X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain, Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi

5 min bacaan
Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain, Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi

Seorang wanita baru-baru ini berkongsi luahan hatinya dan meminta pendapat atas apa yang dialaminya iaitu kes suami curang.

Menurut perkongsian daripada Facebook Syed Azmi, ada seorang wanita baru-baru ini berkongsi luahan hatinya dan meminta pendapat atas apa yang dialaminya. Masalahnya itu melibatkan suami curang dan telah melafazkan cerai talak kedua. 

Dan yang lebih menyedihkan selepas dijatuhkan talak, suaminya terus keluar rumah membawa anak yang sulung dan menyebabkan anaknya itu lihat segala perbuatan keji si bapa bersama perempuan simpanannya itu. 

Wanita itu meminta pendapat akan apa yang patut dilakukannya kerana tiba-tiba suaminya itu tidak mahu melepaskannya dan enggan melafazkan cerai di mahkamah. 

Berikut luahan hati wanita tersebut: 

suami curang

Saya dan suami telah berkahwin pada umur saya 27 tahun. Dikurniakan sepasang anak. Sulung berumur 5 tahun. Yang bongsu berumur 6 bulan. Suami saya sudah saya kenal selama hampir 12 tahun. Saya telah diceraikan talak 1 secara tidak sengaja dan tanpa niat oleh suami beberapa bulan selepas berkahwin dan kami rujuk semula beberapa minit selepas lafaz.

Pada 19/10/2020 saya telah diceraikan talak 2 melalui applikasi whatsapp “aku ceraikan kau talak satu” terus meninggalkan rumah dan rujuk semula seminggu selepas itu. Pada 31/10/2020 suami telah melafazkan “aku ceraikan kau” dan terus meninggal kan rumah. Basically, sudah talak 3. Tapi suami kata semua talak tak sah sebab talak jatuh atas desakan saya meminta cerai. Dia pula tiada niat menceraikan.

Punca talak 2 dan talak 3 jatuh atas sebab suami curang dengan perempuan lain. Baru saja bermula awal bulan 10 dan mencapai klimaks apabila saya mendesak dia menceraikan saya setelah kami rujuk talak 2. Dia meninggalkan rumah dengan membawa anak sulung sekali keluar bersama. Dia pulang ke rumah esoknya dan saya bertanya kepada anak pergi mana? Anak jawab “rumah mommy”.  Anak juga menceritakan yang suami dan perempuan tidur sekatil, berpelukan sambil bercium mulut. Setelah mendengar apa yang anak ceritakan, saya mengamuk dan terus minta cerai. Maka, jatuhlah talak ketiga.

Semalam, saya menerima panggilan dari suami. Saya ingat untuk selesaikan kes ke mahkamah sebab saya tak ada ic copy dia. Tapi dia call panggil perempuan tu ‘Yang…yang’ perempuan jawab ‘Ye yang’ sambil dua-dua gelakkan saya. Saya rasa murung sejak dari awal bulan, bertambah murung bila suami buat macam ni. Saya menangis. Saya minta kekuatan kepada Allah. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan untuk saya failkan kes ni ke mahkamah. Sebut kes pada 25 November 2020.

Mengamuk apabila lihat perempuan simpanan suami

suami curang

Pada malam semalam, saya minta dia balik untuk hantar ic anak sebab saya jenis pelupa dan dia yang pegang ic anak-anak demam nak bawa pergi klinik. Saya juga kena pass salinan tersebut ke mahkamah untuk dia dan kena tandatangan form penerimaan. Saya tunggu suami di bawah blok dengan anak sulung sambil bertanya “ini kereta mommy”? Anak kata bukan. Sampai ada satu kereta Gen 2 berlalu, anak kata “ini kereta mommy”. Saya nampak suami keluar dari arah kereta dan saya telah pergi ke kereta perempuan berkenaan. Ya, ada perempuan dalam kereta. Saya telah menumbuk cermin depan dan cermin driver sampai retak sambil memegang pen untuk suami sign form.

