Suami, lakukan benda INI ketika ingin bantu isteri bersalin, ia kurangkan sakit kontraksi!

Kajian membuktikan mengapa suami pegang tangan isteri ketika bersalin dapat mengurangkan kesakitan semasa kontraksi. Jom baca dengan lanjut!

Isteri sangat memerlukan kehadiran dan sokongan suami semasa bersalin. Dan, kajian baru-baru ini telah membuktikan yang suami pegang tangan isteri ketika bersalin boleh mengurangkan rasa sakit kontraksi!

Anda pasti tertanya-tanya, mengapa kan? Ha… Apabila suami memegang tangan isteri, isteri akan merasai sokongan dari segi emosional dan ini memberinya lebih ketenangan. Ia juga dapat menunjukkan rasa cinta suami kepada isteri.

Suami pegang tangan isteri bukan sahaja memberi kesan secara emosional, tapi juga fizikal. Sebab itu ia boleh mengurangkan rasa sakit ketika kontraksi!

Suami pegang tangan isteri boleh mengurangkan sakit bersalin

Suami pegang tangan isteri, kurangkan sakit bersalin, peranan suami, pegang tangan

Kajian saintis dari Universiti Colorado menunjukkan sentuhan fizikal dari pasangan mempunyai fungsi yang sama seperti analgesik iaitu dadah yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit.  

Kajian yang dikeluarkan oleh  Medical Daily dan dipimpin oleh Dr. Pavel Goldstein ini mengatakan,”hasil penelitian menjelaskan kekuatan dan pentingnya sentuhan pasangan.”

Dr. Pavel juga menambah, kajian turut dibuat berdasarkan pengalaman peribadi dengan isterinya sendiri. Ketika isterinya hendak bersalin, Dr. Pavel akan memegang tangannya untuk membantu mengurangkan rasa sakit ketika kontraksi berlaku.

Suami pegang tangan isteri ketika bersalin beri kesan pada penyelarasan otak

Dr. Pavel turut menguji teori ini dengan bantuan saintis lain dari Universiti Haifa. Beliau mengumpulkan 22 pasangan dalam linkungan usia 22-23 tahun. Kajian ini menguji respon otak mereka terhadap sentuhan pasangan semasa sakit.

Pasangan yang dijadikan subjek diminta untuk memegang tangan wanita yang sedang sakit. Respon dari otak mereka diteliti melalui mesin EEG ketika mereka berpegangan tangan dan ketika mereka tidak bersentuhan.

Hasil yang diperolehi oleh saintis adalah:

  • Ketika suami memegang tangan isteri, degupan jantung, nafas dan aktiviti di otak menjadi selari.
  • Walaupun tanpa bersentuhan, mesin EEG masih menunjukkan ada gelombang otak yang selari antara suami dan isteri.
  • Semakin tinggi rasa empati suami, semakin  positif kelarasan otak antara pasangan.
  • Ketika otak suami dan isteri selaras, rasa sakit semakin berkurang.

Suami pegang tangan isteri, kurangkan sakit bersalin, peranan suami, pegang tangan

Suami pegang tangan isteri: Peranan suami semasa isteri bersalin

Kajian ini memberi pandangan yang baru tentang apa yang boleh suami lakukan ketika menemani isteri bersalin. Malah, suami pegang tangan isteri juga terbukti boleh mengurangkan rasa sakit.

Selain berpegangan tangan, berikut adalah cara lain yang boleh suami lakukan:

  • Berada di sisi isteri dan memberi hiburan semasa awal persalinan.
  • Lap peluh isteri dan beri minuman ketika diperlukan
  • Mengurut punggung dan bahu isteri
  • Menemani isteri berjalan untuk merangsang pembukaan
  • Memberi sokongan dengan mengucapkan kata-kata semangat ketika isteri sakit
  • Sentiasa beri sokongan kepada isteri walau apa yang berlaku
  • Menjadi jurucakap antara isteri dan doktor
  • Menjaga kesihatan agar sentiasa sihat untuk berada di sisi isteri semasa proses bersalin.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperanan-suami-ketika-isteri-mengandung

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!