X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

Ibu ayah semestinya memerlukan stroller baby terbaik kerana ia memudahkan urusan bayi sekaligus memberikan keselesaan optima buat si comel.

Sebagai ibu bapa, salah satu perkara yang paling dinantikan adalah membawa si manja menikmati pemandangan atau luang masa bersama dengan bersiar-siar. Tetapi pada masa yang sama, kita semestinya mahukan si manja dalam keadaan selesa duduk dalam stroller baby terbaik.

Bagi ibu bapa pula perlu bersedia dengan beg untuk isi barang keperluan seperti botol susu, lampin dan beberapa barangan lain. Mujur kini banyak jenis stroller yang memudahkan impian ibu bapa kan?

Tambahan lagi, kebanyakkan ibu bapa di Malaysia sudah mula mencari stroller yang terbaik untuk digunakan sebelum kelahiran cahaya mata lagi. Setiap keluarga pastinya mempunyai pilihan tersendiri dan berdasarkan jenis gaya hidup keluarga masing-masing.

Untuk memulakan pemahaman anda dalam mencari stroller baby terbaik, mari kita mulakan dengan melihat akan jenis stroller yang berbeza, yang mana biasa dilihat di pasaran, dan keistimewaannya.

Isi Kandungan

  • Jenis Stroller Bayi
  • Cara Memilih Stroller Baby Terbaik Mengikut Kesesuaian Anda Dan Keperluan Bayi 
  • 7 Jenama Stroller Baby Terbaik
  • Halford Concerto Travel System
  • JOIE Pact Stroller+ Joie Gemm Infant Carrier Travel System
  • Doona+Infant Cat Seat Stroller
  • JOIE Tourist Stroller
  • Bugaboo
  • Sweet Cherry
  • GB
  • Perbandingan Harga

Jenis Stroller Bayi

Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

Kredit gambar: Freepik

Stroller Bersaiz Penuh

Ini adalah satu pilihan bijak untuk ibu bapa yang mahu membesarkan keluarga dan keluarga yang mempunyai beberapa orang anak.

Kerusi tambahan untuk duduk, papan glider, dan car seat adapter untuk membolehkan stroller dapat menampung sebuah car seat bayi seiring dengan pembesaran keluarga anda adalah antara sedikit dari banyak pilihan ekstra sebuah stroller bersaiz penuh yang boleh tawarkan.

Stroller bersaiz besar boleh digunakan dari momen anak anda lahir sehingga dia membesar kepada kanak-kanak.

Stroller Untuk Larian

Ia mempunyai tiga tayar untuk menambah penggantungan dan kemampuan bergerak. Ia juga mempunyai tayar dengan isian angin yang menyediakan satu pergerakan yang selesa untuk anak anda.

Sebuah stroller untuk larian boleh dibawa di jalanan off-road atau berbatu tidak seperti yang lain dan ia ideal untuk pekari yang mencari satu stroller yang boleh keep up dengan mereka.

Stroller Dua Kali Ganda

Ini adalah sebuah stroller dengan dua tempat duduk yang penting, sesuai untuk sebuah keluarga yang sedang membesar. Walaubagaimanapun, sesetengah jenis stroller dua kali ganda mempunyai dua buat kerusi yang tidak boleh diubah, sementara yang lain boleh diubah yang mana boleh ditukar dan dilaraskan di dalam variasi cara.

Ada kata, terdapat satu variasi pilihan untuk setiap bajet. Sesetengahnya ada yang dalam satu garisan, yang mana bermaksud tempat duduk telah disusun di mana satu tempat duduk di depan dan satu di bahagian belakang. Yang lain adalah stroller berkembar dengan tempat duduk bersebelahan, dan ada juga yang boleh ditukar daripada satu tempat duduk kepada dua atau lebih.

Car Seat Carrier

Sebuah carrier untuk bayi adalah diperbuat untuk bayi yang baru lahir dan boleh digunakan sehingga mereka berusia 12 bulan atau lebih, bergantung kepada tinggi bahu mereka dan berat. Ia selalunya diletakkan dalam posisi menghadap ke belakang.  Sesetengah carrier bayi boleh diklip ke atas rangka stroller yang disyorkan dan menggunakan sebuah pram dengan kegunaan adapter.

Ramai ibu bapa boleh memberitahu anda akan bagaimana bergunanya carrier bayi kerana mereka membenarkan anda untuk mengangkat anak anda ke dalam dan ke luar kereta tanpa mengganggu tidurnya.

