Gadis ini terkena strok haba yang berbahaya ketika tidur dalam bilik tidurnya!

Gadis ini terkena strok haba yang teruk walaupun langsung tidak keluar dari rumahnya dakwa ibunya, Jennifer Abama.

Apabila anak tidur pada masa siang, pernahkah terlintas di fikiran ibu bapa yang mereka boleh terkena strok haba kanak kanak? Ibu ini berkongsi pengalaman ngeri beliau apabila hampir kehilangan anak gadisnya disebabkan strok haba kanak kanak!

Biarpun sedang tidur dalam rumah, anak anda masih berisiko jika cuaca sangat panas dan suhu bilik agak tinggi.

Apabila Jennifer Abma telah berkongsi gambar anak perempuannya Anastasia yang terkena strok haba kanak kanak ketika sedang tidur di biliknya, gambar itu telah tular di Facebook dan di Instagram. 

Postnya mendapat reaksi 11,000 orang dan dikongsi lebih daripada 46,000 kali. Jelas sekali, strok haba kanak kanak adalah perkara yang sering membimbangkan ibu bapa!

strok haba, strok haba kanak kanak, suhu bilik yang selamat, suhu badan, mengawal suhu badan

Gambar tangkap layar dari Metro

Anastasia terkena strok haba kanak kanak

Apabila Jennifer masuk ke bilik untuk memeriksa keadaan Anastasia, dia mendapati anak gadisnya basah kuyup dengan peluh. Mukanya sangat merah dan badannya sangat panas.

Jennifer cuba bangunkan anaknya, tetapi dia tidak responsif. Jennifer terus menelefon nombor kecemasan untuk pertolongan.

strok haba, strok haba kanak kanak, suhu bilik yang selamat, suhu badan, mengawal suhu badan

Gambar tangkap layar dari Metro

Strok haba kanak kanak : Cara untuk mengelak walaupun ketika anak dalam rumah

Ibu bapa selalu pandang ringan dan fikir anak mereka selamat jika sentiasa berada dalam rumah dan tidak bermain di luar.

Tapi dengan cuaca di negara kita yang panas sepanjang tahun, anak masih berisiko terkena strok haba jika bilik tidur atau rumah terlalu panas atau tidak mempunyai sistem pengalihan udara yang baik.

Disamping itu, bilik yang terlalu panas juga boleh menyumbang kepada risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) dan memudaratkan bayi kecil.  

Strok haba kanak-kanak : Tips untuk mengelak ia dari berlaku dalam rumah

1. Pastikan bilik ada sistem pengalihan udara yang baik

Jika ibu bapa tidak ada kipas siling, gunakan kipas berdiri di bilik anak untuk memastikan pengaliran udara yang baik.

Kipas boleh membantu mengedarkan udara, serta mengurangkan risiko bayi menyedut semula karbon dioksida yang dilepaskan. Merurut kajian, ini juga akan membantu menurunkan risiko SIDS bayi kecil sebanyak 72%.  

Namun, apabila menggunakan kipas dalam bilik anak, pastikan ia diletakkan di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan ia tidak dihala terus pada muka mereka.

strok haba, strok haba kanak kanak, suhu bilik yang selamat, suhu badan, mengawal suhu badan

Biarpun sedang tidur di rumah, anak masih berisiko untuk mendapat strok haba kanak kanak jika cuaca sangat panas dan bilik tidak mempunyai sistem pengalihan udara yang baik

2. Kawal suhu dalam bilik

Suhu bilik yang paling sesuai untuk kanak-kanak lebih dari 2 tahun ialah 24ºC jika ibu bapa menggunakan penghawa dingin. Pada suhu ini, badan mereka tidak perlu melakukan apa-apa untuk mengawal suhu badan. 

Tetapi untuk bayi baru lahir atau bayi yang masih kecil, suhu bilik perlu diturunkan kepada 18 to 20ºC kerana bayi kecil selalu dibedung atau dipakai dengan sleep suit yang siap dengan sarung kaki dan tangan.

Biarpun suhu bilik sudah dilaras, ibu bapa masih perlu memeriksa anak yang sedang tidur dari semasa ke semasa.

Periksa suhu badan mereka dengan menyentuh bahagian leher yang dekat dengan tulang belakang. Jika bayi anda terlalu panas atau sejuk, laraskan suhu dalam bilik sehingga sesuai..

3. Guna pakaian yang sesuai

Ibu bapa perlu mengguna pakaian yang sesuai untuk bayi mereka bergantung kepada cuaca dan suhu dalam bilik. Jangan gunakan kain bedung yang terlalu tebal dan jangan ikat terlalu ketat.

Jangan pakaikan bayi anda dengan pakaian yang terlampau longgar atau terlalu ketat. Pastikan tiada reben dan headband bayi pada bayi anda semasa dia tidur kerana ini menimbulkan risiko tercekik atau lemas.

Selain itu, ibu bapa juga harus memastikan kot bayi tidak mempunyai bantal, mainan lembut atau selimut.

Elakkan dari menggunakan baju tidur yang terlalu tebal apabila mereka tidur pada waktu malam kerana ini boleh meningkatkan risiko strok haba kanak kanak.

Semoga membantu!

 

 

 

Sumber: Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Mengapa Bayi Kerap Berpeluh Semasa Tidur?