Suami kantoi curang, isteri yang kecewa cederakan diri dan nak terjun bangunan!

Gara-gara suami kantoi curang, seorang isteri yang kecewa mencederakan dirinya dengan pisau dapur dan cuba untuk bunuh diri dengan ingin terjun bangunan!

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pasukan keselamatan dari Singapura menerima satu panggilan yang mengejutkan. Seorang isteri didapati sedang mencederakan dirinya sendiri malah cuba untuk terjun bangunan kerana suami kantoi curang!

Bayangkan kekecewaan dan kemurungan yang dihadapi oleh isteri terbabit. Menurut laporan, wanita itu menoreh-noreh kakinya dengan pisau dapur.

Malah, dia juga didapati duduk di penghadang tangga di tingkat 11, dengan niat untuk terjun ke bawah!

Suami kantoi curang, isteri kecewa ingin bunuh diri

Laporan berita The New Paper mendedahkan kejadian ini berlaku di Yishun Avenue, Singapura pada pukul 2 petang. 

Apabila pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian, wanita terbabit yang dikenali sebagai Cai Lili, 45 tahun, sedang duduk dalam keadaan yang berbahaya di penghadang tangga antara tingkat 11 dan 12.

suami kantoi curang

Dia menjerit-jerit dan menangis sambil menoreh tangannya dengan pisau dapur. Malah ketika pasukan keselamatan menurunkan jaring keselamatan untuk menyambutnya jika dia terjun, isteri itu meraung-raung minta ia dialihkan.

Kudos to the SCDF guys……Thumbs up…..another life save. Posted by Fxa Mas on Sunday, 28 January 2018

Drama selepas suami kantoi curang ini mengambil masa selama 2 jam sebelum operasi menyelamat berjaya dijalankan.

Wanita itu akhirnya selamat dibawa keluar dari situasi yang mendebarkan itu sambil ditemani hujan lebat. 

Pihak keselamatan SCDF berjaya menariknya sebelum dia mengambil keputusan untuk terjun bangunan. Pihak keselamatan juga berjaya menarik pisau dapur yang digunakan mangsa.

Suami kantoi curang hingga isteri ingin bunuh diri

Terdapat kira-kira 30 kesan luka akibat tikaman pisau di kaki, paha dan tangan wanita malang itu. Dia dikejarkan ke hospital selepas berjaya diselamat.

Pihak polis kini sedang bercakap dengan 2 orang wanita yang dipercayai merupakan anak perempuan mangsa. 

Menurut laporan berita Shin Min Daily News, wanita ini telah bergaduh dengan suaminya apabila lelaki itu kantoi curang.

Usai pergaduhan, dia mengambil langkah drastik untuk membunuh diri kerana menyalahkan dirinya. 

suami kantoi curang

Kini, pihak polis menahan wanita itu atas pertuduhan memiliki senjata tajam dan cubaan untuk membunuh diri. Polis masih meneruskan siasatan di atas kes ini.

Kami mengharapkan agar wanita tersebut selamat dan pulih dari kekecewaan malah kemurungan yang dirasainya. 

Tidak dilupa kepada pasukan keselamatan yang berjaya menyelamatkan wanita ini. 

Buat para wanita atau ibu-ibu di luar sana, ambillah berita ini sebagai pengajaran. Jika anda tertekan dan tidak tahu ingin berbuat apa, dapatkan bantuan.

Bantuan sekecil meluahkan masalah pada orang lain saja pun sudah cukup dan memadai. Malah, anda juga boleh mendapatkan rawatan terapi dan sebagainya.

Hidup ini singkat, namun ia penuh suka duka yang memberi pengajaran. Janganlah kerana tertekan dengan masalah dunia, kita sewenang-wenangnya ingin menamatkan riwayat hidup sendiri.

Sama-sama kita mendoakan agar semua wanita di dunia ini kekal kuat selama-lamanya!

Suami kantoi curang, isteri yang kecewa cederakan diri dan nak terjun bangunan!

shutterstock

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Shin Min Daily NewsThe New Paper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-bunuh-diri-dengan-anak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!