Stroller sistem kembara

Sebuah stroller sistem kembara menjadikan satu perjalanan meninggalkan kediaman dengan bayi anda jauh lebih mudah dan sangat membantu. Banyak stroller kembara boleh lipat dengan mudah dan boleh dibawa di atas bahu anda atau mudah di bahagian ruang penyimpanan di dalam kabin kapal terbang. 

Jadi kini anda pasti sudah dapat memahami akan pelbagai jenis stroller yang tersedia di pasaran, jom kita lihat akan bagaimana anda boleh pilih stroller yang terbaik yang sesuai untuk keluarga dan keperluan anak anda.

Cara Memilih Stroller Baby Terbaik Mengikut Kesesuaian Anda Dan Keperluan Bayi 

Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

Kredit gambar: Freepik

Pabila tiba masa untuk memilih stroller yang tepat, anda mestilah mengambil maklum akan bagaimana fungsinya dapat memberikan kemudahan dan kelebihan kepada anda serta gaya hidup yang ingin anda terajui. Dek kerana terdapat rangkaian stroller yang agak meluas untuk anda pilih, jadi agaknya kategori jenis ibu bagaimana anda rasa akan diri anda?

Seorang Ibu Yang Hands-free

Mencari sebuah stroller yang hadir dengan lebih ruang untuk semua baby gear dan banyak lagi? Adakah anda seorang ibu yang memerlukan lebih ruang untuk menampung baby gear dan beberapa item tambahan lain agar tangan anda bebas dari sebarang barang?

Jadi, stroller bersaiz penuh adalah pilihan terbaik buat anda. Ia akan memberikan anda satu ruang dan kapasiti yang anda perlukan untuk menyimpan ke semua baby gear ketika anda menyorongnya.

Seorang Ibu Pengembara Tegar

Tidak kira mengembara ke merata negara, bandar-bandar atau stor beli-belah, jika anda adalah seorang ibu yang kerap mengembara atau bergerak ke sana ke sini, satu pilihan terbaik untuk anda pilih sebuah stroller yang dapat menyokong pengembaraan anda. 

Kunci utama untuk anda lihat sebagai seorang ibu pengembara tegar adalah car seat. Sementara stroller adalah satu kemudahan yang memudahkan, bayi anda akan jadi lebih selamat di dalam kereta jika anda menggunakan car seat. 

Sebuah stroller untuk kembara yang anda pilih perlulah ideal datang dengan car seat yang mana fit sempurna di dalam kenderaan anda dan mudah untuk dipasang dan diuruskan. Fungsi stroller kembara ini pastinya akan membuatkan pengembaraan anda bebas stress dan selesa.

Seorang Ibu Dengan Anak Ramai

Jika anda seorang ibu dengan beberapa orang anak, atau anda basal menyambut kelahiran anak kedua atau ketiga, sebuah stroller dua kali ganda adalah penting buat anda. Bergantung kepada usia anak anda, terdapat pelbagai jenis stroller dua kali ganda yang boleh anda pilih.

Seorang Ibu Aktif Bersukan

Sebagai seorang ibu yang aktif bersukan, anda akan mendapat kelebihan daripada sebuah stroller yang akan memudahkan rutin senaman anda, termasuklah berjoging. Satu kunci aspek yang anda patut lihat adalah pada keseôlamatan dan keselesaan bayi sewaktu larian anda. 

Sebuah stroller untuk berjoging dengan penggantungan yang menyerap kejutan, satu bar pemegang boleh laras, satu brek tangan, dan besar, tayar berisi angin akan membantu anda menjadikan bayi anda kekal selesa dan selamat ketika rutin senaman anda. Pabila berlari, sebiji roda yang berpusing di hadapan akan dikunci untuk menambah kestabilan.

Seorang Ibu Dengan Bayi Baru Lahir

Pastinya anda sudah baca akan terdapat pelbagai jenis stroller dan fungsinya. Namun tidak semua stroller ini sesuai untuk bayi yang baru lahir. Jadi, disebabkan itu pentingnya untuk anda pastikan seorang ibu dengan bayi baru lahir memilih sebuah stroller yang selamat untuk bayi khususnya.

Secara tipikalnya, sebuah baby carrier adalah yang paling disyorkan untuk bayi baru lahir. Ia agak berguna kerana ia mudah untuk ditanggalkan daripada kenderaan untuk digunakan sebagai sebuah carrier.

