Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi perempuan pukul 8:17 pagi tadi, alhamdulilah!

Alhamdulillah, artis kesayangan kita ini sudah selamat bersalin di hospital kota raya pagi tadi. Siti Nurhaliza bersalin anak perempuan seberat 3.55 kg.

Siti Nurhaliza bersalin pukul 8:17 pagi tadi

Alhamdulillah, penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Nurhaliza selamat bersalin pukul 8:17 pagi tanggal 19 Mac 2018 ini. Siti Nurhaliza bersalin bayi perempuan di salah sebuah pusat perubatan ibu kota.

Menurut perkongsian IG post yang ditulis oleh Pengurus beliau, Rozi Abdul Razak, bayi Siti Nurhaliza seberat 3.55 kg. Seperti yang kita tahu, Siti Nurhaliza bersalin dengan kaedah pembedahan.

bayi siti nurhaliza, anak siti nurhaliza, baby siti nurhaliza, siti nurhaliza husband, siti nurhaliza hamil, siti nurhaliza 5 bulan, siti nurhaliza hamil 6 bulan, siti nurhaliza hamil anak perempuan, siti nurhaliza hamil 7 bulan, siti nurhaliza mengandung, siti nurhaliza mengandung kembar, siti nurhaliza mengandung dua bulan, siti nurhaliza bersalin, siti nurhaliza selamat bersalin Kredit: Instagram

Buat masa ini, hanya keluarga terdekat beliau saja yang dapat melawat. Suami Datuk Siti, Dato' Sri Klalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur selepas semuanya berjalan dengan lancar.

Siti Nurhaliza bersalin pada 1 Rejabsiti hamil

Siti Nurhaliza dan suami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media. 

Menurut perkongsian itu lagi, sengaja Siti Nurhaliza bersalin pada hari Isnin untuk anak pertama mereka kerana ia bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w). Selain itu, ia juga jatuh pada tanggal 1 Rejab.

bayi siti nurhaliza, anak siti nurhaliza, baby siti nurhaliza, siti nurhaliza husband, siti nurhaliza hamil, siti nurhaliza 5 bulan, siti nurhaliza hamil 6 bulan, siti nurhaliza hamil anak perempuan, siti nurhaliza hamil 7 bulan, siti nurhaliza mengandung, siti nurhaliza mengandung kembar, siti nurhaliza mengandung dua bulan, siti nurhaliza bersalin, siti nurhaliza selamat bersalin bayi Siti Nurhaliza lahir

Buat masa ini, Siti diminta untuk diberi ruang dan masa untuk berehat. Alhamdulilah. Kami di theAsianparent mengucapkan tahniah pada Datuk Siti Nurhaliza. 

Semoga Siti menjaga kesihatannya dengan elok dan kami di sini tidak sabar nak melihat bayi perempuan comel itu kelak :)

Banyakkan berehat ya Datuk Siti!

 

 

 

Kredit gambar: Astro Gempak

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!