Ibu Bapa Harus Sokong Anak Untuk Aktif Dalam Sukan Demi 7 Kelebihan Ini!
Ramai ibu bapa bawa anak menyaksikan acara Sukan Sea Kuala Lumpur. Sebenarnya, anak anda boleh ada 7 kelebihan ini jika anda menyokong mereka untuk aktif dalam sukan!
Penghormatan pada ibu bapa yang sokong anak aktif dalam sukan
Sempena kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, ayuh kita cakap tentang sukan.
Baru-baru ini, hati masyarakat Malaysia tersentuh apabila melihat sebuah video yang tular menyaksikan seorang pemain ragbi meluru memeluk ibu bapanya apabila pasukan beliau menang menentang Singapura.
Video tersebut dikongsi oleh Siakap Keli.
Sebak weh. Player (no 10) datang ke tempat fans peluk mak ayah dia!!#KL2017#SEAGames2017 #Rugby7s pic.twitter.com/0kpBx3pPDm
— Faiz (@faizfadzil) August 20, 2017
Pemain itu bernama Azwan Zuwairi. Setelah menang menentang Singapura, beliau pantas berlari ke tempat duduk penonton dan memeluk kedua ibu bapanya.
Ramai yang sebak menyaksikan tindakan anak itu.
Jasa kedua ibu bapa memang tak dapat dilupakan. Apatah lagi jika ibu bapa itu sendiri bijak dengan menyokong segala kemahuan anak-anak.
Sama juga seperti kes video tular ini. Pasti ibu bapa Azwan Zuwairi tak pernah lekang menyokong minat anak tercinta dalam bidang sukan.
Hakikatnya, anak yang disokong bermain dalam sukan mempunyai beberapa kelebihan. Jom semak apa kelebihan tersebut!
7 kelebihan anak yang disokong oleh ibu bapa untuk aktif dalam bidang sukan
1 – Meningkatkan keyakinan diri
Kajian mendapati kanak-kanak yang terjun dalam bidang sukan dan disokong oleh kedua ibu bapanya dapat membantu membina tahap keyakinan diri kanak-kanak terbabit.
Gerak tubuh dalam pasukan seperti high-five dan tepukan di belakang badan boleh meningkatkan keyakinan diri.
Tapi, jangan terlalu memberi sokongan buta-buta tanpa kritikan konstruktif yang boleh “meningkatkan” usaha kanak-kanak tersebut.
2 – Tingkatkan kemahiran sosial
Menyokong anak-anak bermain dalam sukan akan mengembangkan kemahiran sosial mereka.
Mereka akan belajar erti berpasukan, bekerjasama dengan orang lain dan cara untuk berinteraksi dengan individu dari pelbagai peringkat umur! Jadi, makin ramai rakan boleh dibuat oleh mereka.
3 – Menerima erti kekalahan
Biasalah dalam kehidupan – ada kalah ada menang. Tapi, menerusi sukan, anak-anak anda akan faham erti kekalahan dan bijak menangani emosi apabila kalah.
Kita takkan menang sepanjang masa pun!
Dengan menyokong anak-anak dalam bersukan, mereka akan faham tak apa jika mereka kalah. Mereka sentiasa boleh bangun dan mencuba semula.
4 – Kekal berdisiplin
Bersukan mengajar kita untuk berdisiplin. Semakin kita boleh mengawal diri, semakin senang untuk menang dalam mana-mana sukan.
Disiplin membantu kanak-kanak mencapai matlamat sukan mereka.
Jadi, anda patut menggalakkan mereka untuk menyertai aktiviti bersukan. Mereka bukan saja akan semakin berdisiplin, malah akan lebih bijak mendengar kata dan memberi fokus pada perkara yang mereka mahu!
5 – Memupuk semangat berpasukan
Bersukan mengajar anak-anak tentang kepentingan bekerjasama untuk berjaya.
Jadi, mereka akan faham yang bekerjasama dan mengetahui tentang kelemahan malah kekuatan masing-masing boleh memberi kebaikan pada pasukan.
6 – Menghormati orang lain
Anak anda susah untuk mendengar kata? Biar mereka bersukan!
Dengan sukan, mereka terpaksa mengikut peraturan, mendengar keputusan dan bekerjasama. Siapa yang tak ikut cakap akan didenda!
Jadi, anak-anak yang bermain sukan akan lebih bijak menghormati orang lain, terutama kedua ibu bapanya.
7 – Bersabar dan bijak kawal emosi
Anak yang bermain sukan akan bijak mengendali emosinya dan tahu erti bersabar.
Masakan tidak, mereka kan perlu berlatih setiap hari! Dari situ mereka faham erti kesabaran.
Emosi juga memainkan peranan penting dalam sukan. Seorang jurulatih yang baik akan tahu emosi negatif memberi kesan buruk pada prestasi persembahan.
Jadi, anak anda akan dididik untuk bijak mengendali dan mengawal emosinya.
Ha… bagaimana? Tak sabar nak sokong anak-anak untuk lebih menyertai acara bersukan?
Baguslah! Sokong dan galakkan lagi. Anak-anak ini memerlukan sokongan kita untuk berjaya. Semakin kita sokong mereka, semakin mereka rasa dihargai.
Lalu, mereka akan membalas penghargaan itu dengan membuatkan kita berbangga.
Kami di theAsianparent mengucapkan ribuan tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah merangkul pelbagai emas di Temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 itu.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit pengetahuan pada anda!
Sumber rujukan: Siakap Keli dan Novak Djokovic Foundation
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsikap-baik-aciviti-bersukan/