7 Jenama Stroller Baby Terbaik di Pasaran Malaysia

Mencari stroller untuk si manja bukan sahaja perlu mengikut umur yang sesuai untuk anak, malah haruslah selesa dan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Misalnya, bagi keluarga yang gemar melancong pastinya perlukan stroller bayi yang mudah dilipat dan ada juga yang sukakan stroller yang boleh dialih untuk diletakkan sebagai carseat si manja.

Bagi memudahkan anda, di sini kami senaraikan beberapa jenis stroller pilihan yang mematuhi keperluan ibu bapa. 

7 Stroller Terbaik
product image
Halford Concerto Travel System
Stroller Baby Terbaik Untuk Kembara
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
JOIE Pact Stroller+ Joie Gemm Infant Carrier Travel System
Stroller Baby Terbaik Paling Kompak
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Doona+Infant Cat Seat Stroller
Stroller Baby Terbaik Untuk Mobiliti Dan Selamat
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
JOIE Tourist Stroller
Stroller Baby Terbaik Paling Ringan
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Bugaboo Ant Stroller
Stroller Baby Terbaik Ultra Padat Yang Ringan
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Sweet Cherry A3 HyperX Stroller
Stroller Baby Terbaik Mudah Pengendalian
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
GB Pockit Lightweight Stroller
Stroller Baby Terbaik Terkecil Di Dunia Dan Tahan Lasak
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Halford Concerto Travel System

Stroller Baby Terbaik Untuk Kembara

stroller terbaik

Halford Concerto merupakan pilihan kami kerana produk ini sangat sesuai buat ibu bapa yang kerap bawa anak bersiar-siar. Ini kerana stroller ini boleh dilipat kepada saiz yang kompak dan hanya dalam masa beberapa saat sahaja!  Bukan itu sahaja, ia boleh diubah menjadi babyseat tanpa perlu anda keluarkan bayi terlebih dahulu pun. Wah hebat bukan?

Dimensi:

  • Berat: 6.5KG
  • Berat maksimum bayi: 15KG
  • Muat dalam ruang kapal terbang

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Boleh diubah dari stroller kepada tempat duduk kereta bayi.
  • Travel-friendly, jadi sangat sesuai buat keluarga yang gemar melancong.
  • Alas stroller yang boleh dicuci menggunakan mesin basuh.
  • Mempunyai bekas storage yang besar di bahagian bawah stroller.

Keselamatan:

  • Mematuhi  European Safety Standard EN 1888
  • Mempunyai 4 roda yang mudah untuk dikawal
  • Tali keselamatan 5 mata dengan penutup empuk
  • Mempunyai kanopi pelindung matahari

Halford Concerto Travel System

dari Halford

product imageBeli di Lazada

JOIE Pact Stroller+ Joie Gemm Infant Carrier Travel System

Stroller Baby Terbaik Paling Kompak

stroller terbaik

Salah satu stroller bayi terkecil untuk si manja anda, JOIE Pact ini mudah dilipat menjadi kompak. Selain itu, stroller ini boleh dibaringkan untuk keselesaan si manja dan mempunyai tempat kaki rehat yang boleh dilaraskan.  JOIE Pact juga boleh dipasang bersama Joie Gemm, i-Gemm dan i-Level, atau sebarang carrier lain yang menggunakan kaedah pemasangan yang sama.

Dimensi:

  • Saiz buka: l 86 x w 52.5 x h 106cm
  • Saiz berlipat: l 24 x w 52.5 x h 56.5cm
  • Berat: 6kg
  • Boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga 15kg

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Tempat letak barang yang besar.
  • Mudah dilipat dengan pantas
  • Salah satu stroller yang boleh dilipat sehingga menjadi saiz paling kompak.

Keselamatan:

  • Mempunyai kanopi perlindungan matahari dengan SPF 50
  • Kanopi yang mempunyai visor 
  • Bar bumper bertutup kain
  • Sokongan betis 2 kedudukan
  • Tali keselamatan 5 mata

JOIE Pact Stroller+ Joie Gemm Infant Carrier Travel System

dari Joie

product imageBeli di Lazada

Doona+Infant Cat Seat Stroller

Stroller Baby Terbaik Untuk Mobiliti Dan Selamat

stroller baby terbaik

Doona direka untuk memberi ibu bapa penyelesaian mobiliti yang selamat dan praktikal untuk bayi mereka, di dalam dan di luar kereta.  Yang menariknya, Doona adalah tempat duduk kereta pertama di dunia yang melepasi tiga standard keselamatan; tempat duduk kereta, stroller dan carrier! Buat keluarga yang gemar melancong, stroller ini memang terbaik kerana boleh dibawa ke dalam kapal terbang.

