Suami Potong 5 Jari Isteri Kerana Mahu Dia Berhenti Belajar
Nasib baik wanita malang ini berani melaporkan keganasan rumah tangga yang dihadapinya! Jom semak mengapa kes seperti ini jarang dilaporkan.
Suami Cemburu Dengan Kejayaan Isteri
Pasangan mana yang tak gembira bila suami atau isteri tercinta berjaya mencapai sesuatu yang membanggakan, betul tak?
Tapi, sebaliknya pula yang terjadi pada kes wanita ini! Kasihan nasibnya… Hawa Akhter, 21 tahun ini telah melalui satu keganasan rumah tangga yang teruk!
5 jari beliau dipotong oleh suaminya, Rafiqul Islam yang cemburu kerana beliau berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah.
Cuba Beri Kejutan Pada Isteri
Rafiqul telah lama memberi amaran kepada Hawa untuk tidak melanjutkan pengajian. Di rumah mereka, Rafiqul cuba “memancing” Hawa untuk menutup matanya dengan memberi alasan dia ada “kejutan” untuk isteri tercinta.
Tiba-tiba, Rafiqul menutup mulut Hawa dengan pita pelekat dan pantas memotong 5 jari tangan kanan wanita malang tersebut!
Salah seorang ahli keluarga Rafiqul turut terlibat dalam insiden terbabit. Dia membuang semua jari Hawa ke dalam tong sampah agar doktor tidak akan berjaya untuk “menyambung” jari-jari itu!
Menurut ketua polis Bangladesh, Mohammed Saluddin, Rafiqul telah ditahan dan dia mengakui perbuatan tersebut. Dia mungkin akan dihukum dengan hukuman penjara seumur hidup atas perbuatan kejam ini.
Manakala Hawa pula kini menetap dengan keluarganya. Beliau sekarang sedang belajar untuk menulis dengan tangan kirinya untuk meneruskan pengajian.
You go, girl! Semoga Hawa kuat untuk mengharungi dugaan ini.
Keganasan Rumah Tangga Yang Tak Dilaporkan
Hawa harus dihormati kerana beliau berani melaporkan keganasan rumah tangga yang beliau hadapi. Tapi, masih banyak kes keganasan rumah tangga yang tak dilaporkan!
Menurut Statistik Kes Keganasan Rumah Tangga yang direkodkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antara punca utama keganasan rumah tangga di Malaysia adalah kerana:
- Sikap panas baran dan cemburu buta
- Penagihan dadah
- Perselisihan faham dan
- Masalah kewangan
Hingga tahun 2016, hanya 40% kes keganasan rumah tangga dilaporkan pada pihak berkuasa. Namun, masih ramai mangsa hanya mendiamkan perkara ini. Kenapa, ya?
Menurut kajian yang dijalankan di Australia, hampir 14% daripada mangsa keganasan rumah tangga mengalami “tekanan” yang hebat hingga mereka takut pemangsa akan membalas dendam jika mereka melaporkan hal ini.
24% mangsa lagi malu untuk melaporkannya kerana menganggap ia perkara kecil dalam rumah tangga!
Doktor pakar juga mendedahkan kes keganasan rumah tangga mungkin tak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana mangsa menghadapi beberapa kesan negatif dari sudut psikologi.
Antara kesan negatif tersebut adalah mangsa mengalami sindrom psikologi seperti:
- Battered Wife Syndrome – Isteri yang sudah biasa dipukul lalu redha dan menyalahkan diri sendiri
- Learned Helplessness – Lumpuh secara psikologi (ketakutan melampau)
- Stockholm’s Syndrome – Satu hubungan traumatik di mana wujud “perasaan sayang” antara mangsa kepada pemangsa.
Jika anda salah seorang mangsa keganasan rumah tangga atau anda tahu seseorang yang sering didera, bangun! Jangan berlengah lagi. Segera laporkan perkara ini pada pihak berkuasa.
Jangan khuatir. Nasib anda/mereka akan dibela. Apa yang penting adalah anda perlu bersuara. Bangun semua mangsa-mangsa penderaan dan masyarakat!
Sumber rujukan: Astro Awani, The Malaysian Medical Gazette, Jabatan Penerangan Malaysia dan Daily Mail
Kredit gambar: Daily Mail
Baca juga:
Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya