6 cara anda boleh bersetubuh dengan pasangan walaupun lepas penat teruk

lead image

Anda selalu kepenatan dan tidak sempat bersetubuh dengan pasangan? Cuba 6 tips ini. Pasti kalian suami isteri akan bersetubuh dengan enak!

Bila anda sudah ada anak, hubungan intim dengan pasangan selalu jadi seperti satu cabaran. Apa tidaknya, setelah seharian bertungkus lumus dengan kerja dan anak-anak, mana ada masa nak fikir pasal seks.

Betul tak? Tapi jangan jadikan kesibukan sebagai satu alasan! Anda masih boleh bersetubuh dengan pasangan walaupun ketika penat

Apa yang penting dalam hubungan suami isteri bersetubuh ialah anda kena jujur dengan pasangan. Jika anda ada mood nak berintiman, cepat-cepat beritahu pasangan.

Selain itu, ini antara 6 cara bagaimana anda masih boleh bersetubuh walaupun selepas penat teruk.

Suami isteri bersetubuh walaupun penat dengan 6 cara ini

#1 Cuba foreplay dahulu

Foreplay adalah jawapan kepada bagaimana anda suami isteri masih boleh bersetubuh walaupun penat. 

Goda dan rangsang pasangan. Ikut peraturan 10 minit. Jika anda dalam mood nak berasmara, tapi pasangan tidak, cuba rangsang pasangan dan tunggu. 

Kajian mendapati setiap pasangan perlu warm up dulu sebelum betul-betul boleh terangsang. Bila sudah terangsang, barulah kalian memulakan aksi!

#2 Tukar konsep seks yang difahami anda

seks oral, oral seks, oral sex, sex oral, posisi oral seks, posisi seks oral, seks oral saat hamil, seks oral ketika hamil, seks oral semasa hamil, oral seks saat hamil, oral seks ketika hamil, oral seks semasa hamil, seks oral saat mengandung, seks oral ketika mengandung, seks oral semasa mengandung, seks oral pada isteri, seks oral pada suami, cara oral seks, cara seks oral,

Penetrasi bukan satu-satunya cara untuk memuaskan pasangan. Cuba anda luaskan lagi konsep “bersetubuh” itu. 

Cuba cara berintiman yang tak guna banyak sangat tenaga – contohnya seperti seks oral atau guna jari. 

Ketahui apa yang disukai pasangan dan cuba berikan usaha yang terbaik. Kalian pasti akan boleh puas dengan cara ini!

#3 Jangan tertekan sangat

Perlahan-lahan. Quickies bukan bermaksud anda kena rakus 24 jam. Ambil masa untuk melakukan sentuhan, ciuman dan rangsangan lain.

Beri masa untuk badan mencapai klimaks walaupun betapa cepat anda kena beraksi.

#4 Cuba posisi seks yang betul

Apabila kepenatan, anda mungkin akan fikir nak gaya missionary saja. Tapi sebenarnya, gaya ini juga boleh memenatkan buat suami. 

Apa kata anda cuba gaya spooning atau gaya ini pula. Ia boleh dibuat di mana-mana tanpa mengira masa! 

#5 Jangan kejar klimaks semata-mata

klimaks

Jika anda melakukan seks semata-mata kerana ingin mengejar klimaks atau rasa puas, hubungan itu akan jadi seperti satu perlumbaan. 

Memuaskan nafsu itu memang normal. Tapi jika anda kepenatan, jangan tambah tekanan yang ada. Cuba ubah matlamat anda.

#6 Panaskan aksi di ranjang

Akhir sekali, jika anda merasakan hubungan intim seakan-akan satu “kerja rumah”, mungkin anda sedang menyembunyikan sesuatu isu. 

Contohnya seperti isu emosi. Adakah anda cuba nak cakap dengan pasangan tentang posisi tertentu yang anda ingin cuba, tapi dia tak mahu dengar? 

Ha… hubungan intim bukan sekadar melalui sentuhan fizikal semata-mata. Untuk menikmati seks yang the bomb, anda dan pasangan kena “bersatu” dan saling memahami. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Bianchi Mendoza dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

6 teknik yang mudah buat isteri puas dan capai klimaks