Dimensi:

  • Berat: 7.5 kg
  • Saiz berlipat: 23.6 X 17.3 X 26 inches
  • Saiz buka: 39 X 17.3 X 32.2 inches

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Satu-satunya baby stroller di dunia dengan roda bersepadu
  • Diperbuat dari PVC dan material bebas BPA
  • Rekabantuk istimewa yang dijamin tidak mengganggu si manja yang sedang tidur 

Keselamatan:

  • Insert untuk carseat disediakan untuk keselesaan bayi baru lahir. Insert  ini direka untuk memastikan tulang belakang si kecil anda berada dalam kedudukan ergonomik semasa menggunakan Doona.
  • Diperakui EU dan AS
  • Perlindungan hentaman sisi: 3 lapisan perlindungan kesan sampingan dengan struktur dinding berganda yang unik
  • Perlindungan anti rebound
  • Ujian: Berjaya lulus semua ujian kepatuhan yang diperlukan secara sah serta ujian tambahan di atas dan di luar syarat.
  • Penilaian: Mencapai penilaian yang sangat baik dalam ulasan yang dilakukan oleh Stifting Warentest, ADAC, OAMTC dan NHTSA.
  • Diuji dan diluluskan untuk pesawat di Eropah dan AS.

Doona+Infant Cat Seat Stroller

dari Doona

product imageBeli di Lazada

JOIE Tourist Stroller

Stroller Baby Terbaik Paling Ringan

stroller baby terbaik

JOIE Tourist Stroller adalah salah satu stroller baby yang sangat ringan tetapi lengkap dengan segala yang diperlukan untuk stroller yang baik! Apabila dilipat kecil, Joie Tourist akan menjadi sangat kecil dan mudah untuk dialihkan ke mana-mana. Yang menariknya, stroller ini boleh dilipat dengan sangat mudah, guna sebelah tangan pun boleh!

Dimensi:

  • Saiz buka:l 83.1 x w 47.1 x 106cm
  • Saiz berlipat: l 66.1 x w 47.1 x h 24.3cm
  • Berat: Kurang dari 6kg
  • Boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga 15kg

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Mudah dilipat
  • Pengendalian yang baik, mekanisme berbaring yang licin, 
  • Sokongan betis yang dapat dilaraskan
  • Tempat mengisi barang yang besar

Keselamatan:

  • Brek yang baik
  • Mempunyai kanopi perlindungan matahari dengan SPF 50
  • Kanopi yang mempunyai visor 
  • Bar bumper bertutup kain
  • Sokongan betis 2 kedudukan
  • Tali keselamatan 5 mata

JOIE Tourist Stroller

dari Joie

product imageBeli di Lazada

Bugaboo Ant Stroller

Stroller Baby Terbaik Ultra Padat Yang Ringan

stroller baby terbaik

Bugaboo Ant adalah stroller ultra padat yang ringan serta dilengkapi dengan ciri-ciri luar biasa yang direka untuk memberikan kemudahan untuk anda dan keluarga. Rangka ringannya memudahkan ibu bapa untuk mengemudi, sementara tempat duduk selesa yang disesuaikan dengan ketinggiannya membolehkan si manja menghadap ibu  atau depan dengan mudah.

Dimensi:

  • Berat: 15.8 lbs
  • Sesuai untuk kanak-kanak sehingga 22kg / 50 paun 
  • Saiz lipat: 21.6 x 14.9 x 9.1 in
  • Berat bayi maksimum: 22kg

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Bayi boleh mengadap ke depan atau mengadap ibu bapa.
  • Boleh dilipat menjadi saiz kompak, jadi produk ini mudah disimpan di ruang yang kecil.
  • Boleh diubah menjadi versatil untuk kegunaan lain seperti membawa bayi dan si sulung!
  • Tolakan stroller yang kurang gegaran walaupun si manja sudah bertambah berat.
  • Bakul bawah yang boleh menampung berat sehingga 3kg.

