepam susu, menangani kecemasan di taska dan bagaimana menguruskan tugasan luar jauh daripada si kecil anda.

5. Balas budi orang lain

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/occ quote5tina.jpg 5 cara membina support system bagi ibu bapa yang bekerja

Berikan sokongan, sama ada nasihat atau sekadar menjadi pendengar kepada ibu baru yang memerlukan di tempat kerja anda.

Bagi setiap sokongan yang anda berikan kepada kesejahteraan ibu lain di tempat kerja, anda sebenarnya membantu membentuk persekitaran mesra ibu.

Ini cara yang terbaik untuk anda membalas jasa mereka yang membantu anda sewaktu anda mula-mula bekerja selepas pantang.

Berdasarkan kajian Federal Reserve Bank of St. Louis, ibu kepada sekurang-kurangnya dua anak, secara purata lebih produktif dari segi profesional berbanding ibu anak seorang.

Oleh itu, dengan sistem sokongan yang berkesan, ibu bapa yang bekerja sebenarnya mampu menyumbang kepada produktiviti negara yang berdaya saing tanpa mengorbankan kesejahteraan keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

src=http://images.says.com/uploads/story source/source image/620251/1d2f.png 5 cara membina support system bagi ibu bapa yang bekerja

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

Bagi ibu yang bekerja, anda perlu tahu fakta tentang cuti menjaga anak (CMA) ini!