Isteri Berang Dicurangi Suami, Perut Hamil Perempuan Simpanan Dipijak Agar Keguguran!

Seorang isteri yang marah dengan perempuan simpanan suaminya telah memijak perut wanita ini dengan kasut tumit tinggi. Ketahui tanda suami curang.

Bila wanita marah, memang tak terjangka perkara yang akan mereka lakukan. Samalah seperti wanita ini yang tak dapat mengawal kemarahannya apabila dia mengetahui suami curang dan mengandungkan perempuan simpanannya!

Dalam video yang tular di seluruh dunia ini, seorang wanita dilihat menyerang seorang wanita lain dengan bantuan rakan-rakannya.

Suami curang: Isteri tendang perut perempuan simpanan yang sedang mengandung

suami curang, suami curang isteri hamil, suami curang isteri mengandung, curang dalam perkahwinan, tanda suami curang, perempuan simpanan suami, perempuan simpanan, tanda suami ada perempuan simpanan,
 
Ceritanya, wanita ini, yang hanya dikenali sebagai “S”, dari sebuah kampung di China mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Perempuan simpanan suaminya itu juga telah mengandung dan S dapat tahu akan perkara ini.

Kerana hendak membalas dendam, S telah menyerang perempuan simpanan ini dengan menendang dan memijak perutnya menggunakan kasut tumit tinggi.

Ia dengan niat untuk menggugurkan kandungan tersebut. Tutut dilaporkan bahawa S juga sebenarnya sedang mengandung!

suami curang, suami curang isteri hamil, suami curang isteri mengandung, curang dalam perkahwinan, tanda suami curang, perempuan simpanan suami, perempuan simpanan, tanda suami ada perempuan simpanan,

Video yang mengerikan ini menunjukkan sekumpulan wanita Cina memegang perempuan simpanan ini sementara isteri yang marah ini menendang perutnya.

Ada antara mereka juga turut menendang perempuan simpanan ini sekali atau dua kali seorang.

Video ini diteruskan dengan menunjukkan wanita malang tersebut diikat dari pinggang ke bawah dan menjerit dalam putus asa dan tak bermaya.

suami curang, suami curang isteri hamil, suami curang isteri mengandung, curang dalam perkahwinan, tanda suami curang, perempuan simpanan suami, perempuan simpanan, tanda suami ada perempuan simpanan,

Ia juga kelihatan yang video ini dirakam oleh seorang lelaki yang menjerit memberi arahan kepada wanita-wanita ini sambil mereka terus mendera perempuan simpanan ini di tempat awam.

Sekurang-kurangnya lima wanita yang dilihat dalam video ini mencederakan perempuan simpanan ini secara fizikal. Seorang wanita dilihat menampar punggung wanita ini yang terdedah selepas dia di telanjangkan sehingga video mengejutkan ini berakhir.

Anda boleh tonton video penuh di sini, tapi kandungan video ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan.

Suami curang: Kenapa wanita selalu dipersalahkan? 

Seperti hampir ke semua kes curang, perempuan simpanan dalam kes ini juga adalah “orang jahat”. Kami tak menggalakkan mana-mana pasangan berlaku curang dalam perkahwinan.

Tapi, apabila pasangan curang, terumanya suami yang curang — apa kata kita tujukan pada masalah utama iaitu: suami kita sendiri.

Ya, lelaki yang curang pada isterinya dan membuatkan isterinya dan wanita lain mengandung. Kenapa dia tak diserang dengan ganas seperti perempuan simpanan ini?

Malah, tak ada berita tentang nasib yang bakal menimpa suami S ini.

Jika anda suspek suami anda curang, anda mungkin mahu bercakap dulu dengan suami dan kemudian mencari keadilan dengan menggunakan cara yang betul.

Tambah lagi, tepuk sebelah tangan tak berbunyi – bukan perempuan simpanan ini saja yang bersalah.

suami curang, suami curang isteri hamil, suami curang isteri mengandung, curang dalam perkahwinan, tanda suami curang, perempuan simpanan suami, perempuan simpanan, tanda suami ada perempuan simpanan,

Seperti yang pernah kami sebutkan dalam artikel sebelum ini, anda perlu kesan dulu tanda suami curang ini sebelum anda fikir yang suami anda curang. 

1. Pasangan berubah mementingkan penampilan diri

Anda perasan pasangan tiba-tiba berubah dan lebih mementingkan penampilan dirinya sekarang?

Contoh mungkin seperti dia asyik membeli baju baru, perfume baru atau berusaha nak menguruskan badan?

Mungkin suami anda benar-benar mahu menjaga kesihatan. Tapi kadang-kadang, ia petanda yang mereka cuba untuk “mengorat” wanita lain. Jaga-jaga!

2. Tak mampu menjawab soalan

Suami yang curang seringkali cuba “mereka cerita” untuk menutup penipuannya. Namun, mereka juga mungkin akan gagap dan sukar menjawab soalan yang “datang tiba-tiba”.

3. Terlalu berahsia dengan telefon/laptop/media sosial

Anda perasan ada pelbagai passwords berbeza dalam telefon, laptop atau akaun media sosial pasangan? Ini satu lagi tanda amaran yang perlu anda ambil serius!

Memang kadang-kadang pasangan mungkin hanya mahu sedikit privasi. Tapi individu yang tiada apa nak dirahsiakan takkan menyimpan passwords berbeza-beza tanpa sebab.

4. Pasangan asyik tidur lambat

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda akan tidur dulu sebelum pasangan? Suami seolah-olah terlalu sibuk hingga asyik tidur lambat setiap malam.

Sebenarnya, itu mungkin tanda dia ada sesuatu yang “disorokkan” dari anda. Mungkin dia tengah bekerja, tapi lebih baik anda pastikan dia betul-betul bekerja. Bukannya sibuk chatting di Facebook!

5. Kurang hubungan intim

Tiada lagi aksi di ranjang yang boleh membuatkan anda tersenyum apabila mengenangnya?

Yang ada hanyalah seks yang boring dan seakan ingin cepat dilangsaikan. Hati-hati! Ini tanda amaran paling penting.

Jika anda perasan yang layanan suami anda berubah secara tiba-tiba terhadap anda atau keluarga anda, ini adalah masanya untuk anda berbincang secara terus dengan suami untuk mencari punca permasalahan ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Sarah Voon; diterjemah dengan kebenaran theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comelak-suami-curang

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!