Suami curang dibelasah serentak oleh isteri dan kekasih gelap lepas kantoi
Suami curang ini akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dipukul oleh kedua-dua wanita yang berjaya ditipu olehnya. Paling kasihan pada si isteri!
Seorang isteri yang telah berkorban segala-galanya buat si suami durjana akhirnya mendapatkan balasan atas penderitaannya. Di China, seorang suami curang telah dibelasah serentak oleh si isteri dan kekasih gelapnya!
Segala drama yang tidak dijangka ini terjadi selepas wanita itu (si isteri) mengambil keputusan untuk menyerang suaminya yang hangat “bermesra” dengan si kekasih gelap di tempat awam.
Kejadian itu berlaku di Daerah Shaanxi, utara barat China. Daripada klip video yang dikongsi, dapat dilihat seorang lelaki sedang bermesra dengan seorang wanita sebelum tiba-tiba, rambut wanita itu ditarik oleh isteri pertama.
Suami curang tersebut pantas ingin melindungi kekasih gelapnya, lalu dia memukul si isteri yang tidak mahu melepaskan rambut wanita tersebut. Si isteri pantas menjerit “call police, ini suami saya!”
Suami curang dipukul serentak oleh isteri dan kekasih gelap
Selepas beberapa bergelut, si isteri akhirnya melepaskan rambut kekasih gelap suaminya itu. Rupa-rupanya, wanita itu tidak tahu yang dia merupakan perampas suami orang!
Selepas rambutnya dilepaskan, kekasih gelap itu pantas memukul lelaki curang terbabit. Dia juga menjerit mengatakan “Kau bohong dengan akulah selama ini!”
Suami curang terbabit seakan ingin melarikan diri, namun isterinya mencengkam erat kolar bajunya. Suami curang itu berani ingin memukul isterinya itu. Tapi isterinya melawan!
“Pukullah! Pukullah aku! Dah 20 tahun aku kahwin dengan kau. Aku takkan ke mana-mana!”
Si isteri dan kekasih gelap itu akhirnya “bergabung tenaga” untuk memaki-hamun si suami curang. Tiba-tiba, suami yang curang itu menumbuk muka isterinya!
Semua kerana si isteri enggan melepaskannya dan memanggil dia sebagai lelaki yang kejam. Kejadian ini habis begitu saja apabila si suami mengheret kekasih gelapnya pergi.
Di akhir drama, si isteri yang kecewa itu akhirnya mendedahkan mengapa suaminya curang.
“Dia mahu anak lelaki. Kami ada 2 anak kembar perempuan, tapi dia masih mahu anak lelaki…”
Kasihan. Kami tidak pasti sama ada pihak polis melibatkan diri dalam meleraikan pergaduhan ini atau tidak. Apapun, kami bersimpati pada si isteri. Semoga keadilan untuk dirinya dibela!
Sumber rujukan: Mirror
Baca juga:
Menurut seorang perempuan simpanan, ini 10 tanda pasangan anda curang dalam diam