theAsianparent Logo

Semua ibu hamil yang stres sepanjang kehamilan patut dengar lagu unik ini!

Ibu-ibu yang mengalami stress ketika mengandung digalakkan mendengar 1 lagu unik ini. Ia boleh merawat sakit belakang dan menghilangkan kerisauan anda!

Pasti anda sudah tahu yang stress ketika mengandung boleh menjejaskan bayi dalam kandungan, kan? 

Menurut Dr. Pathik Wadhwa dari University of Kentucky College of Medicine, apabila ibu stress ketika mengandung, beberapa perubahan biologi akan berlaku.

Ini termasuklah ketegangan hormon dan peningkatan bahaya jangkitan!

Walaupun janin dalam kandungan memang ada cara tersendiri untuk menangani stress ibu ketika mengandung, tapi apabila mereka lahir kelak, mereka berisiko terkena penyakit yang berkaitan stress.

Bagaimana nak bantu ibu yang stress ketika mengandung?

stress ketika mengandung

Jadi, kalau ibu tak mahu stress ketika mengandung, apa yang ibu-ibu perlu buat? 

Kajian sebelum ini membuktikan yang mendengar muzik perlahan mampu menenangkan stres. Malah, muzik juga amat berguna untuk merawat sakit belakang dan kerunsingan ketika ingin bersalin.

Sebab itu ramai para ibu sekarang pilih untuk memasang lagu dalam bilik bersalin! Oleh sebab itu, untuk membantu ibu yang stress ketika mengandung, jalan paling mudah dan berkesan adalah melalui muzik!

Anda pasti tertanya-tanya, muzik perlahan itu muzik macam mana? Kenapa ia bagus untuk ibu mengandung? 

Ha… jangan terkejut jika kami katakan muzik perlahan yang anda patut dengar ini mungkin akan buat anda mengantuk, tapi kadar stress anda akan turun, percayalah!

Muzik bantu ibu dengan stress ketika mengandung

Laporan Inc yang diketuai oleh Dr. David Lewis Hodgson telah menyelesaikan persoalan tentang muzik apa yang boleh membantu ibu dengan stress ketika mengandung.

Muzik tersebut adalah lagu “Weightless” dari Marconi Union. Kajian mendapati lagu itu telah menurunkan kadar kerunsingan sebanyak 65%!

Cuba anda dengar lagunya seperti di bawah ini:

Malah. lagu Weightless itu juga amat berkesan sehingga ramai ibu mengakui mereka lebih tenang selepas mendengarnya! 

Namun, lagu ini turut menyebabkan rasa mengantuk. Jadi ibu-ibu mengandung tak digalakkan mendengar lagu ini ketika memandu, ya!

Bagaimana lagu Weightless bantu stress ketika mengandung?

Lagu ini telah dilancarkan pada tahun 2011. Bagaimana ia boleh bantu mengatasi stress semasa hamil? Jawapannya kerana lagu ini memang dicipta khas dan unik dari pakar terapi.

Ia mampu mencipta harmoni dari irama lalu kadar degupan jantung pendengar akan semakin perlahan. Maka, hormon stress kartisol juga akan menurun.

Oleh sebab lagu ini terlalu berkesan, ia dinobatkan sebagai salah satu 50 Penciptaan Inovasi Terbaik!

Menurut penyanyi Marconi Union, mereka telah bekerjasama dengan pakar terapi untuk belajar tentang bagaimana sesetengah muzik dan lagu mampu menjejaskan mood individu. 

Maka terhasillah lagu yang sungguh unik dan menenangkan ini!

Kalau anda masih tercari-cari lagu yang menenangkan dan mampu mengatasi stress ketika mengandung, apa kata anda buka YouTube atau Spotify sekarang dan cara lagu ini, ya!

Anda juga boleh menyemak playlist Spotify di bawah ini yang disusun khas untuk mengatasi stress. 

Jadi, apa tunggu lagi wahai ibu-ibu mengandung semua? Kalau anda tidak mahu bayi dalam kandungan itu terjejas kerana stress dan emosi anda, adalah lebih baik untuk anda mengatasi stress tersebut dengan lagu-lagu yang dicadangkan ini.

Selain mendengar lagu, ibu hamil juga digalakkan membaca Surah Al-Fatihah, Surah Maryam, Yaasin, dan Surah al-Taubah untuk memelihara dan menenangkan hati, malah merawat kegelisahan atau kebimbangan yang anda rasa.

Kami di theAsianparent Malaysia sentiasa mendoakan agar anda dilindungi oleh Tuhan. Amin.

 

 

Artikel disumbang dari theAsianparent Singapore

Kredit gambar: MomJunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kajian: Ibu Yang Stress Ketika Hamil Punca Bayi Kurang Berat Badan