Keselamatan:

  • Suspensi semua roda untuk kurang hentakan
  • Tempat duduk boleh diubah kedudukan yang selesa
  • Tempat duduk boleh baring dengan 5 kedudukan
  • Boleh ditolak dengan satu tangan
  • Kanopi matahari yang boleh dilanjutkan

Bugaboo Ant Stroller

dari Bugaboo

product imageBeli di Lazada

Sweet Cherry A3 HyperX Stroller

Stroller Baby Terbaik Mudah Pengendalian

stroller baby terbaik

Sweet Cherry merupakan salah satu jenama pengeluar barangan ibu dan bayi yang sangat terkenal dan dipercayai di Malaysia.  Sweet Cherry A3 HyperX Stroller merupakan stroller yang boleh dilipat dan mudah untuk disimpan, diangkat dan sesuai untuk keluarga yang gemar berjalan-jalan. Produk didatangkan dengan beg yang serasi dengannya.

Dimensi:

  • Rangka penuh aluminium
  • Berat maksimum: 22kg
  • Sesuai untuk bayi berusia 6-36 bulan
  • Saiz lipat: 53 x 31 x 46

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Mempunyai hood dan poket belakang.
  • Tayar depan yang dilengkapi spring.
  • Tempat duduk yang boleh dibaringkan pada 2 kedudukan.
  • Tayar depan yang boleh berpusing 360 darjah.

Keselamatan:

  •  European Standard EN1888:2018
  • Mudah dikendalikan dengan roda putar depan yang boleh dikunci

Sweet Cherry A3 HyperX Stroller

dari Sweet Cherry

product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Shopee

GB Pockit Lightweight Stroller

Stroller Baby Terbaik Terkecil Di Dunia Dan Tahan Lasak

Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

GB Pockit Lightweight Stroller merupakan stroller kompak terkecil di dunia dan mendapat pengiktirafan Guiness World Records. GB Pockit sesuai buat keluarga yang gemar melancong dan sering meneroka kerana ia mudah tersimpan di mana-mana pesawat kereta api, malah muat dengan mudah di dalam kereta.

Walaupun kecil, produk ini diperbuat dari material tahan lasak dan direka oleh pakar. Dengan keupayaan untuk beralih dari stroller ke carrier dalam beberapa saat, Pockit adalah stroller yang mudah digunakan untuk berjalan-jalan dan tidak renyah buat ibu yang ingin berehat di cafe! Pastinya stroller baby terbaik untuk si manja, betul tak?

Dimensi:

  • Boleh digunakan sedari bayi 6 bulan hingga 5 tahun.
  • Berat maksimum: 24kg
  • Saiz dilipat: 12" x 7" x 20"

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Boleh dilipat menjadi sangat kompak, sekecil beg tangan!
  • Sangat ringan dan mudah diangkat.
  • Boleh ditolak dengan sebelah tangan sahaja.
  • Selesa untuk bayi dan menghadap ke hadapan.

Keselamatan:

  • Dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan dan pelindung keselamatan yang boleh diatur pada ketinggian yang berbeza
  • Mempunyai kanopi pelindung cahaya matahari dari terkena si manja.
  • Sistem harness yang boleh dilaras.

GB Pockit Lightweight Stroller

dari GB

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga

Jenama Harga (RM) Spesifikasi (L x W x H cm) Berat Tampungan Maksimum (kg)

Halford Concerto Travel System

529 (Boleh muat ruang penyimpanan kabin kapal terbang) 15

JOIE Pact Stroller+ Joie Gemm Infant Carrier Travel System

1,099 24 x 52.5 x 56.5 (saiz dilipat) 15

Doona+Infant Cat Seat Stroller

1,928 59.94 x 43.94 x 66.04 (saiz dilipat) 15

JOIE Tourist Stroller

899 66.1 x 47.1 x 24.3 (saiz dilipat) 15

Boogaboo Ant Stroller

2,399 54.86 x 37.84 x 23.11 (saiz dilipat) 22

Sweet Cherry A3 HyperX Stroller

499 53 x 31 x 46 (saiz dilipat) 22

GB Pockit Lightweight Stroller

1,098 30.48 x 17.78 x 50.8 (saiz dilipat) 24

Kami harap semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan stroller baby terbaik di Malaysia.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebelum Meluru Beli Stroller Baby Yang Sempurna, Semak 9 Benda Ini Dulu Ya Parent!

Baca juga: Car Seat Terbaik: 5 Pilihan Car Seat Untuk Manja

Baca juga: Baby Carrier Terbaik: 13 Jenama Yang Memudahkan Ibu Ayah & Bayi

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

    Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

  • Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

    Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

  • Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

    Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

  • Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

    Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

  • Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

    Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

  • Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

    Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.