Ramai tak tahu Tun Siti Hasmah dan Dr Wan Azizah rapat macam adik dan kakak

lead image

Siti Hasmah dan Wan Azizah merupakan wanita yang disanjung tinggi oleh ramai wanita di Malaysia. Mereka ada kisah tersendiri tentang persahabatan mereka.

Mungkin ramai yang tidak tahu yang Siti Hasmah dan Wan Azizah merupakan sahabat baik dan keakraban mereka seperti adik dan kakak.

Walaupun kedua-dua ikon wanita hebat ini sering menghiasi surat khabar dan kaca TV, namun kisah keakraban Siti Hasmah dan Wan Azizah jarang dibicarakan. Sebab itu hari ini, kami bawakan khas kepada anda kisah persahabatan kedua-dua wanita hebat ini

Jom baca kisah mereka ini.

Siti Hasmah dan Wan Azizah seperti adik-beradik

siti hasmah dan wan azizah, mahathir, anwar ibrahim, tun m, dsai, ramadan, raya

Walaupun kedua-dua suami mereka Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar pernah bersengketa dalam hal politik, perkara itu tidak menghalang Tun Siti Hasmah dan Dr. Wan Azizah untuk terus bersahabat baik.

Persahabatan mereka bermula semasa Wan Azizah menyertai BAKTI, iaitu persatuan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri yang aktif semasa Tun Siti Hasmah menjadi pengerusinya.

Tun Siti Hasmah berkata yang Dr Wan Azizah adalah ibarat adik kepadanya tetapi Dr Wan Azizah lebih rapat dengan kakak Siti Hasmah kerana kakaknya menjadi orang tengah antara Dr Wan Azizah dan Anwar.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kakak Tun Siti Hasmah, Allahyarham Datuk Paduka Saleha Mohd Ali adalah orang yang penting di sebalik penyatuan Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.

Kakak Siti Hasmah merupakan sahabat baik kepada Anwar Ibrahim dan ketika suaminya sakit di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Anwar sering melawat suaminya.

Wan Azizah pula ketika itu merupakan seorang doktor di HBKL dan sering menjaga Allayarham Saleha dan suaminya. Dari situlah Anwar telah jatuh hati pada Dr Wan Azizah.

Allayarham Saleha dan Osman Awang telah pergi meminang Dr Wan Azizah di rumah ibu bapanya. Kemudian mereka dinikahkan.

Siti Hasmah berkongsi yang dia dan Wan Azizah dulu sering bermain badminton bersama dan itu adalah salah satu pengalaman yang menyeronokkan dalam hidupnya.

Bagaimana Tun Siti Hasmah dan Wan Azizah sambut Ramadan dan Hari Raya

siti hasmah dan wan azizah, mahathir, anwar ibrahim, tun m, dsai, ramadan, raya

Gambar: MalaysiaKINI

Ramadan tahun ini sangat berbeza dan merupakan hari paling gembira buat Dr Wan Azizah apabila dia dapat kembali bersatu dengan suaminya Anwar Ibrahim yang dibebaskan dari penjara sehari sebelum puasa.

Wan Azizah dan Anwar Ibrahim dapat kembali berbuka puasa dengan keluarganya yang lengkap diikuti dengan solat tarawih yang diimamkan oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Sambutan raya sudah tentunya meruah buat keluarga ini apabila dapat berkumpul bersama-sama dengan kehadiran Anwar yang sudah tentunya akan memeriahkan lagi suasana.

Bagi Tun Siti Hasmah pula, bulan Ramadan setiap tahun merupakan bulan yang sangat sibuk buat dirinya dan suami, Tun Mahathir kerana mereka perlu memenuhi undangan berbuka puasa.

Dalam kesibukan itu juga, anak-anak mereka mengambil inisiatif untuk berbuka puasa bersama keluarga dengan menetapkan hari di mana semua ahli keluarga kelapangan dan dapat berbuka bersama-sama.

Keluarga Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir akan berkumpul bersama-sama pada malam raya kerana mereka akan pergi sembahyang raya bersama-sama keesokan harinya.

Selepas itu mereka akan mula bersalam-salaman mengikut giliran dari adik-beradik hingga ke cucu yang terakhir.

Kata Hasmah, walaupun dia dan Mahathir telah menetapkan yang anak-anak dan menantu perlu beraya bersama mereka pada hari pertama raya, mereka tidak kisah kerana selepas bersalam-salaman dan makan, mereka akan pulang ke rumah keluarga mertua masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Keluarga

Gambar utama: Bernama

Baca juga:

7 perkara anda perlu tahu tentang Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia – Wan Azizah Wan Ismail