Suami memaksa isteri melacurkan diri untuk RM50

Suami memaksa isteri melacurkan diri untuk RM50

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan selepas dia didakwa memaksa isterinya untuk menawarkan perkhidmatan seks kepada pekerja asing.

7c6b13d8-ef99-4c86-9c53-d2ce058ff927

Gambar: The Star

ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 34 tahun itu ditahan selepas dia didakwa memaksa isterinya untuk menawarkan perkhidmatan seks kepada pekerja asing sejak Disember tahun lepas.

Pada hari Khamis, isteri suspek yang berusia 24 tahun telah ditangkap oleh kakitangan ahli Rukun Tetangga kerana aktiviti “mencurigakan” di sebuah rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani.

Dia didapati sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Bangladesh di dalam bilik pada kira-kira pukul 11.30 malam.

Di luar rumah, suaminya sedang menunggu di dalam kereta dengan bayi perempuan mereka yang hanya berusia tujuh bulan untuk isterinya “habis kerja”.

Wanita itu memberitahu ahli Rukun Tetangga yang suaminya telah membawanya ke rumah tersebut dan memaksa beliau untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki Bangladesh kerana beliau telah membayar RM50 kepada suaminya untuk “perkhidmatannya.”

Orang Bangladesh tersebut, bagaimanapun, telah berjaya melarikan diri.

Hal ini telah berlaku sejak Disember apabila suaminya kehilangan kerja dan menjadi penganggur.

Pasangan itu, yang tinggal di rumah pangsa Paya Nahu di Sungai Petani, juga mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun yang dijaga oleh ibu wanita tersebut.

Kuala Muda Ketua Polis Kuala Lumpur ACP Md Zukir Md Isa telah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata anggota Rukun Tetangga menyerbu rumah itu selepas mereka mendapati “aktiviti mencurigakan” di dalam rumah tersebut.

“Mereka menyerbu rumah itu, semasa wanita itu sedang menghiburkan lelaki Bangladesh,” katanya.

“Suami tersebut ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan,” katanya, sambil menambah bahawa kes itu sedang disiasat kerana mengeksploitasi seseorang untuk pelacuran.

Rencana diterjemahkan daripada The Star.

Nasib isteri ini memanglah malang sekali, namun, ini adalah beberapa langkah-langkah yang boleh diambil jika anda mendapati diri anda di dalam situasi yang sama.

Mendapat Bantuan

dreamstime_s_32225675

Jika anda mendapati anda berasa takut dengan suami kerana anda didera atau dipaksa untuk melakukan perkara tampa persetujuan anda, dapatkan bantuan daripada rakan, keluarga atau pihak polis. Jika anda masih buntu, dan takut kehilangan tempat tinggal dan tidak mempunyai duit, dapatkan bantuan daripada persatuan-persatuan wanita di bawah.

Ini adalah tempat perlindungan untuk wanita didera dan anak mereka, serta tempat aktiviti untuk kaunseling, dan tempat jagaan kanak-kanak yang didera.

Mereka menawarkan kaunseling dan bantuan guaman kepada mangsa keganasan (wanita).

Laporkan Kepada Polis

dreamstime_s_53327988

Apabila anda dipukul dan didera dan bimbang tentang keselamatan anak-anak anda, laporkan hal ini kepada pihak polis. Mereka akan menghantar anda ke hospital untuk pemeriksaan dan menangkap suami/pendera anda.

Anda harus cuba untuk faham bahawa seorang suami tidak sepatutnya memukul, mendera atau melacurkan diri anda. Seorang suami adalah seorang penyayang dan pelindung keluarga.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner