Suami Ini Boleh Rasa Sakit Bersalin Menggunakan Alat, Bolehkah Mereka Tahan Sakitnya Kontraksi?

undefined

Jika suami rasa sakit bersalin, agak-agak mereka boleh tahan tak? Sebenarnya, mereka tak boleh tahan pun! 3 minit pun tak sampai. Tak percaya tengok video ini...

Mengurus dan membesarkan anak ialah tanggungjawab kedua ibu bapa. Namun, mengapa wanita saja yang terpaksa menderita melalui rasa sakit kontraksi atau sakit nak bersalin? Apa jadi kalau suami rasa sakit bersalin?

Ha… suami kita mungkin tidak tahu apa yang kita rasa sepanjang berjuang untuk mendorong bayi keluar dari tubuh. Suami hanya rasa kesakitan kerana tangannya diramas kuat oleh kita yang sedang sakit saja.

Itupun kalau suami masuk dalam dewan bedah. Rasa macam tidak adil juga, kan?

Apabila suami rasa sakit bersalin adakah mereka mampu tahan?

Untungnya, sekarang ada teknologi yang boleh membuatkan suami rasa sakit bersalin juga! Setidak-tidaknya, teknologi ini boleh menunjukkan pada suami apa rasa sakit yang setiap ibu alami.

Untuk suami rasa sakit bersalin, badan mereka perlu dipasang dengan sejenis alat yang akan menghantar simulasi kontraksi perut yang dialami wanita.

suami rasa sakit bersalin, bila suami rasa sakit bersalin. sakit bersalin, sakit ketika bersalin

Suami rasa sakit bersalin #1: Kalah bet dengan isteri

Jom tengok apa yang terjadi pada suami apabila mereka merasakan bagaimana rasanya bila kontraksi itu!

Chris Balmert, seorang vlogger telah mencuba alat simulasi bersalin ini selepas dipujuk oleh isterinya yang tengah sarat mengandung.

Tiga hari sebelum anak mereka lahir, Chris pun mencuba alat tersebut. Apa yang sungguh lucu ialah Chris tidak dapat tahan langsung rasa sakit itu sejak awal lagi!

Cuba anda lihat videonya:

Lawak betul kan!

#2: Ternyata isteri bukan sengaja “buat-buat sakit teruk”!

Seterusnya ialah 2 orang lelaki yang menuju ke sebuah tempat pakar untuk membuktikan wanita sengaja “membesar-besarkan cerita” tentang rasa sakit ketika kontraksi.

Kedua-dua isteri mereka hanya menyaksikan bagaimana suami mereka ini ingin membuktikan perkara tersebut. 

Anda boleh lihat bagaimana akhirnya kedua-dua suami ini mengeluh, berteriak melolong, tercungap-cungap dan sebagainya. Ha, nak kata kami berlakon lagi!

#3: Hanya bertahan selama 3 minit!

Seorang lagi ayah di Australia telah mencuba alat simulasi bersalin ini dalam acara baby shower yang diadakan oleh isterinya.

Awalnya suami ini sombong dan mengatakan dia mampu untuk menahan kesakitan ketika bersalin. 

Namun masuk minit ke-3, lelaki itu menggeliat, pecah peluh, meronta-ronta dan berteriak kerana semakin sakit.

Nasib baiklah simulasi itu sekejap saja. Suami tak tahu kita ni tanggung kesakitan sampai 8 jam tahu!

Ha, cuba tag suami anda tengok. Agak-agak mereka berani tak nak cuba simulasi ini? Kalau tak berani, jangan berani nak cakap kita kaum ibu ini sengaja nak berlakon dan membesar-besarkan rasa sakit bersalin ya! 

Dan jangan lagi ada para suami yang suka-suka minta anak seramai pasukan bola sepak. Lepas ni anda kena fikir dulu rasa sakit tu sebelum buat permintaan bukan-bukan pada isteri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel disadur dari theAsianparent Indonesia

Baca juga: Kini Suami Yang Lengkap Divaksin Boleh Menemani Isteri Di Hospital

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!