Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung?

Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung?

Kita selalu dengar kisah suami curang ketika isteri mengandung. Mengapa agaknya ia selalu terjadi? Kajian ada memberikan penjelasan tentang hal ini.

Isu suami curang ketika isteri sedang mengandung bukanlah satu perkara baru. Kita selalu mendengar tentang hal yang menyedihkan ini.

Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa ia boleh terjadi? Bukankah sepatutnya berita kehamilan isteri menjadikan kasih sayang si suami semakin mendalam?

Baru-baru ini, komedian Hollywood, Kevin Hart, telah membuat pengakuan yang dia telah berlaku curang di belakang isterinya.

Seperti yang anda dapat teka, isterinya sedang hamil ketika itu!

Ada banyak lagi kisah popular yang menceritakan bagaimana si suami telah mengecewakan hati si isteri yang pada ketika itu sedang mengandungkan anak untuknya!

Kajian tentang kecurangan suami ketika isteri hamil
suami curang ketika isteri mengandung

Sumber: Rebelcircus.com

Menurut ahli psikologi, Robert Rodriguez, pengarang “What’s Your Pregnant Man Thinking?“, seramai 10% kes kecurangan suami berlaku ketika pasangan mereka sedang hamil.

Malah, yang menarik (dan merisaukan!) adalah terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa risiko kecurangan suami adalah sejajar dengan kadar perkembangan bayi dalam kandungan.

Maksudnya, semakin besar kandungan, semakin tinggi risiko untuk si suami berlaku curang di belakang isteri!

Ia berkait dengan kadar kepuasan dalam perhubungan intim suami isteri

Sememangnya, tiada satu sebab mutlak yang boleh menyebabkan seseorang itu curang.

Tetapi, yang pastinya, ada beberapa faktor biasa (faktor dan bukannya alasan!) yang memainkan peranan mengapa lelaki mudah curang terhadap isteri yang sedang hamil.

Contohnya, sifat isteri yang tidak gemar untuk berhubungan intim dengan suami ketika mengandung adalah antara sebab yang mempengaruhi kadar kecurangan.

Pada masa yang sama, si isteri yang sedang sarat mengandung juga berasa tidak selesa dengan rupa bentuk tubuh yang semakin membesar.

Ini telah mempengaruhi keinginan isteri untuk tidak melakukan hubungan seks dengan suami.

suami curang isteri hamil

Sumber: USNews.com

Rasa keyakinan diri rendah ketika hamil

Yang memeranjatkan adalah rasa keyakinan diri para ibu hamil yang rendah ini pula sebenarnya berlawanan dengan kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan suami berasa yang isteri mereka kelihatan sangat menarik secara seksual ketika dirinya sedang hamil!

Akibat keinganan seksual yang berlawanan ini, maka tidak mustahil untuk kita melihat mengapa ramai suami sanggup berlaku curang ketika isterinya sedang mengandung.

Ia adalah akibat daripada pihak suami yang tidak menerima layanan batin yang mencukupi semasa tempoh 9 bulan ini!

Suami “berpuasa” terlalu lama!

Dalam satu temubual, Ashley Madison, pengasas Noel Biderman, pula menjelaskan yang dia percaya bahawa kehamilan sulung untuk para suami isteri cenderung membawa kepada proses “berpuasa batin” yang lama untuk pasangan terbabit.

Beliau merasakan yang pada masa ini, para suami yang tidak menerima layanan sewajarnya amat mudah untuk tersasar dan berlaku curang, walaupun pada lelaki yang tidak pernah memikirkan untuk berlaku curang sebelum ini!

Kerjasama dan persefahaman dua pihak adalah penting

Jadi, para ibu sekalian, berdasarkan fakta dan kajian ini, amat penting untuk kita menjaga dan mempertimbangkan keperluan batin si suami.

Dan, para suami sekalian, anda memerlukan daya ketahanan dan kematangan yang tinggi ketika isteri anda sedang hamil untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga anda berdua!

Sumber: Fatherly.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Api cinta di antara suami isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner