4 Tips Untuk Sperma Yang Lebih Sihat, Subur & Kuat, Suami Patut Tahu!

undefined

Kalau anda dan suami sedang cuba mendapatkan anak, suruh suami ikut 4 tips ini agar sperma suami lebih subur, sihat dan kuat untuk bersatu dengan sel telur.

Sperma subur dan kaitan dengan percubaan untuk hamil

Pasangan yang sedang melakukan percubaan untuk dapat anak pasti faham yang proses ini tidak semudah ABC, tup tup jadi saja! 

Lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu tidak melakukan sebarang usaha untuk meningkatkan kesuburan, seperti kualiti sperma contohnya.

Sebab itu hari ini, kami akan membawakan kepada anda tentang tips menghasilkan sperma suami yang lebih subur, sihat dan kuat ini. 

sperma suami

Kredit: Mothership

Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika, hampir 15% pasangan akan menghadapi kesukaran untuk dapat anak. 1/3 daripadanya adalah kerana masalah sperma.

Walaubagaimanapun, masalah kesuburan sperma ini boleh dipertingkatkan agar lelaki lebih mudah mendapat anak. 

Ashok Agarwal, Ph.D, Ketua Jabatan Kesihatan Reproduksi di Cleveland Clinic mendedahkan lelaki harus mengubah gaya hidup dan mengikut 4 tips ini untuk sperma yang lebih subur, sihat dan kuat:

#1 Jauhi benda yang boleh buat sperma tak berkualiti

sperma suami

Bagaimana ingin dapat sperma suami yang berkualiti?

Dr. Ashok menjelaskan, tidak semua sperma itu sempurna. Rata-rata 90% sperma yang dikeluarkan oleh suami tak berkualiti sebelum ia mencapai sel telur.

Sperma ini tidak berkualiti kerana ia sering terdedah dengan radikal bebas yang tak disedari oleh lelaki.

Oleh itu, suami haruslah makan lebih banyak makanan yang kaya antioksidan likopen seperti tomato, buah tembikai, anggur, betik dan asparagus untuk menyihatkan sperma.

#2 Lebih rajin bersenam

sperma suami

Setiap kali ejakulasi, seorang suami mengeluarkan hampir 15-150 juta sperma. 

Namun, untuk menambah jumlah sperma yang keluar itu, Dr. Ashok menyarankan suami untuk lebih rajin bersenam.

Pengkaji di Harvard University mendapati lelaki yang lebih rajin bersenam mempunyai 33% jumlah sperma yang lebih tinggi ketika ejakulasi.

Ia jauh lebih banyak berbanding mereka yang tak bersenam. Ini kerana senaman membantu membakar lemak dan meningkatkan hormon testosteron (hormon lelaki).

#3 Kurangkan penggunaan telefon bimbit

sperma suami

Sperma perlu bekerja keras untuk mencapai sel telur. Mereka perlu kekal subur dalam tempoh 12-14 jam.

Dalam tempoh itu juga, sel telur kekal subur dan menanti untuk bersatu dengan sperma. Jadi, lebih cepat sperma sampai ke sel telur lebih baik. 

Penggunaan smartphone yang berlebihan didapati mampu membuatkan sperma jadi lebih lambat.

Kajian di Cleveland Clinik mendapati, lelaki yang terlalu lama menggunakan telefon bimbit akan menurunkan keaktifan sperma.

Hal ini sebab gelombang elektromagnetik yang dipancarkan oleh telefon.

Sebab itu jika anda sedang berusaha untuk mengandung, kurangkan penggunaan smartphone, dan luang lebih masa dengan isteri.

Hubungan emosi yang baik akan membuatkan isteri lebih santai malah relaks. Ini kerana isteri yang bahagia akan lebih berpeluang untuk hamil berbanding isteri yang tertekan.

4. Jangan guna pelincir 

4 Tips Untuk Sperma Yang Lebih Sihat, Subur & Kuat, Suami Patut Tahu!

Pelincir atau lubricant akan menyekat sperma daripada kekal hidup dan berenang ke telur. 

Maka, penggunaan pelincir ketika berintiman adalah tidak digalakkan. Kalau anda masih mahu menggunakan pelincir, pilih pelincir yang tidak akan merosakkan sperma seperti Pre-seed.

Kajian di Australia mendapati lubricant mampu mengurangkan kesempatan untuk sperma mendekati sel telur sebanyak 72%.

Dalam masa 30 minit saja, lubricant mampu meracuni sperma dengan kandungan kimianya.

Cara untuk atasi masalah ini – bantu isteri mencapai ghairah dengan foreplay yang lebih panjang dan panas. Maka, isteri dapat mengeluarkan pelincir semulajadi dari farajnya.

Kami mendoakan agar anda mudah dalam percubaan untuk mendapat anak. Selamat mencuba semuanya!

Sumber rujukan: Men’s Health, theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: Men’s Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com8-makanan-membunuh-sperma/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!