3 Jenis Sos Pasta Untuk Bayi Yang Mudah & Sedap, Simpan Dalam Freezer Tahan 3 Bulan!

Sos pasta untuk bayi mudah disediakan kerana ia menggunakan bahan ringkas. Ibu juga tidak perlu masak banyak kali dan boleh disimpan lama

Sos pasta digunakan dengan meluas dalam makanan barat. Bukan sahaja orang dewasa yang sukakannya, tetapi si kecil pun sangat menggemarinya kerana rasanya yang sedap. Bagi si ibu-ibu yang sibuk, penyediaan sos pasta boleh memudahkan ibu-ibu dalam menyediakan makanan mudah untuk si kecil.

Menerusi perkongsian Syazalwidad Bukhri di Facebook beliau, jom kita pelajari resepi-resepi baru untuk sos pasta yang mudah disediakan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sos pasta untuk bayi yang mudah dan berkhasiat 
  • Cara penyediaan sos pasta untuk bayi

Sos pasta untuk bayi yang mudah dan berkhasiat 

 
sos pasta siap dalam 5 minit
 
Jika anak anda suka makan makanan western, anda boleh pelbagaikan menu masakan anda hanya dengan sos pasta ini. Anda boleh buat pizza, spaghetti dan macam-macam lagi tau. Jom kita semak. 

#1. Resepi beef bolognese sauce

sos pasta bolognese

Bahan-bahan:
  • Tomato pes
  • Capsicum (merah) – kisar
  • Unsalted butter
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Serbuk ayam
  • Daging kisar

Cara- caranya:

  1. Tumis bawang putih dan bawang holland bersama unsalted butter sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato pes dan capsicum (boleh dikisar bersama), tambah air sekiranya perlu dan tumis.
  3. Masukkan daging kisar atau ayam. Biarkan sehingga daging masak.
  4. Perasakan dengan serbuk ayam dan masukkan herba. Siap!

#2. Resepi creamy corn sauce

Bahan-bahan:

  • Puri jagung
  • Unsalted butter
  • Full cream milk
  • Cream cheese
  • Serbuk ayam

Cara-caranya:

  1. Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puri jagung.
  2. Masukkan full cream milk dan cream cheese, dan biarkan masak sehingga pekat.
  3. Letak serbuk ayam sebagai perasa.
  4. Kacau sehingga masak.

#3. Resepi creamy pumpkin sauce

Bahan-bahan:

  • Puri jagung
  • Unsalted butter
  • Full cream milk
  • Cream cheese
  • Serbuk ayam

Cara-caranya:

  1. Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puri labu.
  2. Masukkan full cream milk dan cream cheese, dan biarkan masak sehingga pekat.
  3. Letak serbuk ayam sebagai perasa.
  4. Kacau sehingga masak.

Cara penyediaan sos pasta untuk bayi

sos pasta boleh dipanaskan

Anda boleh bekukan sos pasta ini setelah anda masak dan yang paling menarik sekali ia boleh tahan sehingga 3 bulan.

Apa yang anda perlu lakukan setiap kali hendak makan mudah sahaja! Anda hanya perlu panaskan sahaja dan rebus sekali dengan spaghetti. Sekiranya anda ingin tambah bahan-bahan lain juga anda boleh buat tiada masalah.

Itu saja perkongsian kami kali ini. Buat ibu-ibu yang sibuk, anda perlu cuba resepi sos ini. Senang kerja anda nanti!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Naikkan Selera Si Manja, Bantu Tambah Berat Mereka

Baca juga: Resepi Cheesecake Baby 7 Bulan Guna Tiga Bahan Sahaja, Berkesan Pikat Selera Si Manja

Baca juga: 4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!