Saya jadi marah sebab tergamak suami bawa dia datang sini. Walhal niat hati saya nak bawa anak sekali bersama-sama suami ke klinik. Perempuan itu beralih dari passenger seat ke driver seat start enjin dan berlalu. Sambil saya mengejar dari belakang. Suami mengejar kereta itu dan terjun masuk kedalam kereta berlalu pergi dengan lintang pukang kerana amukan saya. Saya cakap terus terang, kalau suami terus peluk saya dan anak malam tadi masa tengah mengamuk dan suruh perempuan pergi balik for good, saya boleh lagi maafkan dia. Ingatkan dah lafaz pergi balik rumah mak ke ape, rupanya menetap dan bermanja dekat rumah perempuan.

Dia masih lagi suami saya selagi talak tak sah dekat mahkamah. Sakitnya hati saya memikirkan. Allah sahaja yang tahu punyai suami curang begini. Tergamak dia berlalu tinggalkan saya dan anak di bawah blok semalam. Dia memilih perempuan tu daripada isteri dan anaknya.

Murung dan sedih hingga depresi keran suami curang

suami curang

Soalan saya, saya tak tahu macam mana nak keluar dari masalah ini. Saya murung, sedih dan depression sehingga sampai satu tahap saya nak campak baby ke bawah sebab murung. Suami kata tak nak sign form cerai dan  tak nak lafaz kat mahkamah sebab dia masih sayang anak-anak dia. Mungkin dia akan menipu juga di mahkamah. Tipu lah saya kata kalau tak sayang lagi. Susah nak move on tapi dia dah pilih jalan dia. Saya tak nafikan “he’s a good father”, he did everything better than me dan anak-anak lebih sayangkan dia. Tapi apa yang dia buat sejak sebulan ni abaikan anak, tinggalkan kami sampai pagi baru balik dan aksi-aksi drama terjun kereta yang berlaku. Saya tak boleh terima.

Saya dah murung sejak awal bulan. Saya turun berat yang banyak dan sekarang saya masih lagi murung. Cuma tak seteruk talak 2. Saya tak tahu apa nak buat kalau talak tak sah. 50 peratus suruh patah balik rujuk 50 peratus kata move on. Apapun keputusan dekat tangan saya. Bukan senang nak jadi ibu tunggal. Umur muda 32 tahun. Anak yang kecil baru 6 bulan. Saya buntu.

Sekiranya anda punyai pendapat untuk dikongsi boleh hantarkan email kepada kami di theAsianparent. Tapi sejujurnya bagi kami, isu ini sememangnya elok diselesaikan di mahkamah memandangkan suaminya sudah pun memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Cukup bercanggah dengan apa yang diceritakan wanita ini di mana dia menyatakan suaminya itu seorang ayah yang baik. Ayah yang baik tidak akan membuat perkara terkutuk di hadapan anak-anak, malah tak sepatutnya menyakiti isterinya sebegitu rupa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Syed Azmi

Baca juga:

https://my.theasianparent.comisteri-minta-cerai-tanpa-sebab

Stories Rakan Kongsi
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Parents, Let Us Inspire Kids To Dream Big And Change The World!
Parents, Let Us Inspire Kids To Dream Big And Change The World!
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Penceraian
  • /
  • Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain, Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi
Kongsikan:
  • Hancur Hati Isteri Dah Nak Bersalin, KANTOI Wanita Simpanan Suami Juga Bersalin Hospital Sama!

    Hancur Hati Isteri Dah Nak Bersalin, KANTOI Wanita Simpanan Suami Juga Bersalin Hospital Sama!

  • "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

    "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Hancur Hati Isteri Dah Nak Bersalin, KANTOI Wanita Simpanan Suami Juga Bersalin Hospital Sama!

    Hancur Hati Isteri Dah Nak Bersalin, KANTOI Wanita Simpanan Suami Juga Bersalin Hospital Sama!

  • "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

    "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.