4 sebab tersembunyi kenapa suami TAK MAHU buat seks dengan anda

lead image

Apa sebab suami dingin? Apa yang perlu saya lakukan? Ketahui kenapa suami anda tolak ajakan seks dan ia bukannya sebab anda.

Setiap kali lelaki menolak untuk berhubungan seks, kita selalu fikir yang ia sebab isteri dah tak cantik, tak seksi atau tak bagus atas katil.

Wanita selalu menyalahkan diri sendiri dan seolah-olah penyebab suami dingin. Walau bagaimanapun, ia tak semestinya sebab kita!

Ada juga wanita yang cantik, seksi dan menarik yang masih merungut mereka tak dapat apa yang mereka mahu dan mereka kata suami mereka tak mahukan seks. Kenapa perkara ini terjadi?

Ini antara empat sebab tersembunyi mengapa suami dingin dan bagaimana anda boleh tanganinya. 

#1 Suami dingin kerana terlalu sibuk dengan kerja

suami dingin, suami tak nak seks, suami tak mahu seks, seks kurang, suami tidur awal, suami mati pucuk

Adalah normal untuk lelaki selalu tertarik dengan pasangan dan isteri mereka. Tapi, bila kerja menjadi tumpuan utama, ini boleh menyebabkan mereka menukar tenaga seksual di tempat lain.

Cara memperbaikinya:

Tunjukkan yang anda berminat dengan kerja suami dan anda masih boleh menjadi sebahagian dari aspek kehidupannya. 

Memiliki keseimbangan dalam kerjaya dan kehidupan adalah sangat penting. Jadi sebagai pasangan, bincang dengan mereka tentang kepentingan masa bersama (dengan menutup telefon ketika bersama anda).

#2 Suami dingin kerana onani lebih mudah

suami dingin, suami tak nak seks, suami tak mahu seks, seks kurang, suami tidur awal, suami mati pucuk

Suami tak perlukan anda untuk seks dan lebih senang memuaskan nafsu dengan diri sendiri. Kenapa? Onani lebih mudah, cepat dan efisen!

Beberapa lelaki rasa insecure untuk mengharapkan pasangan memuaskan nafsu mereka. Seperti kenapa aku perlukan seks setiap masa? Aku boleh handle keperluan seksual sendiri.

Masyarakat juga memainkan peranan dengan menganggap yang lelaki tak perlukan apa-apa. Sesetengah lelaki tak mahu jadi terlalu bergantung harap, lebih-lebih lagi jika mereka pernah dikecewakan atau diabaikan.

Cara mengatasinya:

Cakap dan terangkan pada suami yang seks adalah keperluan dan penting untuk kebahagiaan rumah tangga. Pujuk dia untuk kurangkan melancap supaya dapat meningkatkan keinginan terhadap seks.

Jangan terburu-buru, membina kepercayaan dan keintiman bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa sekejap. Anda juga boleh cuba pelbagai foreplay sebelum seks dan beberapa sesi di mana anda yang beri onani pada suami!

#3 Suami dingin kerana "susah untuk keras"

suami dingin, suami tak nak seks, suami tak mahu seks, seks kurang, suami tidur awal, suami mati pucuk

Mati pucuk atau pancut awal adalah faktor biasa kenapa suami dingin. Perasaan malu kerana tak boleh memuaskan isteri adalah antara penyebab suami tolak seks.

Cara mengatasinya:

Untuk lelaki yang lebih tua, isu ini berlaku kerana libido rendah dan bukan kerana mereka risau mereka tak boleh memuaskan isteri. 

Cuba buat temujanji dengan pakar urologi supaya suami boleh memeriksa tahap testosteron mereka. Juga, banyakkan foreplay dan cakap tentang fantasi yang akan merangsang suami.

Untuk lelaki muda, isteri perlu menjadi lebih memahami dan beri galakan pada prestasi seksual mereka. Banyak cara lelaki boleh lakukan untuk kekal tahan lama di ranjang.

#4 Suami dingin kerana terlalu banyak berfikir

suami dingin, suami tak nak seks, suami tak mahu seks, seks kurang, suami tidur awal, suami mati pucuk

Adakah suami anda membesar sebagai remaja yang awkward dan rasa bimbang untuk memulakan seks? Atau sebenarnya dia horny dan laparkan seks tapi tak mahu kelihatan gelojoh depan anda?

Ini boleh jadi alasan mengapa dia mengelak seks. Dia takut anda tak suka jika dia mahukan seks sepanjang masa.

Cara mengatasinya:

Menurut Psychology Today, terapi psychodynamic atau analisis mimpi boleh membantu. Dengan mendalami sifat dalaman mereka, pakar boleh membantu anda berdua faham dan meningkatkan libido.

Jadi jangan cepat fikir bukan-bukan jika suami tak berminat untuk melakukan seks.

Sebaliknya, anda perlu bincang dan bercakap mengenainya, mungkin ada masalah dalaman yang perlu diselesaikan kerana keintiman dan seks adalah penting dan perlu disemaikan untuk kepentingan anda berdua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

my.theasianparent.com/hubungan-kelamin-suami-isteri-2