Walaupun Sayang, 6 Sebab Ini Boleh Jadi Punca Kenapa Suami Lafazkan Cerai
Alasan suami ceraikan isteri bukan sahaja kerana mereka jumpa wanita lain atau mereka sudah tidak sayang lagi. Ini antara 6 alasan suami yang lain.
Selalunya, kita sering dengar alasan suami ceraikan isteri kerana mereka tertarik dengan perempuan lain atau perasannya tak sama seperti dulu, kan? Tapi bagaimana pula jika suami yang masih sayang dan cinta pada isteri memutuskan yang dia mahu bercerai?
Mungkin tidak masuk akal untuk suami tinggalkan isteri jika mereka masih sayang di antara satu sama lain. Tapi ada banyak alasan dan faktor lain yang membuatkan suami ceraikan isteri walaupun masih sayang.
Hari ini, kami akan kupas apa 6 bentuk alasan mengapa suami ceraikan isteri yang mereka masih sayang. Jom lihat apakah alasan tersebut!
6 alasan mengapa suami ceraikan isteri yang mereka masih sayang
1. Beban emosi yang tidak tertanggung
Hal ini biasa terjadi pada pasangan yang kahwin muda dan mengharapkan perkahwinan hanyalah perkara-perkara yang indah saja. Akibatnya, apabila ada masalah, mereka tak mampu untuk menanggungnya dan memilih untuk “angkat kaki”.
Ia selalu terjadi apabila kedua-duanya mahukan pasangan mereka membuatkan mereka bahagia tanpa memikirkan perasaan pasangan, dan tanpa mengetahui yang mereka juga perlu bahagiakan pasangan mereka.
Lalu, suami akan menjadi kecewa lebih-lebih lagi selepas isteri meminta macam-macam dari suami.
Jika suami selalu dipersalahkan apabila berlaku pergaduhan, suami tidak lagi kuat untuk meneruskan perkahwinan dan memilih untuk tinggalkan isteri.
2. Beban dengan tanggungjawab
Ini juga sama seperti yang pertama, beban emosi yang dirasai oleh suami. Jangkaan dari orang sekeliling tentang peranan suami yang dianggap sebagai ketua kelaurga.
Apabila jangkaan-jangkaan ini semakin berat untuk ditanggung, suami putuskan untuk meninggalkan isteri kerana tidak sanggup untuk memegang peranan sebagai ketua keluarga.
Dia mahu terlepas dari bebanan tersebut walaupun masih sayangkan pasangannya.
3. Tidak bersedia untuk komitmen jangka panjang
4. Dia merasa kehilangan jati diri
Apabila berkahwin, ia merupakan perubahan terbesar dalam kehidupan seseorang.
Kadangkala lelaki merasa yang mereka kehilangan jati diri apabila perlu menjadi lebih kuat untuk melindungi isteri atau tidak boleh melakukan hal-hal yang mereka suka sehingga mengalami depresi dan akhirnya membuat keputusan untuk bercerai.
5. Hubungan seks hambar
Pada lelaki, seks adalah faktor yang penting dalam perkahwinan. Jika dia tidak mendapatkan seks yang mereka inginkan atau kepuasan, dia memlilih untuk mencari kepuasan di luar.
6. Dibandingkan dengan lelaki lain
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga: